Friday, February 3, 2017

Larian Malam Johor

 Ok RA nak kongsi aktiviti terbaru RA dan juga merupakan aktiviti mingguan di Bandaraya Johor Bahru.Aktiviti larian malam "Run For Malaysia" ini di adakan pada setiap hari Rabu jam 830malam.
Berkumpul di perkarangan REPS Fitness Center di Nong Chik Height dengan larian sepanjang 5km bagi larian biasa merangkumi laluan Nonchik -- Jalan Kapten Mohd Amin -- Jalan St.View (hadapan Istana Bukit Serene) -- kemudian ke Dataran Mahkota Istana Bukit Serene dan kembali melalui jalan yang sama pulang ke REPS.Yang dah otai dalam larian ini boleh la berlari sepanjang 8km jauh sedikit dari kami-kami yang baru nak cuba larian nie.
 Larian ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta menitik beratkan gaya hidup sihat Johor.Penyertaan terbuka kepada siapa sahaja dan ianya percuma.RA sendiri baru 3kali mengikuti larian ini.
 Selain larian mereka juga mengadakan latihan senam tubi pada setiap Isnin.Haa yang ini RA tak dapat lah turut sama sebab hari Isnin memang sibuk sikit.
 Gambar beramai-ramai di Dataran mahkota Istana Bukit Serene.Jika anda tidak kuat berlari anda boleh berjalan kaki sambil menikmati suasana bandaraya Johor Bahru di waktu malam.
 Jadi jika anda semua mempunyai kelapangan jemput lah sama-sama memeriahkan larian ini dan kehadiran amat-amat di alukan. 
 Muka-muka kakak gedik pantang bergambar haha.
 Hanya sekadar lari suka-suka sambil menjaga jantung kita agar sihat selalu.Sudi-sudikan lah datang

10 comments:

Cip said...

Ada lagi ke larian malam ni??rabu ni ada x??

RioAzzaro said...

SETIAP RABU DAN ISNIN .
LOKASI BERMULA DARI KFC DATARAN BANDARAYA

labulabi said...

Syok ny..teringin nk join

Unknown said...

masih ON lg ke aktiviti ni?

RioAzzaro said...

YEA MASIH LAGI...
SETIAP ISNIN DAN RABU - DI DATARAN BANDARAYA BERHADAPAN KFC

rossnyra said...

kalo nk join nk jmp siapa yek?? tgh cr geng utk berlari malam

RioAzzaro said...

datang je seawal 8malam di KFC dataran...bila nampak group tu berkumpul awk join je...diaorang tak kisah.siapa2 pun join masuk je...

Suhana said...

Salam.malam ni ada x larian..mash start kat kfc dataran?

Suhana said...

Salam.mlm ni ada larian x.mash start kat dataran kfc ke?

RioAzzaro said...

yea...selepas Margrib setiap Rabu dan isnin malam dari KFC dataran

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....