Sunday, February 26, 2017

JJNM : Kafe Kopiz Jalan Abdullah Tahir

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 

KAFE KOPIZ 

(Depan kedai Harley Davidson) 

 JALAN ABDULLAH TAHIR 

Sesekali pergi mengopi pulak di sini.Selalu lalu je depan kafe nie tanpa singgah tetapi malam nie nak cuba ke sini pulak.Nama Kafe : Kopiz.Ada dua cawangan di JB,satu lagi di hadapan Kilang Bateri.Yang kat Kilang Bateri Ra dah cuba,tapi hari nie nak cuba di tempat yang lain pulak.
Kopi Latte pilihan RA,kebetullan ada jual Nasi Ayam Kimchi di sini , harga RM10 sajor..Jadi cubalah merasa kot kot berselera ke.Memang tidak mengecewakan dan boleh lah mengalas perut yang kosong.
Geng-geng biasa yang hadir mengeteh.Datang malam Ahad jadi kawasan kat sini agak lengang sedikitlah.Nie kalau pergi malam minggu nak dapat tempat letak kereta memang angan-angan je lah.
Tak jadi balik Putrajaya yea Abang Mat dan Kak Ros.Moh la sama-sama kita menjamu selera kopi di sini.Harga kopi di sini rata-rata berharga kurang dari RM10.Ada pelbagai perisa dan kopi , yang anda boleh dapat di Starbuck ada di sini.
Mencuba lensa terbaru yang RA beli.Tapi tak puas hati sebab gambar kelihatan agak pudar.
Oh yea, menu Korea kat Kafe ini adalah menu baru mereka.Kalau amik pek combo dengan air cuma RM15 je kalau tak silap RA.
Bergambar sebelum makanan tiba dan walau pun Kafe ini tidak sehebat Starbuck atau Coffeebean tapi rasa aroma kopinya memang setanding tau.Cuba lah singgah kalau ke sini

Saturday, February 11, 2017

Tanjung Piai Resort mengamit kenangan

Lama dah Atan-Si Travelling Beruang tak keluar jalan-jalan.Hari ini RA bawak lah dia keluar jalan-jalan ke Tanjung Piai.Hajat tu nak pergi awal , tapi biasalah kan ada je yang menghalang.Tiba dah jam 5petang jadi dapat ke Tanjung Piai Resort sahajalah gamaknya.
Angin di sini sangatlah kuat,tu belum ke Taman Negara lagi.Dari resort ini boleh kelihatan rumah api yang membuat kawalan laut di Selat Melaka.Indah sungguh ciptaan tuhan waktu senja di sini.
Petang ini air dah mulai surut dan bot bot nelayan memang di biarkan di situ menanti air pasang untuk ke laut semula.
Dahulu tempat ini di penuhi pokok Paya Bakau dan monyet-monyet sentiasa berkeliaran.Pembinaan tambak bagi menghadang air pasang masuk sedikit sebanyak mengubah landskap Tanjung Piai.
Bersama rakan-rakan mengeteh yang dah lama tak singgah di sini.
Dulunya ada kedai makan di sini.Pernah dulu semasa kami bermalam di resort ,kami ke jeti seberang untuk makan malam di sini
Memandangkan hari pun nak senja , RA dan geng-geng yang lain mengambil keputusan untuk makan malam di sini.
Kenapa? sebab makan kat sini sedap,dah tu angin memang bertiup sangat kuat.Boleh terlena tau dan tak perlukan kipas pun.
Nampak tak mee gorengnya? Menyelerakan sungguh.RA memang peminat mee goreng dan bila nampak mee goreng yang di goreng sebegini memang terbukak selera.Harga sepinggan mee goreng ini RM22.Boleh makan untuk 5orang sekali.Selain itu RA ada memesan Sotong Goreng tepung dan Kailan Ikan masin untuk di makan bersama. 
Nampaknya mee goreng habis licin dulu.Kemudian datang pulak Nasi Goreng Udang menyusul.Sangat-sangat menyelerakan bila makan tepi laut nie dengan tiupkan angin yang tak henti-henti. 
Oh yea,surau juga di sediakan di resort ini.Kebanyakkan kemudahan di resort ini telah di baik pulih di renovasi dengan cukup menarik sekali.Hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai melepak bersama keluarga di sini.Cuma jika mahu ke Taman Negara yang bersebelahan datang la awal sikit yea...(amboi yang cekak pinggang tu kanmain lagi yea...)

Thursday, February 9, 2017

Ke Gunung Belumut pulak kiter

Bersempena hari cuti pelepasan Taipusam pada hari ini RA dan geng bekas sekolah rendah merancang untuk beriadah bersama.Mulanya kami rancang mahu ke Hutan Simpan Gunung Pulai jek,tapi di sebabkan orang terlalu ramai dengan tempat mandi yang sempit jadi "PLAN B" mula lah keluar dalam kepala nie.
Dari Gunung Pulai kami melalui jalan lama ke Kulai , rupanya pemandangan gunung-ganang di sini sangatlah cantik heh....Sampai di Kulai mulanya ingin terus ke Desaru , tapi bertukar lagi rancangannya ke Hutan Lipur Gunung Belumut.
Dan inilah hasilnya setelah menempuh 2jam perjalanan (walaupun tersesat-sesat) akhirnya tiba di sini.
Suasana redup,orang pun tak ramai memang sesuai lah dengan kami semua.Amik gambar dulu depan pintu masuk.Untuk pengetahuan semua tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke sini.Cuma pastikan lah menjaga kebersihan di sekitar jangan membuang sampah merata-rata.
Sampai je dah lapar.Mau tak nya dah dekat 150 petang baru tiba sini.Terus bentang tikar dan letak makanan dan makan.Tak ingat lain dah.Nampak tak sampah di sebelah kerusi Ashlina , Lehan dan anak dia duduk tu? Inilah yang di katakan masyarakat yang kurang kesedaran sivik.Masa kami tiba sampah tu memang terabai dan tidak di buang oleh pengunjung sebelum kami.satu perkataan buat mereka "PENGOTOR".
Budak-budak pantang nampak air terus terjun ke sungai.Nanti bila dah lapar pandai la diaorang naik nak makan.

Si ibu-ibu sibuk menguruskan makan anak-anak.Menu makan kita hari ini ada karipap & kueh roti sambal RN , Mee Goreng Jannah , Nasi Lemak Ashlina , Nasi putih ayam sambal Bonda Ros dan roti-roti.Semua kami kongsi untuk makan bersama.
 Dah kenyang sambung terjun dalam sungai balik.Amboi-amboi berpeleseran bukan main lagi yea Bonda Ros dan anak-anaknya.
 Tak jauh dari tempat kami ada jambatan gantung untuk menyeberang ke sebelah.Tak lah panjang mana pun tapi sangat sesuai lah untuk bergambar.
 Ok,satu lagi gambar dari atas.Nampak tak jernih kan airnya...Dah lah jernih sejuk pulak tu.
 Air dari denai dan sungai ini datangnya dari Gunung Belumut.Orang kata ada air terjun cantik kat dalam hutan nie.Jika pandai masuk dan mahir dalam hutan pasti jumpa.
 Kat dalam sikit dari tempat kami mandi ada laluan sungai lagi.Dah macam kolam renang budak-budak pulak rasanya. 
 Air kat sini bak hang bukan main sejuk lagi.Memang terbaik air dari gunung katanya. 
 Masa untuk mak-mak mandi pulak dengan anak-anak.
 Ini adalah gambar selepas turun sungai mandi.
 Dan ini lah muka waktu tiba sebelum berdebus dalam sungai.Walaupun tak bawak baju lebih, mandi tetap mandi.hahaha. 

Friday, February 3, 2017

Larian Malam Johor

 Ok RA nak kongsi aktiviti terbaru RA dan juga merupakan aktiviti mingguan di Bandaraya Johor Bahru.Aktiviti larian malam "Run For Malaysia" ini di adakan pada setiap hari Rabu jam 830malam.
Berkumpul di perkarangan REPS Fitness Center di Nong Chik Height dengan larian sepanjang 5km bagi larian biasa merangkumi laluan Nonchik -- Jalan Kapten Mohd Amin -- Jalan St.View (hadapan Istana Bukit Serene) -- kemudian ke Dataran Mahkota Istana Bukit Serene dan kembali melalui jalan yang sama pulang ke REPS.Yang dah otai dalam larian ini boleh la berlari sepanjang 8km jauh sedikit dari kami-kami yang baru nak cuba larian nie.
 Larian ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta menitik beratkan gaya hidup sihat Johor.Penyertaan terbuka kepada siapa sahaja dan ianya percuma.RA sendiri baru 3kali mengikuti larian ini.
 Selain larian mereka juga mengadakan latihan senam tubi pada setiap Isnin.Haa yang ini RA tak dapat lah turut sama sebab hari Isnin memang sibuk sikit.
 Gambar beramai-ramai di Dataran mahkota Istana Bukit Serene.Jika anda tidak kuat berlari anda boleh berjalan kaki sambil menikmati suasana bandaraya Johor Bahru di waktu malam.
 Jadi jika anda semua mempunyai kelapangan jemput lah sama-sama memeriahkan larian ini dan kehadiran amat-amat di alukan. 
 Muka-muka kakak gedik pantang bergambar haha.
 Hanya sekadar lari suka-suka sambil menjaga jantung kita agar sihat selalu.Sudi-sudikan lah datang

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....