Alhamdullah hari ini di berikan rezeki untuk berbuka di luar lagi sekali.Pilihan kali ini di R&R Bistro yang terletak di Bandar Baru Uda berhampiran Jabatan Perkhidmatan Awam (JAPAM).Buka puasa hari ini juga di hadiri oleh beberapa rakan sekolah rendah RA dengan harga menu berbuka di sini ialah RM29.90 sekepala.
Banyak juga menu yang di sediakan dan yang paling menjadi pilihan pengunjung ialah daging kambing bakar dan Nasi Arab.Memandangkan hari ini hujung minggu,ramai yang berbuka bersama keluarga di sini dan seawal jam 645petang ramai yang berbaris mengambil makanan.
Sempat jugak RA sambar Daging Kambing Bakar.Menu kueh agak sedikit mengecewakan sebab tak banyak pilihan.Terdapat jugak Nasi Beriani , Murtabak , Mee Goreng , Ayam Goreng dan beberapa menu yang tidak sempat RA ambil.
Nah bila tiba masa berbuka penuh meja dan hanya menanti detik berbuka.
Terima kasih En Lenny yang menjadi tukang amik gambar kami semua.Yang hadir muka-muka biasalah Hamsiah,Ayu,Wani (isteri iwan) , Abam Edd , Abam Lenny , Abam Iwan dan Hakak Jannah.
Ini antara penyeri majlis kami hari ini.Kehadiran Adam yang makin comel dan nakal. (anak Iwan).Bergaya bukan main yea.
Beginilah susunan bufet makanan di sini.Meja kami di belakang sekali hehe apa nak buat tempahan pun di saat akhir.
Kami sempat bergambar kenangan di sini.Tetamu terakhir tiba ialah Janah saat pinggan dan cawan penuh di atas meja.
3 jejaka dengan dua nya masih teruna.Boleh lah hantar borang masuk meminang.Buat bekas pelajar SKKP jumpa lagi di perjumpaan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment