ANYOHASEOOO!!!!
Riodenaz Enterprise kali ini bersama-sama dengan 33orang deligasi akan ke Korea Seoul selama 5Hari 4Malam.Kumpulan kami bertolak pada 30Jan2020 dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Korean Airlines.Penerbangan kami bertolak jam 11malam dan Alhamdulillah kami selamat tiba di lapangan terbang International Incheon Seoul pada jam 8pagi 31Jan keesokkan harinya.Haa lelaki bertopi ala-ala Indiana Jones itulah Pemandu Pelancong kami.Dan perempuan sebelahnya adalah wakil syarikat pelancongan RA di Seoul.Masa kami tiba di Seoul wabak Covid masih lagi terkawal di Korea.Alhamdulillah pihak agensi di Seoul menyediakan penutup mulut kepada kami setiap hari seorang.
Lawatan hari pertama yang kami kunjungi ialah ke Istana Biru President.Di sebabkan bas kami tidak di benarkan berhenti jadi hanya lalu sahaja di hadapanya.Bangunanya memang berwarna biru hehehe.Seterusknya kami ke Istana Gyeongbok.Di sinilah terletaknya istana Maharaja Korea dan sehingga sekarang masih di jaga dan di buka kepada umum.(Maharajanya dah tak adalah).Masa kami tiba ada perarakan tentera Istana di sini.
Kawasan Istana Gyeongbok ini teramatlah luas.Kat sini ada rumah raja , rumah permaisuri , rumah gundik-gundiknya,rumah-rumah dayang/pekerja istana dan juga kediaman untuk para tetamu di raja.
Ini antara salah satu taman di raja mereka.Cantik kan....Korang boleh sewa baju traditional Hanbook Korea dan bergambar di sini.
Bersebelahan dengan kawasan istana ini di dirikan Muzium yang di namakan National Folk Museum.Selepas lawatan di kawasan istana kami di bawa untuk makan tengahari di salah sebuah restoran makanan laut halal di Seoul.(ada sijil Halal lagi tau)
Perut dah kenyang barulah boleh teruskan perjalanan ke Seoul Namsan Gukakdang iaitu satu kawasan perkampungan Hanok Korea yang sekarang di jadikan pusat kebudayaan dan teater traditional masyarakat Korea.
Kat sini permainan traditional , muzik , cara hidup petani lama mereka di perkenalkan kepada pelawat.
Suhu semakin sejuk di Seoul dan kami meneruskan lawatan ke Dataran Gwangwhamun.Terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul di sini terdapatnya 2 tugu patung terkenal.Iaitu Patung Laksamana Yi Sunshin dan Patung Raja Agong Sejong.Ke dua-dua mereka ini memainkan peranan penting dalam pemerintahan dan mempertahankan Korea.
Kami seterusnya ke Cheonggyecheon Stream iaitu sebuah sungai yang telah di bina semula mengikut peredaran masa dan sangat-sangat urban.Air kat sungai ini sangat bersih sampai ikan pun kita boleh nampak.Mengikut cerita pemandu pelancong kami sungai ini sepanjang 10.9km telah di besarkan dan di baik pulih kebersihannya dan airnya di salurkan dari kawasan pergunungan.
Kami seterusnya ke K Syle Hub.Kat sini macam muzium K-Pop lah.Semua perkembangan muzik K-Pop ada di tayangkan di sini.Korang boleh bergambar dengan artis-artis K-pop mengunakan masin K-Wave yang di sediakan.Hanya pilih dengan artis mana yang korang nak bergambar , berdiri di lokasi yang di minta nanti akan keluar artis k-pop korea dari skrin dan lepas tu boleh la amik gambar bersama.
Dari K Hub Style kami ke bangunan City Hall.Di mana terletaknya pejabat Datuk Bandar di sini.Hari dah mulai gelap jadi sebelum kami semua terlepas solat Jamak Asar kami di bawa ke Masjid Itawon untuk bersolat.Masjid ini terletak di atas bukit jadi bas besar tak di bolah masuk sebab jalan terlalu sempit dan hanya boleh di masuki bus mini atau van sahaja.Alhamdulillah sempat kami semua solat Jamak Asar bersama-sama.
Selesai solat kami turun ke restoran berhampiran untuk makan malam.Menu malam ini ialah Buffet masakan India Muslim.Ada Nasi Beriani & Putih , Roti Nan , Kari ayam , Samosa , dan juga spegetti.Restoran pun selesa.Selesai makan malam kami berangkat pulang ke hotel kami yang terletak kira-kira 40minit perjalanan dari Bandaraya Seoul.Hotel 4bintang kami bernama Marina Bay Gimpo.Tiba di hotel kami semua berehat dan mengakhiri lawatan hari ini.
1Feb2020 sarapan di sediakan di hotel.Ada pelbagai menu pilihan.Kami semua memilih untuk memakan roti , telur dan bijirin serial sahaja.Lawatan hari ini adalah ke Pulau Nami.Kat sinilah pengambaran drama Winter Sonata & Autum In My Heart yang terkenal tu di buat.Untuk ke sini perjalanan mengambil masa sejam dan kemudiannya menaiki bot ke pulau Nami.
Pulau Nami adalah pulau persendirian yang di beli oleh salah seorang penduduk Korea 50tahun yang lalu.Ia di beri nama Nami bersempena nama seorang Jenaral Korea yang bernama "NAMI".
Waktu dulu harga pulau ini sangat murah.Pemilik asal pulau telah menanam pokok-pokok pine yang banyak dan selepas 15tahun pokok-pokok pine ini menjadi tarikkan utama pelancong untuk datang ke sini.Nampak tak pokok-pokoknya sangat cantik.
Kami agak kecewa sebab waktu kami sampai salji masih belum turun lagi di sini.Mengikut ramalan salji hanya akan turun selepas 4hari.Nasib baik ada satu kawasan salji buatan yang di sediakan oleh pihak pulau untuk pengunjung menikmati suasananya.
Jika salji turun pastinya padang ini putih melepak di selaputi ais.
Hampir 2jam kami berangkat keluar untuk makan tengahari.Menu hari ini ialah Dakgalbi.Iaitu menu ayam pedas spesialiti masyarakat Korea.Daging ayam mereka dapati dari pembekal ayam halal dari Itawon.
Perghhh menu dia sedap giler.Makan pulak dengan Kimchi dan air teh panas kosong.Haa tengok tu Abang Lan , abis kucing pun dia ajak bergambar.Kucing-kucing kat sini gemuk-gemuk yea.
Perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Namsan Seoul Tower.Ini satu-satunya menara komunikasi tertinggi di Seoul.Ia terletak di atas Gunung Namsan dan berketinggian 236meter.
Kat sini boleh lihat pemandangan seluruh Seoul.Di sebabkan cuaca pencemaran dek habuk kuning dari China pemandangan kami agak kurang jelas dan berkabus sedikit.Habuk kuning nie macam jerebu dari Indonesia yang melanda Malaysia lah gitu...
Kami di berikan masa sejam 30minit untuk menikmati dan bergambar di sini.Ada juga yang pura-pura pengsan di tepi jalan tu hahaha.
Yang datang berpasangan tu korang bolehlah beli manga pintu dan kunci manga cinta korang di sini.Makan malam kami di salah sebuah restoran di tengah bandar Seoul tak berapa jauh dari N Seoul Tower.Tempat solat juga di sediakan di sini.Jadi selepas solat kami makan malam sebelum bertolak awal untuk ke Hyundai Premium Outlet yang terletak cuma 2km dari Hotel kami.Untunglah ada orang tu dapat beli kasut baru hehe.Kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki sahaja yang lain pulang dengan menaiki bas shuttle yang di sediakan oleh HPO ke hotel.Tamat lawatan hari ke dua.
2Mar lawatan hari ke 3 adalah lebih kepada membeli belah sahaja.Lawatan pertama ke kilang batu permata,kemudiannya ke kilang Ginseng dan herba , bangunan menjual kosmetik dan seterusnya ke kedai membuat Kimchi.Kat sini kami di ajar membuat Kimchi dan di samping itu membeli rumpai laut Korea.
Semua di sediakan sepinggan seorang Kimchi untuk cuba membuatnya.
Selesai membuat Kimchi kami ke tingkat atas untuk bergambar dengan memakai pakaian Traditional Korea Hanbook.
Dapatlah semua mencuba pakai baju traditional dan bergambar bersama.Macam-macam jaga ada.haha.
Kami meneruskan lawatan ke Dongdaemun mall.Kat sini ada tempat solat yang besar dan lepas solat boleh lah kami membeli belah.Kat luar-luar mall ini juga ada menjual pelbagai barangan.Paling banyak jual masker muka.Patut la kulit orang-orang Korea halus mulus.
Kami di beri masa 1jam setengah untuk membeli belah sebelum di bawa ke salah satu lagi tempat membeli belah iaitu ke Myeongdong Shopping Street.
Haa kat sini lagi lah macam-macam barangan ada.Makan malam tidak di sediakan tetapi ada pelbagai deretan kedai makan di sepanjang jalan Myeongdong.Ada banyak juga gerai yang menjual makanan halal dan makanan laut tau kat sini.
Contoh roti telur nie...Harga $2000 won (RM 7.00) dan Taiyaki.
Korang boleh makan makanan laut yang di goreng antaranya Isi ketam, sotong goreng,Lobster atau boleh cuba aiskrem pisang , pavlova , strewberry XXL , Kek buah,Ramen makanan laut, dan macam-macam lagilah.Barangan cenderahati yang di jual kat sini pun lebih murah dari di tempat lain.Jam 6petang kawasan kat sini dah mulai gelap..jam 630petang kami bergerak pulang ke hotel dan tamat lawatan untuk hari ini.
Sepanjang lawatan kami di hidangkan dengan makanan Korea yang sangat menjanjikan.Ikan Goreng paling sedap di Korea.Ini adalah antara menu-menu halal yang di sajikan kepada kami.
Cuma 2kali buffet makan malam di sediakan selebihnya menu masakkan Korea yang halal.Sarapan di hotel pula tiada menu babi.Tapi kami tidak mengambil makanan yang mempunyai ayam dan daging.Hanya telur , roti-roti dan buah-buahan seperti epal dan pisang.
Hari terakhir sebelum bertolak pulang pihak kakitangan MRSM Muar telah menyampaikan beberapa cenderahati kenangan buat RioDeNaz Enterprise.Pemandu Pelancong pun dapat juga tau haha.Terima Kasih Abang Lan yang berusaha menyediakan cenderahati ini.Terharu rasanya.
Jam 9Pagi kami bertolak keluar dari hotel dan menuju ke destinasi terakhir iaitu ke pasar Namdaemun.Semalam kami tak dapat ke sini kerana Ahad pasar ini tutup.
Dapat kami singgah sebentar membeli belah di saat terakhir sebelum ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan pulang.Kami sempat makan tengahari sebelum berlepas.
penerbangan pulang kami bertolak jam 4petang dan selamat tiba di KLIA jam 930malam (sejam awal dari jadual).Selamat Tinggal Korea..Kenangan pasti tidak akan di lupakan (terutama lepak-lepak di malam terakhir di luar hotel).