Tahun ini RA berkesempatan ke Jalan Tunku Abdul Rahman KL sekali lagi.Tapi kali ini dengan rakan-rakan sekolah RA pulak.Cadang nya nak bermalam semalam sahaja di sana.Esoknya selepas membeli belah balik la ke JB semula.Penginapan? ooo RA sewa hotel semalam di Silka Maytower Hotel & Apartment.Hotel ini tak jauh sangat pun dengan bazar Jalan Tar tu.Selain harganya berpatutan,ada ruangan tempat letak kereta di sediakan percuma.Jadi tak payah pusing-pusing memikirkan nak letak kereta kt mana dalam keadaan kesesakkan di KL tu.Kenderaan? kami naik 2kereta sahaja.Lebih jimat.Eddy , isteri dan anak naik kereta dia.RA dan Apek naik kereta Mamak dan Diel.Kami singgah ke GoldCoast Melaka resort sebentar melihat apartment yang di beli oleh Edy,sebelum menuruskan perjalanan ke KL.
Jenuh jugak nak mencari Hotel ini.Kalau jalan tak sesak memang dah jumpa dah.Ini sebab nak ikut jalan pintas la sampai sesat-sesat dekat sejam.Tiba di hotel jam 130petang.Bila daftar bilik cuma bilik RA je yang dah siap.Jadi mereka semua masuk melingkau lah lepak bilik RA dulu.Jam 3petang baru semua dapat bilik masing-masing.Alhamdulillah kami dapat bilik di tingkat yang sama iaitu tingkat 28.Tinggi jugak tu.Lepak tidur kat bilik sampai lah jam 530petang.Jam 6petang kami dah turun nak membeli belah di Jalan TAR.
Perggh suasana macam biasalah.Sesak dengan umat yang ingin membeli belah di minggu terakhir Ramadhan.Budak-budak dah mula keletihan,jadi untuk menyegarkan mereka RA dan yang lain-lain menapak ke Sogo Mall yang berhawa dingin tu.Kami terus naik medan selera tetapi kesemua tempat sudah pun di penuhi.Akhirnya kami naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat 9.Lewat pulak waktu berbuka puasa kat KL ini.730malam kau.Apapun Alhamdulillah kami semua selamat berbuka puasa dengan minuman dan makanan ringan yang kami bungkus.Jam 750malam kami turun ke Medan selera dan mendapat meja makan untuk menyambung berbuka puasa kami.
Perut dah kenyang badan dah bertenaga, jadi kita teruskan ekspidisi menyambung membeli belah.Jalan TAR malam ini dah macam jalan-jalan kat HongKong pulak.Sesak dan meriah semeriahnya.Pakaian wanita,tudung,baju melayu,karpet dan macam-macam lagi di jual dengan harga yang di luar kawalan.Cukup Murah,cukup berbaloi.
Gulatis , Kamdar , Semua House , Jakel antara nama-nama besar dalam industri pakaian Melayu.Yang ini bahagian depan jalan.Belum lagi tengok di belakang bangunan ini.Deretan bazar sepanjang 4km menjanjikan pilihan terbesar dan tersesak buat pengguna.
Sementara menunggu golongan ibu memborong tudung,cik cik abang pulak menunggu di luar kedai sambil berpeleseran dan bergambar.Tu air yang RA minum tu dah 7gelas kot RA telan.Tekak memang haus giler.Kat dalam Sogo je tadi RA dah minum 4gelas.Jam dah 1030malam badan pun dah tak larat mungkin sebab minum air sejuk banyak sangat kot.Jadi kami semua balik ke bilik hotel berehat seketika sementara menunggu Abang Mork dan Ally sekeluarga tiba nak jumpa RA.
Si Ally dah ada di KL,tapi disebabkan kesesakan di Jalan TAR dia tersangkut dekat 3jam di situ.Abang Mork pulak bila tak dapat jumpa RA masa berbuka dia berjalan dengan kawan dia pusing-pusing dan cuci mata dulu.Jam 1130malam kami semua berjumpa di hadapan hotel dan memulakan perjalanan membeli belah kami pulak.Edy dan Nani dah kepenatan dalam bilik.Diel dan Mamak dah jalan ke depan mencari baju raya untuk anak bongsunya.Jadi RA,Ally sekeluarga dan Abang mork asuk semula ke bazar dan jalan hingga ke Masjid India.
Dan inilah yang kami temui.Abang-abang rugget berpakaian jubah wanita mempromosikan baju raya sebab bos dah balik kampung katernya.Adeh mau tergelak tengok diaorang nyanyi lagu arab.
Jam 1pagi perut dah mula keroncong.Kami makan sahur di jalan Masjid India warung kelante,makan nasi goreng pilihan masing-masing.Muka tersenyum sambil penat semalaman membeli belah katernya.Diel,mamak,edy dan Nani menyusul sejam kemudian dan kami bersahur bersama.Esok tak tau apa rancangannya lagi.Tapi untuk hari ini setakat itu jelah lawatan kami.Jam 230pagi dah pulang ke hotel dan bermalam...
No comments:
Post a Comment