Alhamdulillah..RA ke Tanjung Pinang sekali lagi kali ini membawa wakil rombongan Pejabat Kadi dan BKSK Kota Tinggi.Lawatan yang menaiki feri dari Stulang Laut ini mengambil masa 3jam perjalanan.Tiba di sini kami terus di bawa ke Ramayana Mall untuk membeli belah sebelum makan tengahari di sebuah restoran berkonsepkan rumah banglow di pinggir pekan Tanjung Pinang.
Ini adalah antara sebahagian peserta yang mengikuti lawatan ini,sebahagian lagi akan datang dengan feri ke 3, jam 7malam nanti.Hotel tempat penginapan kami kali jauh sedikit dari Kota Tanjung Pinang.Hotel Comfort yang bertarif 4bintang ini terletak lebih kurang 6km dari pekan Tanjung Pinang adalah salah sebuah hotel yang sangat cantik.
Kolam renang hotel ini sangat-sangat luas dan di buka hingga ke malam.Tapi nak mandi pun tak sempat daa.
Ini pemandangan dari tingkat 2 di balkoni bilik RA.Deretean rumah tu adalah bilik deluxe,berbentuk bumbung rumah ala Belanda.
Jam 4petang semua sudah mendapat bilik masing-masing dan mereka bebas dengan aktiviti sendiri di sekitar hotel.Manakala RA pula bersama Adi iaitu wakil agensi pelancongan di Tj Pinang melawat ke kuari pasir yang di tinggalkan.Dengar cerita di Facebook dan di laman sesawang , lokasi ini sekarang menjadi tarikkan penduduk luar dan dalam bergambar ala-ala padang pasir katanya.Jauh juga nak ke sini perjalanan mengunakan kereta mengambil masa 45minit dari hotel.Tapi hasilnya bila tiba adalah kepuasan.
Lokasi padang pasir ini berhampiran dengan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Tanjung Pinang yang akan di buka akhir tahun depan.Lokasi ini sebenarnya membekal pasir kepada Singapura tetapi telah di hentikan 2tahun lepas dan syarikat yang menjalankan aktiviti pasir di sini telah pun muflis.
Jadi tempat ini di biarkan terbiar dan menjadi lokasi kegemaran remaja-remaja di sekitar Tanjung Pinang berlibur.
Walaupun padang pasir ini tidak sehebat padang pasir di Perth mahupun di Vietnam,tetapi tetap memberikan kepuasan kepada pengunjungnya.
Lawatan sebentar RA di sini atas pelawaan Adi dan juga mempromosikan lawatan sampingan bagi yang mahu melihat keindahan lokasi sekitarnya.
Saat RA datang petang tadi hujan baru sahaja turun pada sebelah pagi.Jadi kawasan di sini agak lembab sedikit dengan pasir-pasir basah melekat di kasut.Pastinya lokasi ini lebih menarik jika dalam cuaca yang kering.
Perjalanan pulang ke hotel dari padang Pasir ini melalui Gunung Bentan, jambatan di muara sungai dan yang paling menarik melalui hadapan De Bintan Villa Resort.Resort dia atas bukit tu.Nanti ada rezeki RA bermalam di sini yea.hehe.Pulang di hotel terus berkumpul kemudian ke terminal feri menjemput sebahagian yang tiba menerusi feri ke3.Makan malam kami semua di Restoran Jawa Timur.Selepas makan malam , pulang ke hotel dan bermalam.
No comments:
Post a Comment