Saturday, December 5, 2015

Lawatan 3Hari Tj Pinang

HARI PERTAMA

 Hari ini RA menbawa karyawan-karyawan dari MRSM Muar membuat lawatan ke Tanjung Pinang selama 3hari/2malam.Feri yang telah RA tempah bertolak jam 930pagi dan seawal 1030pagi kami semua sudah menunggu di Jeti Stulang Laut.Nak tau apa yang kami buat di sana? ikuti lapuran tidak rasmi dari Blog RA ini.

Tepat jam 930 feri dari Stulang laut berlepas ke Tanjung Pinang.Memandangkan hari ini Sabtu dan musim cuti sekolah,feri yang kami naiki penuh dengan penumpang.Perjalanan ke Tanjung Pinang mengambil masa 3jam.

Sementara menunggu feri tiba sesi perkenalan dengan mereka yang mengikuti Pakej RA ini bermula. 

Jam 1130pagi waktu Indonesia Barat kami tiba di Jeti Tanjung Pinang.Bag dan bagasi kami di jemput oleh pihak hotel dan di bawa ke sana.Manakala kami pulak ke Jeti Dermaga Pulau Penyengat untuk ke Pulau Penyengat.

 Masa pun dah tengahari dan perut pun dah lapar jadi kami semua singgah di kedai makan Pulau Penyengat untuk makan Ikan Bakar dan Asam Pedas Melayu Riau di sini.

Di hadapan Masjid Raya.Masjid yang di perbuat dari putih telur

 Lawatan keliling pulau di teruskan dengan menaiki moto beca.Dari Tapak istana lama, makan Raja Haji Fisabilillah , Makam Engku Putri , Raja Haji Ali pujangga kerajaan dan juga pengarang asal Gurindam dua belas,kami terus ke Balai Adat Melayu yang di bawah rumahnya ada terletak telaga air tawar yang juga merupakan sumber air tawar di pulau ini.Dari situ kami ke Gudang Mesiu (gudang meriam)

 Ini pulak Benting Bukit Kursi.Pertahanan Pulau Penyengat dari serangan musuh seperti lanun,Ingeris dan juga Belanda.Di setiap sudut di tempatkan meriam.

 Meriam yang paling besar di letakkan mengadap laut utama.Bersama RA menjejaki bukit kursi ini ialah Fizree dan temannya Alan yang juga pengulas lapuran tidak berbayar RA hehehe....Jangan marah Pak Alan..,.hehehe.

 Haa ini gambar mereka yang lebih jelas.Bergambar di pintu masuk Balai adat dan Gudung Mesiu.

 Dari atas Bukit Kursi ini sayup sayup kelihatan beberapa makan kerabat dan pembesar istana dan juga Kota Tanung Pinang di sebelah sana.Saat ini bacaan AlQuran kedengaran dari Masjid Raya sambil menantikan azan Asar.Jam 4petang kami pulang ke Tanjung Pinang dan daftar masuk hotel untuk mengemaskan diri sementara menunggu makan malam di hotel.

 Selepas makan malam RA dan beberapa rakan lawatan ke Melayu Square dan kami bersantai di tepi tebing menikmati secangkir Espresso , Teh O Beng dan Teh Botel sambil menikmati suasana laut dan menceritakan pengalaman kerja masing-masing.Jam 10malam pulang ke hotel dan bermalam.Esok ada lawatan lain yang harus kami lalui...Bersambung...

P/S : Salam Takziah buat keluarga Di Raja Johor yang baru hilangan orang tersayang iaitu Tengku Jalil , Putera Laksamana Johor yang juga Putera Sultan Johor.Moga Roh nya di cucuri Rahmat

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....