Saturday, August 31, 2019

Buffet Makan hotel termurah di JB

 Hai geng....Hari ini RA nak kongsi promosi makan-makan termurah hotel di JB.Mungkin korang semua tak perasan masih ada lagi hotel di JB yang menyediakan menu makan tengahari dan makan malam termurah dan sedap di JB.Hotel yang RA maksudkan ialah Hotel V8 di Nusa Bistari ini.Dengan hanya RM15 seorang korang dah boleh makan tengahari di sini.Menu bufetnya walaupun tak banyak tapi pada RA sangat berpatutan dengan harga yang korang bayar.Sekarang nie nak makan kat kedai nasi campur pun paling-paling sepinggan + air dah RM8-10 kan.
 Yang ni harga bufet makan malam diaorang RM22.90 jek.Yang best nya ada Durian Goreng.Durian Goreng dia sedap lah geng.RA yang tak makan durian nie pun terliur makan tau.
 Antara geng-geng mengeteh RA yang datang untuk makan malam di sini.Restoran hotel ini agak kecil jadi korang kena tempah awal takut penuh.
 Menu utama mereka mesti ada ayam , daging dan 2 jenis makanan laut samaada sotong atau kupang beserta dengan ikan.Selebihnya sayur-sayur , manisan , bubur , mee sup dan buah-buahan beserta air kordial.
 Sangat-sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar.Kami bergambar di lobi hotel setelah abis menjamu selera.
 Luar hotel pun kami bergambar tau hahaha.(giler bergambo) 
 RA bersama keluarga besar Arwah Haji Abu makan tengahari di sini.
 Makan tengahari ada pilihan nasi beriani dan nasi putih.Kalau nak duduk semua dalam satu meja memang tak muat sebab ruang restoran dalam hotel ini agak terhad.Jadi kami mengambil 4meja kesemuanya.
 Set bufet di hidangkan dari jam 12tengahari.Nak datang pun kena buat tempahan dulu terutamanya hujung minggu. 
RA dah lapar sangat jadi hanya gambar ini je sempat RA rakamkan di lensa kamera.Korang bolehlah cuba datang ke sini harga berpatutan dan tempat makan yang selesa.Masakan mereka pun sedap.

Saturday, August 24, 2019

Menjala di Pasar Borang Pontian

 Haa pagi-pagi seawal jam 3pagi RA dah bangun dan bersiap-siap ke Pontian.Rancangannya mahu ke Pasar Borong Pontian nak tengoklah apa yang boleh di bawa pulang nanti.Untuk makluman pasar borong Pontian nie memang terkenal dengan hasil tangkapkan laut yang di jualnya terus dari laut.
 Kira ikan-ikan kat sini memang segar-segarlah.Bukan saja segar dari laut, harga tangkapan laut kat sini di tawarkan lebih murah dari di luar sana.Haa tapi kena ingat semua kena beli min 1kilo.Diaorang tak main setengah-setengah kilo nie.Ada ikan bawal Ikan parang , sotong , udang , ikan tongkol , Ikan pari , Ikan kerapu (murah beb kat sini) , Ikan Siakap dan macam-macam lagi lah ikan yang RA tak kenal namanya.
RA datang kat sini tak cari ikan pun.RA ke sini cari udang dan sotong je.Yang paling suka Sotong saiz besar RM12 je sekilo...Murah kan kan kan...hehehe
 Udang saiz XXL RM32 je sekilo (masih boleh tawar menawar lagi).Ada macam-macam jenis udang lagi yang boleh kita beli kat sini.Jualan bermula jam 4pagi dan masa ini lah sesi tawar menawar boleh di buat.Kalau ada yang nak beli sayur usah risau , sebab kedai sayur ada di buka bersebelahan pasar ini.Cubalah singgah ke sini selain dapat membeli ikan dengan harga murah anda boleh merasa suasana di awal pagi pasar Pontian.Anda juga boleh singgah solat subuh di Masjid Besar Pontian dan bersarapan pagi ala-ala kampung di warong berhampiran.

Sunday, August 18, 2019

Bergotong Royong di LA Pulai Jaya

 Hari ini ada aktiviti gotong royong kat taman perumahan RA daaa...Bila dah ada rumah sendiri ini kenalah ikut sama kenal dengan jiran-jiran kan.
 Aktiviti bermula seawal 8pagi ini mengfokuskan kebersihan di belakang dan tepi taman LA Garden Pulai Jaya.
 Ini adalah sebahagian daripada penduduk taman yang turut serta.Ikutkan ramai tapi masing-masing ada aktiviti lain bersama keluarga.Apa yang ada ini pun dah cukup bagus dapatlah berkenal-kenal dan bersama membersihkan kawasan perumahan.
 Kawasan pagar dan belakang rumah paling banyak sampah yang ditinggalkan.
 Gambar-gambar ini di ambil oleh pengerusi taman kitaorang Mr Quek,Siap di editnya lagi hehe.Cantik pulak bila tengok gambar taman kitaorang kat dalam kemera ini.
 Ini salah seorang jiran RA.En Nizam dan seorang lagi ini lupa pulak nama nya.
 Ini pulak jiran sebelah rumah RA.Sama-sama membersihkan kawasan belakang rumah.
 Anak-anak juga turut serta tapi biasalah budak-budak bersemangat awal-awal je hehehe...
Ini jiran belakang rumah RA,suami isteri datang gotong royong bersama.Alhamdulillah jam 11pagi semua aktiviti membersihkan taman kami selesai.Taman korang biler lagi? hehe

Sunday, August 11, 2019

Lawatan SMK SERIAN ke Melaka - Desaru dan JB

Assalamuaikum semua.Pertama sekali RA nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Memengah Kebangsaan Serian yang memberi kepercayaan kepada RA untuk mengaturkan lawatan sekolah mereka untuk kali ke 2 di Melaka - Desaru dan Johor Bahru.
Lawatan yang bermula pada 11Aug - 15Aug ini bermula dari Lapangan terbang Senai terus ke A-Farmosa Safari World.Haa kat sini ada pelbagai binatang termasuklah diadakan beberapa pertunjukkan haiwan. 
Tapir , Unta , Memerang , Beaver , Kura-kura , dan beberapa lagi ternakan yang tidak agrasif di letakkan di dalam kurungan biasa.
Manakala binatang-binatang yang agrasif di letakkan jauh dan hanya boleh di lihat dengan menaiki lori trak bersangkar besi sahaja.Nak ikut kena la beratur dulu tunggu giliran.
Haa nie lah dia pertunjukkan WILD WILD WEST.Aksi stunt dari beberapa pelakon yang membuat persembahan jam 230petang.Kami sini setelah selesai sahaja makan tengahari.
Kami sempat bergambar dengan semua pelakon-pelakon stunt di sini setelah selesai sahaja persembahan mereka.
Ok dah puas berjalan di Safari World kami bergerak keluar ke Freeport  A-Farmosa outlet yang terletak tidak berjauhan dengan AFarmosa Resort.
Bergambar dan membeli belah sakan lah mereka disini.Selesai sahaja kami terus bergerak ke Bandar Hilir untuk daftar masuk hotel dan makan malam di sana.Malam tu ramailah yang berjalan-jalan di Jonker Walk dan hotel untuk malam ini kami bermalam di Sri Costa Hotel.
 Hari ke 2, kesemua pelajar dan cikgu mengenakan t-shirt sekolah berwarna oren.Lawatan kami di teruskan di sekitar Bandar Hilir.Tempat pertama ialah Bangunan Stadthuys yang juga di kenali sebagai bungunan Merah.
 Kemudian ke Taman Astakona & kubu A.Farmosa yang terletak di bukit St Paul.
Nasib baiklah cuaca pagi ini agak rebup sikit.Tak delah terasa panas sangat.
Kat taman astakona nie memang kena bergambar lebih lah sebab banyak replika-replika pengangkutan di sini antaranya keretapi , kapal terbang dan kereta lama.Sempat lagi ada yang membeli cenderahati.
Satu yang RA suka dengan pelajar - pelajar sekolah ini mereka senang di ajak bergambar berkumpulan dan inilah hasil gambar-gambar mereka.
Cantik kan....lepas nie kita naik ke atas bukit di belakang kubu ini pulak yea.
Wah mereka dah sampai atas dulu nampaknya.
Ini lagi satu gambar berkumpulan yang sangat cantik.
Beberapa gambar yang sempat RA kongsikan bersama mereka.Selesai sahaja kami di Bukit St Paul kami turun ke Muzium Kastam yang terletak bersebelahan dengan Muzium Samudera (ala yang bentuk kapal Portugis tu).Muzium Kastam masuk adalah percuma sementara muzium Samudera di kenakan bayaran RM6.00 seorang.Aktiviti kami terhenti sebentar di sebabkan hujan tapi meneruskan menaiki Menara Taming Sari.Makan tengahari di Restoran Seri Melayu bersebelahan dengan Sungai Melaka sebelum kami semua ke Pantai Klebang tetapi pulang semula ke Dataran Pahlawan untuk membeli belah.
 Lawatan terakhir adalah ke Masjid Terapung di Pulau Melaka.
 Nak jugak amik gambar sekeping katanya.
 Cikgu dan anak murid turut bergambar di sini.
 Panas jugalah di sini tapi tidak sepanas cuaca di tengahari.Jam 450petang kami tiba di sini
 Sementara menanti guru-guru dan murid-murid yang beragama Islan bersolat yang lain duduk-duduk di perkarangan masjid sambil minum petang di kedai-kedai berhampiran.
Sekali lagi bergambar berkumpulan.
 Malam selepas margrib kami sekali lagi ke Restoran Sri Melayu tetapi dengan pemandangan malam tepi sungai yang sangat indah di sini.
 Hiasan lampu-lampu dan angin dari sungai memang sesuai untuk makan malam di sini.
 Korang kalau nak datang bawak kawan-kawan dan orang tersayang boleh cuba makan malam di sini.Menu-menu kat sini pun sedap tau.Makan malam kami malam ini adalah bufet. 
 Menu bufet malam ini ialah daging salai masak lemak.Ayam masak merah , sayur peria sup dan beberapa lagi ulam-ulaman serta manis-manisan.
Tempat baik,makanan sedap hati senang.Selepas makan malam ramai yang mahu di letakkan di Mahkota Parade.Nak membeli belah lagi katanya.
 Hari ke 3 kami mula daftar keluar hotel dan menuju ke Desaru.Kami singgah ke Perigi Hang Tuah sebentar melihat kesan sejarah di sini kemudian meneruskan perjalanan ke Desaru.
Tempat pertama yang kami tuju ialah di Kampung Teluk Sengat.Dari sini boleh nampak jambatan "Double A" Desaru. 
Kami makan tengahari makanan laut di restoran berhampiran.Menunya sangat sedap.Ada Shellout , ikan siakap , sotong , udang , kupang dan tomyam.
Alhamdulillah semua berpuas hati dan lawatan di teruskan ke Sarang Buaya air masin terbesar di semenjung Malaysia.Maaf gambar tak sempat amik sebab masing-masing terlebih teruja melihat buaya di beri makan.
Kami menuju ke Desaru Coast katanya ada yang nak membeli baju di Hard Rock Hotel di sana.Malam ini kami bermalam di Balau Beach Resort dan makan malam kami juga di situ.Di sebabkan kami tiba dah lewat petang jadi tak dapatlah mandi kolam.
 Alhamdulilah esoknya selepas sarapan pagi kami bertolak ke Legoland Johor Bahru.Tiket masuk untuk taman tema termasuk di dalam pakej yang telah di kenakan.
 Bergambar lagi sebelum masuk.RA balik rumah dululah yea..jam 530petang baru datang amik mereka.
Perjalanan di teruskan ke Kota Iskandar dan Putri Harbour.
 Puas berjalan di Kota Iskandar kami singgah makan malam di Kafe Barbara yang terletak di Nusa Idaman. 
 Menu semestinya makanan laut lagi.
 Alhamdulillah harga yang di tawarkan oleh Kafe Barbera ini sangat berpatutan dan kena dengan menu yang di sediakan.Rata-rata guru dan murid setuju dengan menu ini.Jadi lulus lah kafe awak yea Cik Yan.
 Memang rencananya begini lah.Lepas sahaja makan malam kami bertolak ke dataran Mahkota Istana Bukit Serene.Jadi mereka semua dapat menikmati suasana malam di sini.
Masa ni bulan tengah mengambang penuh.Boleh nampak tak kat belakang kami tu.
 Kalau nak ke sini memang kena pergi waktu malam atau petang-petang.Kalau malam lagi cantik tau.
Beberapa gambar yang sempat RA rakam sebelum pulang ke hotel untuk bermalam.Penginapan kami malam ini ialah di Grand Sentosa Hotel.
Alhamdulillah 5hari bersama mereka tugas RA pun selesai.Hari ke 5 mereka semua di jemput dari hotel dan di bawa ke JPO sebelum ke lapangan terbang untuk pulang.Terima kasih SMK Serian atas kepercayaan dan cenderahati serta sumbangan tip anda.Moga kita bertemu di kemudian hari.


Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....