Sunday, July 12, 2015

Bila nak balik JB??

 Ingatkan tengahari ini lepas je dafter keluar hotel terus balik ke JB.Tapi aktiviti di teruskan ke Kenanga Wholesale Center.Dahlah hotel takde ari pagi tadi,jadi ramai di antara kami yang mandi di kolam mandi.Ada tu mandi simbah sikit-sikit dari air yang keluar dari paip sinki yang halus jek tu.Dari hotel nak ke KWC nie memang la tak jauh dah,tapi nak masuk ke dalam bangunan untuk cari tempat letak kereta tu yang jenuh.Nasib baiklah bukan RA yang memandu.Sadar-sadar dari tidur dah sampai.Badan RA rasa macam nak demam,tekak pulak rasa perit je.Macam nak berbuka tapi RA pertahankan jugak. 

Haaa Pak Din,Sri dan anak-anak mereka datang jumpa kami di sini.RA dah tak larat sebab badan rasa seram sejuk je nie.Jadi RA rehat je kat medan selera tingkat 8 bangunan ini.Biarkan yang lain membeli belah sendiri sesuka hati mereka.Orang pompuan kalau tentang membeli belah 10jam pun mereka sanggup walau tak makan hehehe.

 Tengok je lah gambar-gambar nie,dari KWC kami berbuka puasa di IOI Mall Serdang.tu pun tiba dah pukul 630petang.Tempat makan di medan selera macam biasalah.semua dah penuh.Kami berbuka di meja-meja berasingkan sebab kalau nak dapat meja yang sama alamat tiunggu habis berbuka la gamaknya.Macam biasa bila perut dah kenyang hati dah senang mula lah menyambung membeli belah.Takde lah beli banyak sangat tapi fenomena membeli belah tu memang dah serasi kot dengan jiwa orang Malaysia walaupun di dalam atau di luar negara.

 Cik abang letak kereta di tempat letak kereta utama dan khas yea,jadi bila bayar duit tempat letak keretanya pun agak mahal.RM15 untuk 2jam setengah.muka suda monyok..Hakhakhak...nak dekat katanya.Sebelum pulang semua bergambar sekeluarga dan pastinya akan jumpa hari raya yang akan menjelang tiba minggu hadapan sahaja. 

 Terima kasih atas kesudian bersama-sama RA ke Kuala Lumpur.Jam 3pagi baru tiba rumah hahaha.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....