Diam tak diam lagi 2 hari je kita nak berpuasa.Jadi memandangkan hari ini hari sabtu terkahir untuk bersarapan RA memilih kedai makan Di Anjung Desa Taman Universiti untuk menikmati menu sarapan wajib orang Johor iaitu Lontong.
Lontong kat sini kalau nak sedap kena tambah dengan bagedel , paru goreng dan serunding baru terangkat.Harga semangkok yang RA makan ini RM6.00
Kalau jenis berdiet macam kawan RA nie boleh lah makan Lontong kering.Selain itu ada juga Lontong Goreng cuma tak sempat pulak RA ambil gambarnya.
Yang ni Lontong biasa sahaja tiada tambahan apa-apa.Cuma kuah lodeh bersama sayur-sayurnya.
Nasi Lemak dan lauk pauk untuk makan tengahari pun ada di jual kat sini di samping pelbagai kueh mueh traditional yang menjadi juadah mencuci mulut.Harga memang berpatutan dan banyak pilihan menu.Cuma kalau nak makan roti canai kena tunggu agak lama sikit la yea sebab tukang tibar roti cuma sorang sahaja.Memandangkan ini pos terakhir sebelum berpuasa RA nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa....
No comments:
Post a Comment