Wednesday, July 3, 2019

JOHOR RENGIT - PANTAI PUNGGOR

Haa kalau ke Rengit jangan lupa untuk mencuba kopi Rengit.Sedap dan asli rasanya.Selain terkenal dengan kopi dan pasar karatnya di Rengit juga ada terletaknya perkampungan nelayan di Pantai Punggor.
Lokasi hanya sekitar 3km dari pekan Rengit.Tapi pantai kat sini tak boleh mandi sebab tiada pantai yang landai.Baru-baru ini RA sempat singgah ke sini banyak dah perubahan.Di sepanjang pantai ini di tambak pasir tetapi dek kerana hakisan yang kuat mereka terpaksa menghadang dengan tembok batu.
 Di muara sungai berhampiran terdapat jeti penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan.
 Beberapa gambar yang sempat RA rakamkan untuk tatapan.
 Jadi jika ada masa terluang sila lah datang berkunjung di sini.Jauh dari kesibukkan kota dan menikmati suasana kampung di muara sungai. 
 Alamak tembamnya pipi budak nie hahaha....Oklah kawan-kawan kalau ada masa terluang singgah lah ke sini tak jauh mana pun dekat je.Oklah RA nak minum kopi kejap.nanti ada tempat lain RA kongsikan lagi.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....