Wednesday, May 22, 2019

Diskaun hebat dari PTT OUTDOOR


Salam Ramadhan semua...

RA ada info yang hendak di kongsi bersama buat korang.
Baru - baru ini PTT Outdoor membuat tawaran diskaun buat korang pembaca riodenazblogspot sebanyak 15% ke atas setiap barangan mereka yang korang purchase online.
Cuma masukkan code : NAZRI15 dan discount 15% jadi milik korang...
Lebih infomasi menarik tentang barang PTT Outdoor korang boleh baca di bawah atau log in sahaja ke laman website atau laman sosial mereka.

KORANG ENJOY LAH YEA.....


Here is your code : NAZRI15 (15% off for first time buyer)

Points about PTT Outdoor:
1. We know that outdoor equipment is quite pricey. Thus, we offer the consumer a more affordable price with excellent quality option for those hiking lovers.

2. To make shopping a more convenient way, customer may purchase online without stepping out their home. We offer free shipping to West Malaysia and shipping fee RM9 only to Sabah and Sarawak.

3. We offer more than 200 variety of outdoor equipment at our online store. (www.pttoutdoor.com)

4. Affordable price

5. Excellent presale and after-sale service, we have 2700 positive reviews on Facebook page (www.facebook.com/pttoutdoor/review)

6. Latest Achievement : 1st runner up of Ambank Bizrace 2019

7. Brand TAHAN, proudly made in Malaysia, for example Tudung Dri Fit (https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-instant-sports-hijab/) – affordable price compare to others brand






Tuesday, May 7, 2019

Buffet/Menu Berbuka Puasa 2019 - Restoran Sekitar Johor

Kalau minggu lepas RA dah kuarkan buffet berbuka puasa di hotel.Kali ini RA keluarkan senarai buffet berbuka puasa di beberapa restoran di sekitar Johor Bahru yang lebih berpatutan dari hotel-hotel.
Walaupun hotel , setiap tahun Hotel Zamsaham menyajikan menu buffet paling murah di antara yang lain-lain.Harga cuma RM15.90 ajekkkk.
Ni kat Ali Baba Karaoke di Giant Hypermarket Johor.Harga setiap tahun memang mampu makan.Menu dia pun sedap-sedap juga yea.
Tiap tahun Kafe ini pasti keluar dengan tawaran buffet puasa pada harga yang menarik.
 Restoran Resipi Kampung di Today Mall Ulu Tiram
Belanga Satu Bistro Taman Adda Height pun sedap.
 Restoran baru ni.Rasanya baru tahun ini mereka buat Buffet Ramadhan.Boleh lah cuba kalau nak ke sini.
 Sedap Corner ni depan the South Cafe je.
 Restoran ni kat Taman Pelangi.Boleh cuba , menu dia pun banyak juga.
 Wadihana SteakHouse...Harga berpatutan lah dengan menu yang diaorang sediakan.
 Yang nak rasa makanan Arab boleh cuba di Restoran Wadihana Elarabi yang berhampiran Desa Rahmat.Rasa kat sini Masakkan Arab dari Yamen.Nama lebih kurang sama dengan yang kat atas tu (steakhouse) tapi kedai dan lokasi yang berbeza.
Jadi ada 2 pilihan restoran masakkan Arab di sini.Yang satu nie kat Taman Tasek.RA rasa masakan asal dari Lubanan.
 Kat kempas pun ada nie..boleh cuma bagi rumah yang berhampiran dengannya.
 Capital Mall pun ada buat menu berbuka puasa buat kali pertamanya tahun ini sejak mula beroperasi.
Restoran Projek Maging Steakhouse 
Lokasi di Uda Business Centre berhampiran Jakel tu.
No Tel 017 721 4398

 Restoran Al-Hanin di Taman Rinting pun ada buat buffet.

Ni kt Kawasan Perindustrian Dato Onn bersebelahan dengan pejabat Pos Laju Larkin tu
Nama kedai : Bosted Cafe
Lokasi kt Jalan Padi Emas Bandar Baru Uda
Tel untuk tempahan 01111939557
Bukan buffet tapi menu makan berjemaah.Poster anda tak lengkap yea.Apapun telefun dan tempah dulu sebelum pergi.
Ni lagi satu menu Nasi Dulang di Taman Pulai Indah Johor.Restoran Express Plate
 Nak makan kat tepi laut RA bagi 3pilihan menu makanan laut.Satu di KongKong Chalet Terapung.
 Dan seperti pada tahun-tahun yang lepas satu lagi di Nonis Seafood Kampung Senibong.
Ke 3 di 6Cornar Senibong Seafood.Juga berhampiran kampung Senibong tak jauh antara satu sama lain dengan Noni's Seafood tu.
 
2 cawangan Restoran Banafee Village.Satu di Jalan Abdullah Tahir dan satu lagi di Bandar Seri Alam.Harga sama tapi lokasi yang berbeza.
 Ok nie kat Restoran Empire JayBee.Belakang Shell Jalan Tampoi kot kalau tak silap RA.
Restoran Citarasa Wak Dojey di Larkin Idaman (Tempat jatuh lagi di kenang gitu)
 Yang berada di Taman Dato Onn dan yang sekawasan dengannya boleh cuba di sini.
 Restoran Anjung Selatan
Jalan Padi Emas 1/8 Bandar Baru Uda.Tel tempahan 07-2396216
Poster kurang lengkap yea
 Di bahagian barat Johor Bahru pulak leh cuba di restoran ini.
 R&R Bistro ni kalau ke sini kena datang awal.Sebab tempat letak keretanya memang terhad.Kalau lambat memang kena letak kereta di tepi jalanlah gamaknya.
Nak makan Nasi Briyani leh cuba Briyani Dean di Kompleks Perumahan TNB Kempas.

Yang terakhir sekali di Malay Village.Kat Poster dia takde tulis harga tapi dia tulis kat FB
RM 65- DEWASA
RM 32 - KANAK-KANAK
Untuk pengesahan dan tempahan boleh telefun 017 733 7303 & 017 3093009
Kat sini lepas makan nak solat boleh solat di masjid yang terletak kat sebelah jek.Terus terawih sekali.hehehe.
Baiklah tu je yang dapat di paparkan.Moga berguna untuk mereka yang mencari buffet berbuka puasa termurah di Johor.Selamat Berpuasa dan Berbuka.

Saturday, May 4, 2019

Bersarapan pada Sabtu terakhir

 Diam tak diam lagi 2 hari je kita nak berpuasa.Jadi memandangkan hari ini hari sabtu terkahir untuk bersarapan RA memilih kedai makan Di Anjung Desa Taman Universiti untuk menikmati menu sarapan wajib orang Johor iaitu Lontong.
 Lontong kat sini kalau nak sedap kena tambah dengan bagedel , paru goreng dan serunding baru terangkat.Harga semangkok yang RA makan ini RM6.00
 Kalau jenis berdiet macam kawan RA nie boleh lah makan Lontong kering.Selain itu ada juga Lontong Goreng cuma tak sempat pulak RA ambil gambarnya.
 Yang ni Lontong biasa sahaja tiada tambahan apa-apa.Cuma kuah lodeh bersama sayur-sayurnya.
 Nasi Lemak dan lauk pauk untuk makan tengahari pun ada di jual kat sini di samping pelbagai kueh mueh traditional yang menjadi juadah mencuci mulut.Harga memang berpatutan dan banyak pilihan menu.Cuma kalau nak makan roti canai kena tunggu agak lama sikit la yea sebab tukang tibar roti cuma sorang sahaja.Memandangkan ini pos terakhir sebelum berpuasa RA nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa....

Wednesday, May 1, 2019

Antara Bukit Botak , Bukit Berdiri dan Parit Jawa

 Selamat hari pekerja semua.Hari nie kan cuti 1Mei jadi RA mengisi masa yang ada ini dengan beriadah ke Batu Pahat & Yong Peng iaitu ke Bukit Botak dan Bukit Berdiri yang terletak di Parit Yusuf Yong Peng.
 Haa macam nie lah suasananya Kampung Parit Yusof.Aman dan tenang je bila kat sini.Nama kampung ini di ambil sempena nama parit ini lah.
Jangan terperanjat bila nampak 2orang kakak nie ikut naik sama.Terutama kakak yang baju itam tu.Dia dah mula syok sesejak lepas naik Bohey Dulang kat Sabah tuari.Takat Bukit Botak 3ratus lebih meter apa lah sangat kalau nak bandingkan dengan Bohey Dulang 600meter kan kan.
Beginilah trak sebenar dari bawah.Mula-mula jumpa kampung orang , lepas tu lalu ladang kelapa sawit kemudian barulah trak mencanak naik.hehehe.Semput tak? ala biasa je nie tak tinggi mana pun.Masih boleh lagi buat mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia memanjat gunung nie.
 Akhirnya setelah berhempas pulas kami tiba di bukit yang pertama iaitu Bukit Botak. Pemandangan kat sini boleh nampak pekan Parit Sulong
Kami bergambar dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalan ke Bukit Berdiri yang terletak sekitar 2-3km dari Bukit Botak.Sambil tu sempat lah bergambar dengan pokok senduduk (pantang nampak-gambar tengah).
Sambil tayang-tayang kasut dan berangan-angan kot-kot ada dewa dari langit turun pinang kakak berdua nie haa..
Perjalanan di teruskan ke Bukit Berdiri.Haa kena ingat perjalanan ke Bukit Berdiri ini agak panas sedikit yea sebab di tengah-tengah perjalanan takde pokok-pokok yang boleh di buat berteduh.Kalau tak sediakan persiapan awal mau kehausan penat nanti macam kawan kita sorang nie.
 Aksi-aksi terlampau Abang Lan a.k.a geng seluar Jepon.
 Akhirnya sampai juga di Bukit Berdiri.Hari ini ramai betul yang mendaki ke sini.Kami bertemu dengan kumpulan memanjat dari Melaka iaitu Hawau Hikers yang datang dengan lebih kurang 20orang peserta.Jadi sementara menunggu mereka nie semua selesai bergambar kat Batu Berdiri kami bergambar lah dulu kat tepi-tepi dulu yea. 
Kat sini pun agak panas juga sebab pokok yang ada tak banyak dan ramai yang berebut-rebut nak duduk bawah pokok hehehe.
 Tuuu dia Ustaz Adam Lan dah bertukar dari seluar Jepun kepada jubah saat tiba di puncak.Amacam ada macam drama Nur versi Gelap tak? hehehe. 
 Haa ini lah yang RA cakap Batu Berdiri tu.Kat sini lah ramai yang nak bergambar.Tapi tak boleh naik ramai-ramai kang tersangul jatuh lak kat gaung tu macam mereka bertiga nie tolak si Ustaz Mahadi sebab dah geram sangat asik buli bini dia ajer.hehehe
 Haa hati-hati kang jatuh kang sapa lak nak amik tu.Jangan berani sangat duduk kat hujung tu hehehe.
Alhamdulillah kami sempat turun dari dari Bukit Berdiri jam 1250tengahari , walaupun masa nak turun tu ada sorang dari kami yang dah mula nampak bulan + bintang dan burung-burung terbang mengelilingi atas kepalanya hahahaha.
 Kami terus menuju ke Pekan Parit Jawa , dengar cerita ada orang dah menunggu nak belanja kami makan asam pedas kat jeti nelayan Pantai Leka.
 Haa inilah suasana di Jeti Pantai Leka.Cantik kan....Gambar nie RA amik guna kamera telefun RA je tau dengan sedikit mengubahsuaian gambar hehehe. 
Menu makan tengahari dah lama tersedia.Sampai pun dah kul 1.30petang.Maklumlah dari Parit Yusof nak ke Parit Jawa nie agak jauh lah jugak.
 Sampai-sampai je lauk dah terhidang.Apa lagi makan lerrr.... 
 Mintak maaflah kat Encik Jaafar dan En Imam sebab kami lambat tiba.Maklumlah ada yang pewai masa nak turun tadi.Nasib baik tak pitam ader nyaye kena panggil Bomba hehehe. 
 Perghh ini betul-betul lapar nie..Asam Pedas Kepala Ikan Mayung selesai di makan. 

Terima kasihlah kat En Imam dan En Jaafar yang belanja kami semua makan.
Ikutkan nak sambung makan satey kat pekan Muo tapi sebab ada urusan lain dan perlu pulang sebelum Margrib kami meminta diri untuk beransur pulang ke JB.Selamat Berpuasa di ucapkan dan moga jumpa lagi.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....