Sunday, August 18, 2019

Bergotong Royong di LA Pulai Jaya

 Hari ini ada aktiviti gotong royong kat taman perumahan RA daaa...Bila dah ada rumah sendiri ini kenalah ikut sama kenal dengan jiran-jiran kan.
 Aktiviti bermula seawal 8pagi ini mengfokuskan kebersihan di belakang dan tepi taman LA Garden Pulai Jaya.
 Ini adalah sebahagian daripada penduduk taman yang turut serta.Ikutkan ramai tapi masing-masing ada aktiviti lain bersama keluarga.Apa yang ada ini pun dah cukup bagus dapatlah berkenal-kenal dan bersama membersihkan kawasan perumahan.
 Kawasan pagar dan belakang rumah paling banyak sampah yang ditinggalkan.
 Gambar-gambar ini di ambil oleh pengerusi taman kitaorang Mr Quek,Siap di editnya lagi hehe.Cantik pulak bila tengok gambar taman kitaorang kat dalam kemera ini.
 Ini salah seorang jiran RA.En Nizam dan seorang lagi ini lupa pulak nama nya.
 Ini pulak jiran sebelah rumah RA.Sama-sama membersihkan kawasan belakang rumah.
 Anak-anak juga turut serta tapi biasalah budak-budak bersemangat awal-awal je hehehe...
Ini jiran belakang rumah RA,suami isteri datang gotong royong bersama.Alhamdulillah jam 11pagi semua aktiviti membersihkan taman kami selesai.Taman korang biler lagi? hehe

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....