Friday, June 3, 2016

Lawatan Muhibbah ke Tj Pinang Hari ke2

 Hari kedua lawatan di teruskan ke mana lagi kalau bukan ke Pulau Penyengat.Menaiki bot sampan di Dermaga Pulau Penyengat yang terletak 1km dari Tanjung Pinang.Perjalanan mengambil masa 30min.
 Dah sampai pun.Inilah dia terminal bot di Pulau Penyengat.Lawatan di teruskan dengan menaik Becak yang di sewa.(harga Becak bergantung pada tawar menawar dengan pemiliknya).Selalunya sekitar IDR30,000 untuk satu jam.Kadang-kadang di minta sampai IDR60,000.Kalau nak lebih mencabar bolehlah berjalan kaki sahaja keliling pulau.
 Banyak tempat lawatan di Pulau Penyengat ini.Antaranya Masjid Raya (masjid yang di bina mengunakan kuning telur).Istana Kantor (seperti di gambar) Istana ala Kampung Glam Singapura.Makan raja-raja,Perigi air tawar , Balai adat , bangunan simpanan senjata dan mesiau dan kubu kursi.
 Wah bersilat yea semua di sini.hehehe.Panas sangat cuaca hari ini.Lawatan harus di selesaikan sebelum solat Jumaat bermula.
 Gambar ini di rakam di Bukit kursi,kubu pertahanan Pulau Penyengat.Terdapat juga parit di bina bagi menghalang serangan daripada pihak Belanda.Pemandangan dari atas bukit ini saujana mata memandang.Terdapat juga banyak meriam pelbagai saiz di setiap penjuru Bukit ini.Untuk naik ke atas sedikit kudrat di perlukan.heheehe
 Solat Jumaat kami di Masjid Raya dan sesudah solat berjemaah untuk Jumaat terakhir sebelum puasa kami menuju ke Kafe Alamak untuk menikmati makan tengahari di sini.
 Kafe tepi pantai makan sambil di tiup angin sepoi-sepoi memang menjanjikan.Boleh tertidur di sini lepas makan,tapi memandangkan ada perkara lain yang hendak di buat terlupakan niat nak tidur tu.
 Pemilik kafe ini adalah seorang berbangsa Melayu.Nama dia Hadi yang mengusahakan bersama isterinya warganegara Jepun.
 Sementara menanti jemaah lelaki selesai solat Jumaat kaum wanita menanti dengan penuh kesabaran.
 Menu makan tengahari kami adalah Ayam Goreng , Sotong masak hitam , sayur campur , sambal tumis dan Ikan Bakar Istimewa.Masak segar baru keluar dari laut.Puas makan 4ekor ikan besar.Lupa pulak nak tanya nama dia.
 Lama tak makan ikan bakar macam ini.Edisi kampung punya.hehe.Dah puas makan kami menuju ke feri terminal untuk pulang ke Tj pinang membeli belah.
 
Selesai membeli belah makan malam di salah sebuah restoran ala buffet.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....