Monday, July 20, 2015

Beraya kat Pejabat lak

Diam tak diam dah pun masuk hari raya ke 4.Hari Isnin pulak dah masuk kerja.Nampaknya RA beraya di pejabat lah gamaknya..Datang kerja pun dengan berbaju raya lagi.Mood raya tu masih lagi menebal.Bagi yang bercuti RA ucapkan Selamat Berhari Raya.Sudi-sudi jemputlah datang pejabat hehee...Kueh raya pemberian dari Syarikat Penerbangan Singapore Airlines pun ada lagi tu.

SELAMAT HARI RAYA  !!!!

MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!!


Sunday, July 12, 2015

Bila nak balik JB??

 Ingatkan tengahari ini lepas je dafter keluar hotel terus balik ke JB.Tapi aktiviti di teruskan ke Kenanga Wholesale Center.Dahlah hotel takde ari pagi tadi,jadi ramai di antara kami yang mandi di kolam mandi.Ada tu mandi simbah sikit-sikit dari air yang keluar dari paip sinki yang halus jek tu.Dari hotel nak ke KWC nie memang la tak jauh dah,tapi nak masuk ke dalam bangunan untuk cari tempat letak kereta tu yang jenuh.Nasib baiklah bukan RA yang memandu.Sadar-sadar dari tidur dah sampai.Badan RA rasa macam nak demam,tekak pulak rasa perit je.Macam nak berbuka tapi RA pertahankan jugak. 

Haaa Pak Din,Sri dan anak-anak mereka datang jumpa kami di sini.RA dah tak larat sebab badan rasa seram sejuk je nie.Jadi RA rehat je kat medan selera tingkat 8 bangunan ini.Biarkan yang lain membeli belah sendiri sesuka hati mereka.Orang pompuan kalau tentang membeli belah 10jam pun mereka sanggup walau tak makan hehehe.

 Tengok je lah gambar-gambar nie,dari KWC kami berbuka puasa di IOI Mall Serdang.tu pun tiba dah pukul 630petang.Tempat makan di medan selera macam biasalah.semua dah penuh.Kami berbuka di meja-meja berasingkan sebab kalau nak dapat meja yang sama alamat tiunggu habis berbuka la gamaknya.Macam biasa bila perut dah kenyang hati dah senang mula lah menyambung membeli belah.Takde lah beli banyak sangat tapi fenomena membeli belah tu memang dah serasi kot dengan jiwa orang Malaysia walaupun di dalam atau di luar negara.

 Cik abang letak kereta di tempat letak kereta utama dan khas yea,jadi bila bayar duit tempat letak keretanya pun agak mahal.RM15 untuk 2jam setengah.muka suda monyok..Hakhakhak...nak dekat katanya.Sebelum pulang semua bergambar sekeluarga dan pastinya akan jumpa hari raya yang akan menjelang tiba minggu hadapan sahaja. 

 Terima kasih atas kesudian bersama-sama RA ke Kuala Lumpur.Jam 3pagi baru tiba rumah hahaha.


Saturday, July 11, 2015

Jom ke Jalan TAR KL

 Tahun ini RA berkesempatan ke Jalan Tunku Abdul Rahman KL sekali lagi.Tapi kali ini dengan rakan-rakan sekolah RA pulak.Cadang nya nak bermalam semalam sahaja di sana.Esoknya selepas membeli belah balik la ke JB semula.Penginapan? ooo RA sewa hotel semalam di Silka Maytower Hotel & Apartment.Hotel ini tak jauh sangat pun dengan bazar Jalan Tar tu.Selain harganya berpatutan,ada ruangan tempat letak kereta di sediakan percuma.Jadi tak payah pusing-pusing memikirkan nak letak kereta kt mana dalam keadaan kesesakkan di KL tu.Kenderaan? kami naik 2kereta sahaja.Lebih jimat.Eddy , isteri dan anak naik kereta dia.RA dan Apek naik kereta Mamak dan Diel.Kami singgah ke GoldCoast Melaka resort sebentar melihat apartment yang di beli oleh Edy,sebelum menuruskan perjalanan ke KL.

  Jenuh jugak nak mencari Hotel ini.Kalau jalan tak sesak memang dah jumpa dah.Ini sebab nak ikut jalan pintas la sampai sesat-sesat dekat sejam.Tiba di hotel jam 130petang.Bila daftar bilik cuma bilik RA je yang dah siap.Jadi mereka semua masuk melingkau lah lepak bilik RA dulu.Jam 3petang baru semua dapat bilik masing-masing.Alhamdulillah kami dapat bilik di tingkat yang sama iaitu tingkat 28.Tinggi jugak tu.Lepak tidur kat bilik sampai lah jam 530petang.Jam 6petang kami dah turun nak membeli belah di Jalan TAR.

 Perggh suasana macam biasalah.Sesak dengan umat yang ingin membeli belah di minggu terakhir Ramadhan.Budak-budak dah mula keletihan,jadi untuk menyegarkan mereka RA dan yang lain-lain menapak ke Sogo Mall yang berhawa dingin tu.Kami terus naik medan selera tetapi kesemua tempat sudah pun di penuhi.Akhirnya kami naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat 9.Lewat pulak waktu berbuka puasa kat KL ini.730malam kau.Apapun Alhamdulillah kami semua selamat berbuka puasa dengan minuman dan makanan ringan yang kami bungkus.Jam 750malam kami turun ke Medan selera dan mendapat meja makan untuk menyambung berbuka puasa kami.

 Perut dah kenyang badan dah bertenaga, jadi kita teruskan ekspidisi menyambung membeli belah.Jalan TAR malam ini dah macam jalan-jalan kat HongKong pulak.Sesak dan meriah semeriahnya.Pakaian wanita,tudung,baju melayu,karpet dan macam-macam lagi di jual dengan harga yang di luar kawalan.Cukup Murah,cukup berbaloi.

 Gulatis , Kamdar , Semua House , Jakel antara nama-nama besar dalam industri pakaian Melayu.Yang ini bahagian depan jalan.Belum lagi tengok di belakang bangunan ini.Deretan bazar sepanjang 4km menjanjikan pilihan terbesar dan tersesak buat pengguna.

 Sementara menunggu golongan ibu memborong tudung,cik cik abang pulak menunggu di luar kedai sambil berpeleseran dan bergambar.Tu air yang RA minum tu dah 7gelas kot RA telan.Tekak memang haus giler.Kat dalam Sogo je tadi RA dah minum 4gelas.Jam dah 1030malam badan pun dah tak larat mungkin sebab minum air sejuk banyak sangat kot.Jadi kami semua balik ke bilik hotel berehat seketika sementara menunggu Abang Mork dan Ally sekeluarga tiba nak jumpa RA.

 Si Ally dah ada di KL,tapi disebabkan kesesakan di Jalan TAR dia tersangkut dekat 3jam di situ.Abang Mork pulak bila tak dapat jumpa RA masa berbuka dia berjalan dengan kawan dia pusing-pusing dan cuci mata dulu.Jam 1130malam kami semua berjumpa di hadapan hotel dan memulakan perjalanan membeli belah kami pulak.Edy dan Nani dah kepenatan dalam bilik.Diel dan Mamak dah jalan ke depan mencari baju raya untuk anak bongsunya.Jadi RA,Ally sekeluarga dan Abang mork asuk semula ke bazar dan jalan hingga ke Masjid India.

 Dan inilah yang kami temui.Abang-abang rugget berpakaian jubah wanita mempromosikan baju raya sebab bos dah balik kampung katernya.Adeh mau tergelak tengok diaorang nyanyi lagu arab.

 Jam 1pagi perut dah mula keroncong.Kami makan sahur di jalan Masjid India warung kelante,makan nasi goreng pilihan masing-masing.Muka tersenyum sambil penat semalaman membeli belah katernya.Diel,mamak,edy dan Nani menyusul sejam kemudian dan kami bersahur bersama.Esok tak tau apa rancangannya lagi.Tapi untuk hari ini setakat itu jelah lawatan kami.Jam 230pagi dah pulang ke hotel dan bermalam...

Tuesday, July 7, 2015

Berbuka Puasa Ala Johor Baru

 Sambungan dari kisah berbuka puasa di dataran minggu lepas , kesinanbungannya di teruskan lagi hari ini.Kali ini lebih ramai - lebih besar - lebih meriah

Kali ini RA dapat tempat betul-betul depan jam besar.Puas hati dapat tengah-tengah jadi perhatian dunia katanya.Sambil-sambil menunggu waktu berbuka apalah salahnya amik sekeping dua gambar kan.

 Tetiba jam 7malam Lyn datang dengan bala tenteranya hehehe....menjadikan 2tikar di bentangkan buat kami semua.Waktu berbuka di Bandaraya Johor Bahru 716malam.Tapi jam di dataran baru kul 705malam.Tak lama je lagi tu.

 Menu utama berbuka hari ini (semua beli-tak masak kat rumah pun) - Kebab Pakistan / Roti John Larkin / Sotong Goreng Tepung / Nasi Goreng / Air Katira / Mee Goreng / Air Jagung & Kueh Mueh bazar.Alhamdulillah selamat kami berbuka di sini siap bersolat Margrib di tengah-tengah dataran amik lagi gambar terakhir sebelum pulang.

Tapi dalam banyak-banyak gambar , yang ini gambar paling RA suker.Nampak macam kulit album lagu gitu haha.(berangan).Selamat berbuka Puasa you alls...

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....