Saturday, December 26, 2015
Thursday, December 17, 2015
JJNM : Kedai Makan Kotak Kayu
JALAN-JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
KEDAI MAKAN KOTAK KAYU
JALAN DENAI 2 KEMPAS
Tak rancang pun nak ke sini.Tapi petang tadi lalu menynggah sebentar ke rumah kawan tetiba ternampak kedai makan yang tak jauh dari rumah dia.Bila dia ajak singgah makan RA pun lajulah cakap 'OK'.Kedai ini letak kat Jalan Denai 2 Kempas,tak jauh dari lebuhraya pasir gudang.Kedainya pun comel di buat dari kayu sebab tu kedai ini di namakan "Kotak Kayu"
Menu kat sini pun menu biasa biasa je.Harga pun boleh tahan murah.
Ini menu yang RA pilih untuk makan bersama kawan RA petang tadi.Burger Box , Nasi Lemak Ayam dan Mee Goreng.Burger Box ini comel macam kedainya.Warna Biru pulak tu.Persembahan makanan menarik.Sambal Nasi Lemak tawar,mungkin terlupa nak letak garam.Burger kalau 5bintang RA bagi mereka 3.5* jek.Untuk persembahan makanan RA bagi 4*
Untuk mee goreng nie,RA suka sangat rasanya.Mee dia pun takdelah nampak macam baru keluar plastik terus goreng.RA bagi Mee Goreng Kotak Kayu ini 4.5*.Kalau pergi ke kempas jangan lupa singgah di sini.
Monday, December 7, 2015
Tanjung Pinang Hari Terakhir
HARI KE 3
Hari ini adalah hari terakhir kami berkampung di Tanjung Pinang.Sebelum pulang jam 1230pm waktu Indonesia , RA meyinggah sebentar di pasar basah Tanjung Pinang untuk membeli sotong.Sekali lihat teringat zaman kecik-kecik dulu arwah mak bawak RA pergi pasar basah Batu Lima.Memang Becak...Nasib baiklah kasut RA tak basah lecun.
Sedih pun ada jugak bila tengok anak-anak ikan Yu yang di jual di pasar ini.Siripnya terlebih dahulu habis di potong dan di jual sebab permintaan yang tinggi..Manakala badannya di longgokkan di tepi sementara menunggu pembeli.
Yang ini besar sikit saiznya..Ikan Yu dewasa.Pun siripnya sudah habis di potong manakala badannya di biarkan di tepi.kalau ada yang mahukan dagingnya barulah ianya di potong.Jika tidak ermmm paham-paham jelah.
Yeaaa inilah dia pengulas dan juga pengunjung sepanjang lawatan tiga hari ini.Nak panggil Pak Alan pun boleh,Mas Alan pun boleh.Banyak jugak oleh-oleh yang di belinya.Selain pasar basah di pekan Tanjung Pinang ini juga boleh di beli barangan bag tas,busana muslimah , telekong , topi , kasut dan pelbagai barangan lagi.Hujan turun mencurah-curah jam 10pagi bagai menahan kami agar tidak pulang dulu ke Johor.Tapi Alhamdulillah jam 11pagi hujan pun berhenti dan kami semua tiba di pelabuhan jam 1130pagi untuk pulang ke Johor.Tepat jam 1230 Feri bertolak ke Johor dan selamat tiba di Jeti Stulang Laut Jam 4petang.Di harap kenangan semasa berada di Tanjung Pinang membawa kenangan manis buat anda semua yang mengikuti rombongan dari saya.
Sunday, December 6, 2015
Lawatan Tj.Pinang hari ke2
HARI KE 2
Dah masuk hari kedua pun.Sarapan pagi di sediakan di hotel tepat jam 7pagi waktu Indonesia.Mini van dah siap menunggu di hadapan hotel tepat jam 8pagi.Urusan pertama sekali ialah melawat makan Daeng Celak dan Daeng Merewah yang terletak tidak jauh dari muara sungai Bentan.Mungkin ramai yang ingat kan nama pahlawan-pahlawan ini yang ada dalam buku-buku sejarah Kesultanan Johor.
Selepas ke dua-dua tempat ini kami meneruskan perjalanan sekitar 70km ke Tanjung Uban.Di sini terletaknya pekan yang berhampiran dengan pelabuhan.Ramai yang ke sini selalunya untuk ke Pulau Batam atau Pulau Karimon dengan membaca kenderaan kereta menaiki feri.Tak banyak pilihan barangan busana yang dapat di beli di sini.2Jam kami di sini kemudian menujue ke Pantai Trikora pula.
Tak sangka pulak perjalanan dari Tanjung Uban ke Pantai Trikora ini jauh.Dalam keadaan cuaca yang sangat panas di luar penghawa dingin kenderaan kami pun tidak dapat mengurangkan kehangatkan patang itu.Apa puna setelah sejam 20minit kami selamat tiba di Pantai Trikora.Pantai ini terletak paling hujung Utara Pualau Bintan.Pemandu kenderaan kami bilang dari Pantai Trikora ramai yang menaiki bot pancung untuk masuk ke Melaysia melalu Pengerang dan Desaru cuma kurang dari 30minit.
Tiba di sini kami semua menghilangkan dahaga dengan air kelapa.Ternyata pantai Trikora ini sangat cantik.Terdapat deretan pondok-pondok kecik di dirikan di sepanjang pantai yang boleh di sewa serendah RP30,000
Kalau lapar bolehlah makan Bakso yang di jual dari moto-moto kecil yang menjaja di sekitar pantai ini.Murah dan sedap tau.
Selepas melepaskan lelah dan mengambil angin di sini kami meneruskan perjalanan pulang ke Hotel.Tapi sebelum pulang kami singgah ke salah sebuah perkampungan nelayan Melayu yang membuat perusahan Ikan Bilis.
Di sinilah tempatnya.Tak jauh dari pantai kami bersantai.Memandangkan semua dah penat kami semua terus pulang ke Tanjung Pinang dan tiba jam 530petang.Alhadulillah perjalanan kami semua selamat.Malam ini acara sendiri.Ramai yang memilih untuk makan di sekitar hotel sahaja.
RA pulak hanya duduk-duduk di dalam kamar menonton D'Academy Asia (ala-ala Akademi Fantasia versi Asia) yang menempatkan Mimi dari One NationMcee.mewakili Malaysia sebagai peserta.Sementara Mas Idayu menjadi Juri Jemputan Malaysia.Dah lah iklan kat TV nya panjang-panjang,komen yang di berikan Juri jugak panjang berjela-jela dan tah apa-apa jek.Jam 1230tengah malam masih tak habis-habis memberi komen.Oklah RA nak tidur...
BERSAMBUNG....
Saturday, December 5, 2015
Lawatan 3Hari Tj Pinang
HARI PERTAMA
Hari ini RA menbawa karyawan-karyawan dari MRSM Muar membuat lawatan ke Tanjung Pinang selama 3hari/2malam.Feri yang telah RA tempah bertolak jam 930pagi dan seawal 1030pagi kami semua sudah menunggu di Jeti Stulang Laut.Nak tau apa yang kami buat di sana? ikuti lapuran tidak rasmi dari Blog RA ini.
Tepat jam 930 feri dari Stulang laut berlepas ke Tanjung Pinang.Memandangkan hari ini Sabtu dan musim cuti sekolah,feri yang kami naiki penuh dengan penumpang.Perjalanan ke Tanjung Pinang mengambil masa 3jam.
Sementara menunggu feri tiba sesi perkenalan dengan mereka yang mengikuti Pakej RA ini bermula.
Jam 1130pagi waktu Indonesia Barat kami tiba di Jeti Tanjung Pinang.Bag dan bagasi kami di jemput oleh pihak hotel dan di bawa ke sana.Manakala kami pulak ke Jeti Dermaga Pulau Penyengat untuk ke Pulau Penyengat.
Masa pun dah tengahari dan perut pun dah lapar jadi kami semua singgah di kedai makan Pulau Penyengat untuk makan Ikan Bakar dan Asam Pedas Melayu Riau di sini.
Di hadapan Masjid Raya.Masjid yang di perbuat dari putih telur
Lawatan keliling pulau di teruskan dengan menaiki moto beca.Dari Tapak istana lama, makan Raja Haji Fisabilillah , Makam Engku Putri , Raja Haji Ali pujangga kerajaan dan juga pengarang asal Gurindam dua belas,kami terus ke Balai Adat Melayu yang di bawah rumahnya ada terletak telaga air tawar yang juga merupakan sumber air tawar di pulau ini.Dari situ kami ke Gudang Mesiu (gudang meriam)
Ini pulak Benting Bukit Kursi.Pertahanan Pulau Penyengat dari serangan musuh seperti lanun,Ingeris dan juga Belanda.Di setiap sudut di tempatkan meriam.
Meriam yang paling besar di letakkan mengadap laut utama.Bersama RA menjejaki bukit kursi ini ialah Fizree dan temannya Alan yang juga pengulas lapuran tidak berbayar RA hehehe....Jangan marah Pak Alan..,.hehehe.
Haa ini gambar mereka yang lebih jelas.Bergambar di pintu masuk Balai adat dan Gudung Mesiu.
Dari atas Bukit Kursi ini sayup sayup kelihatan beberapa makan kerabat dan pembesar istana dan juga Kota Tanung Pinang di sebelah sana.Saat ini bacaan AlQuran kedengaran dari Masjid Raya sambil menantikan azan Asar.Jam 4petang kami pulang ke Tanjung Pinang dan daftar masuk hotel untuk mengemaskan diri sementara menunggu makan malam di hotel.
Selepas makan malam RA dan beberapa rakan lawatan ke Melayu Square dan kami bersantai di tepi tebing menikmati secangkir Espresso , Teh O Beng dan Teh Botel sambil menikmati suasana laut dan menceritakan pengalaman kerja masing-masing.Jam 10malam pulang ke hotel dan bermalam.Esok ada lawatan lain yang harus kami lalui...Bersambung...
P/S : Salam Takziah buat keluarga Di Raja Johor yang baru hilangan orang tersayang iaitu Tengku Jalil , Putera Laksamana Johor yang juga Putera Sultan Johor.Moga Roh nya di cucuri Rahmat
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...
-
RA baru je dapat gambar-gambar ini dalam aplikasi Whatapps kumpulan dan sebahagiannya dari sumber internet.Jadi RA nak kongsikan bersama de...