Hujung minggu sudah tiba dan hari ini RA merancang ke Melaka.Tapi ada geng Cik Kuntum mahu menyinggah ke Muo nak sarapan satay katanya.Mengidam...haha.Kami punya kawan di Muo, Abang Imam dan Fizri yang menanti untuk bersarapan sama.Katanya makan kat tepi sungai bagus sikit , hangin bertiup khenchang...hahaha.Jadi kami ke sini lah untuk bersarapan.Pemandangan memang terbaik.Di tepi sungai Muo berlatar belakangkan masjid Maharani.
Kedai nie memang ramai orang pagi-pagi.Menu utama dia mestilah satey.Wah nie pertama kali RA makan bersarapan satey.Kat sini ada juga Nasi Lemak,Lontong , soto dan Mee rebus.Ada Satey daging , Ayam , perut dan paru.
Lontong tu RA yang punya.Abang Imam duduk sebelah RA makan sato dan Fizri makan Mee Bandung.Geng Cuik Kuntum makan satey dan lontong sama dengan RA.Cik Kuntum tak baca Whatapps sebab telefun bimbitnya masuk air mungkin sebab dah lama tak mandi air tasik kot hehehe.
Walaupun makan saat matahari mulai naik tak terasa kehangatnya maklum lah RA memang suka dengan cahaya matahari pagi.Mereka yang tidak suka tu mesti belum mandi pagi kan kan hehe.Sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka kami sempat bergambar di sini.Pemandangan indah makanan sedap dan hati pun senang.Terima Kasih abang Lan sempat datang menyinggah walaupun lambat.
Kami dapat nenas dari Abang Lan dan mee siput + rempah mee bandung mak Pon dari En Jaafar.Alhamdulilah sempat kami jumpa dia sebelum kami ke Melaka.Kalau siapa nak tau kedai makan satey ini cuma di belakang Perhentian teksi dan kereta sewa Bandar Maharani ini lah.
Kami singgah solat Dhuha di Masjid Maharani sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka mengunakan jalan lama.Jadi sebelum masuk ke Bandaraya Melaka dapatlah RA singgah ke Perigi Hang Tuah di kampung halaman RA iaitu di Kampung Duyung Melaka.
.Air kat Perigi Hang Tuah nie tak pernah kering tau walaupun di musim kemarau.Boleh di minum terus sebab 100% bersih dan natural.Haa kalau batuk-batuk dapat minum air perigi nie Insyallah batuk akan kurang.
Hehe bergaya sekejap di belakang pokok buluh.
Dah puas minum air perigi kami mulai masuk ke Bandaraya Melaka Bersejarah.Tapi singgah lagi ke salah satu tempat bersejarah iaitu Kubu St Paul hasil peninggalan Penjajah Belanda.Tu dia nak naik tangga dari tempat letak kereta di bawah tu,Takdelah tinggi mana pun.
Kubu pertahanan ini di bina oleh Belanda bagi mematahkan serangan dari Johor dan Aceh.Ada beberapa meriam yang di tinggalkan di sini.
Haa ini kat depan pintu masuk kubu St.Paul
Amacam? ada macam kulit album "bandboy" tak? haha
Ok perut dah lapar jadi masanya untuk mencari makan.Ke mana lagi kalau bukan ke Asam Pedas Selera Kampung di Bandar Hilir.hehehe.Kat sini ada macam-macam menu masakan kampung cuma kalau tiba lambar tempat duduk selalu penuh.Terpaksalah menunggu giliran.Menu makan tengahari kami ialah Asam Pedas telur ikan ,Ikan Tengiri , Daging goreng dan siput sedut masak lemak cili api.
Wah-wah geng Cik Kuntum beli kueh keria yea.Jam 230petang kami ke rumah rehat yang telah di tempah iaitu di apartment Wave,kira-kira 4km dari Bandar Hilir.
Rancangnya nak masuk daftar apartment sekejap je,tapi memandangkan cuaca agak panas kami keluar jam 430petang.Rancangnya nak ke Pengkalan Balak berhampiran Tanjung Bidara.Di sana ada satu lokasi yang sangat cantik.Haa inilah tempatnya.
Perjalanan dari apartment kami ke sini mengambil masa sejam setengah.Biasanya 45minit je tapi ada ganguan kesesakkan di simpang menuju ke Alor Gajah membuatkan perjalanan kami lebih lama.Saat tiba di sini dah jam 6petang dan matahari mulai mahu terbenam.
Pemandangan memang cukup indah ini kami rakamkan di lensa kamera masing-masing dan inilah hasilnya.
Amacam? ada macam hero filem tamil tak hahaha
Memang amik peluang bergambar habis-habisan.
Geng Cik Kuntum nie memang tak habis-habisnya dia jek.Lepas dia...dia.....
Lepas dia,diaaaaa........
haaa diaorang lagi......
Ok masa dah senja jom kita balik cari makan malam pulak.Katanya nak cari makanan laut di Medan Selera Alai.
Akhirnya sampai juga di sini selepas mengharungi kesesakkan di Bandar Melaka.Pening sana sini jem.Bila perut dah lapar tak ingat nak amik gambar masakkan,cuma sempat ambik gambar yang ini jer.Makan kat sini diaorang tak hidangkan dengan nasi biasa.Di hidangkan dengan nasi lemak.
Jam 1130malam baru kami bergerak ke Jonker Walk.Hasrat konon nak jalan-jalan tengok apa yang di jual kat sana , tapi rupanya bila kami sampai banyak kedai dah mulai tutup.
Jadi jalan-jalan cuci mata tengok apa je lah yang tinggal.Nasib baik ada beberapa kedai yang masih buka.Tengoklah cik kiah tu beli penutup pasport.Bukan main lagi....
Bebudak nie pun nak jugak....
Bebudak nie pun nak jugak....
Geng Cik Kuntum bergambo mesti nak ala-ala kat luar negara.kang tak layan amik gambo dia mau di jerit dari Jonker walk.Amik gambar muka dia berminyak pun di salahkan kita...apa dia ingat kita tabur minyak ker kat muka dia huhuhu.
Sebelum pulang kami sempat lalu berhampiran Makam Hang Kasturi yang terletak di dalam laluan Jonker Walk ini.Memang giler lah berjalan dari pagi sampai ke tengah malam.OKlah esok kita sambung balik sebab dah penat nak balik tido rehat.Bye-bye
No comments:
Post a Comment