Selamat hari pekerja semua.Hari nie kan cuti 1Mei jadi RA mengisi masa yang ada ini dengan beriadah ke Batu Pahat & Yong Peng iaitu ke Bukit Botak dan Bukit Berdiri yang terletak di Parit Yusuf Yong Peng.
Haa macam nie lah suasananya Kampung Parit Yusof.Aman dan tenang je bila kat sini.Nama kampung ini di ambil sempena nama parit ini lah.
Jangan terperanjat bila nampak 2orang kakak nie ikut naik sama.Terutama kakak yang baju itam tu.Dia dah mula syok sesejak lepas naik Bohey Dulang kat Sabah tuari.Takat Bukit Botak 3ratus lebih meter apa lah sangat kalau nak bandingkan dengan Bohey Dulang 600meter kan kan.
Beginilah trak sebenar dari bawah.Mula-mula jumpa kampung orang , lepas tu lalu ladang kelapa sawit kemudian barulah trak mencanak naik.hehehe.Semput tak? ala biasa je nie tak tinggi mana pun.Masih boleh lagi buat mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia memanjat gunung nie.
Akhirnya setelah berhempas pulas kami tiba di bukit yang pertama iaitu Bukit Botak. Pemandangan kat sini boleh nampak pekan Parit Sulong
Kami bergambar dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalan ke Bukit Berdiri yang terletak sekitar 2-3km dari Bukit Botak.Sambil tu sempat lah bergambar dengan pokok senduduk (pantang nampak-gambar tengah).
Sambil tayang-tayang kasut dan berangan-angan kot-kot ada dewa dari langit turun pinang kakak berdua nie haa..
Perjalanan di teruskan ke Bukit Berdiri.Haa kena ingat perjalanan ke Bukit Berdiri ini agak panas sedikit yea sebab di tengah-tengah perjalanan takde pokok-pokok yang boleh di buat berteduh.Kalau tak sediakan persiapan awal mau kehausan penat nanti macam kawan kita sorang nie.
Aksi-aksi terlampau Abang Lan a.k.a geng seluar Jepon.
Akhirnya sampai juga di Bukit Berdiri.Hari ini ramai betul yang mendaki ke sini.Kami bertemu dengan kumpulan memanjat dari Melaka iaitu Hawau Hikers yang datang dengan lebih kurang 20orang peserta.Jadi sementara menunggu mereka nie semua selesai bergambar kat Batu Berdiri kami bergambar lah dulu kat tepi-tepi dulu yea.
Kat sini pun agak panas juga sebab pokok yang ada tak banyak dan ramai yang berebut-rebut nak duduk bawah pokok hehehe.
Tuuu dia Ustaz Adam Lan dah bertukar dari seluar Jepun kepada jubah saat tiba di puncak.Amacam ada macam drama Nur versi Gelap tak? hehehe.
Haa ini lah yang RA cakap Batu Berdiri tu.Kat sini lah ramai yang nak bergambar.Tapi tak boleh naik ramai-ramai kang tersangul jatuh lak kat gaung tu macam mereka bertiga nie tolak si Ustaz Mahadi sebab dah geram sangat asik buli bini dia ajer.hehehe
Haa hati-hati kang jatuh kang sapa lak nak amik tu.Jangan berani sangat duduk kat hujung tu hehehe.
Alhamdulillah kami sempat turun dari dari Bukit Berdiri jam 1250tengahari , walaupun masa nak turun tu ada sorang dari kami yang dah mula nampak bulan + bintang dan burung-burung terbang mengelilingi atas kepalanya hahahaha.
Kami terus menuju ke Pekan Parit Jawa , dengar cerita ada orang dah menunggu nak belanja kami makan asam pedas kat jeti nelayan Pantai Leka.
Haa inilah suasana di Jeti Pantai Leka.Cantik kan....Gambar nie RA amik guna kamera telefun RA je tau dengan sedikit mengubahsuaian gambar hehehe.
Menu makan tengahari dah lama tersedia.Sampai pun dah kul 1.30petang.Maklumlah dari Parit Yusof nak ke Parit Jawa nie agak jauh lah jugak.
Sampai-sampai je lauk dah terhidang.Apa lagi makan lerrr....
Mintak maaflah kat Encik Jaafar dan En Imam sebab kami lambat tiba.Maklumlah ada yang pewai masa nak turun tadi.Nasib baik tak pitam ader nyaye kena panggil Bomba hehehe.
Perghh ini betul-betul lapar nie..Asam Pedas Kepala Ikan Mayung selesai di makan.
Terima kasihlah kat En Imam dan En Jaafar yang belanja kami semua makan.
Ikutkan nak sambung makan satey kat pekan Muo tapi sebab ada urusan lain dan perlu pulang sebelum Margrib kami meminta diri untuk beransur pulang ke JB.Selamat Berpuasa di ucapkan dan moga jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment