Sunday, July 28, 2019

Ronda-Ronda Melaka lah

Kalau ke Melaka tak singgah sini memang rasa jalan tu tak cukup gitu.Terletak di ujung pasir dan tidak berapa jauh dari Bandar Hilir kedai makan ini memang sangat terkenal dengan kuih-kuih kampungnya.Jadi selepas je kami semua daftar keluar dari homestay , kami terus ke sini.
 Ada macam-macam jenis kuih muih kampung ada kat sini.Leh rambang biji mata nak pilih yang mana nak makan.Kalau datang dah tengahari memang susah lah nak dapat tempat duduk.Seawal 10pagi kedai nie dah bukak.
Tengok tu kueh talam je ada pelbagai jenis.Belum lagi lengkong , seri muka , kueh lapis nya.Jemput-jemput pun ada..Buah Melaka.Kueh koci , Karipap , cucur badak , tepung pelita , pulut panggang , kueh lopes dan macam-macam lagi lah.
Ayam panggang diaorang masak kat luar.
Set asam pedas nie datang dengan nasi dan ulam-ulam.Harga RM10-15 Jek.
 Ramai sangat beb orang masa kami sampai.Kena tunggu dekat setengah jam baru dapat tempat duduk.Roti canai saat kami datang dah pun abis...hahaha.
 Datang jauh-jauh makan soto jek...kat JB pun ada kan kan kan.
Lain la kalau kueh mueh macam nie.Memang "Rare" nak jumpa.Kalau jumpa pun masa bulan puasa.
Perut dah kenyang jadi kami menunju ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Cina yang mana terletaknya perigi Puteri Hang Li Poh dan Laksamana Cheng Ho.
Bukit Cina merupakan penempatan awal penduduk dari China yang datang dalam rombongan bersama-sama puteri Hang Li Po ke Melaka.Air perigi kat sini beralkali tinggi dan sangat sesuai untuk di minum. Masa nie kami semua mendengar penerangan dari pemilik tokong berkenaan air di perigi ini.
Dah abis bergambar kat perigi kami ke tepi sungai pulak.Kat sini ada satu Restoran Sri Melayu yang menyajikan menu masakkan Melayu.Sesuai untuk rombongan yang besar untuk makan di sini.
RA ke sini nak jengok-jengok dulu sebab minggu depan RA ada 1 rombongan sekolah nak datang makan di sini.Mereka pulak yang banyak bergambar yea....
 Ok kita sambung lawatan ke Bandar Hilir pulak.Tak sah kalau tak bergambar di bangunan lama Belanda berwarna Merah ini.
Kann...asik diaorang je RA pun nak bergambar juga.
Terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Hilir dan penuh dengan pelancung dari pelbagai pelusuk dunia.
NI acah-acah ke macam kat Belanda.
 Sungai Melaka yang telah di baik pulih ini adalah laluan "River Cruise" pelancong yang juga di kenali sebagai Venice Asia. 
Ke Jonker Walk lagi.Tapi kali nie nak ke kedai Mamee katanya.Malam semalam dah tutup awal jadi hari nie kena ganti balik la katanya.
 Ala kedai kat sini mereka buat kafe , butik dan pamiran bagaimana makanan mamee di proses.Maklumlah Mamee ada kilangnya di Melaka.
 Jadi kalau nak beli barangan Mamee yang murah boleh lah singgah kat sini.Tengok budak nie abis dia "Pau" mak dia suruh beli haha.
Yang nie pulak katanya restoran tempat pengambaran drama tv buat.Haa tapau lah sekali dalam kedai tu yea..
 Amacam ada macam model Malaysia Airlines tak? haha abaikan pipi pau itew yea...Oklah masing-masing dah penat hari pun dah makin petang.Jadi kami semua berangkat pulang setelah selesai melawat semua kawasan di Jonker Walk.Esok nak keja dah...Jom balik JB..

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....