Hari ini adalah hari bersejarah buat anak saudara RA dan juga buat RA sendiri.Bukan apa,anak saudara yang RA bela sejak bayi lagi hari ini akan bergelar Isteri orang.RA mempunyai 15anak saudara,tapi anak saudara ini yang paling RA rapat sebab RA bela dia sejak kakak RA bersalin lagi.Bayangkan waktu itu RA berumur 11tahun arwah Mak dah ajar RA belajar tukar lampin (bukan pempers yea), buat susu , tidurkan dia dan macam-macam lagi.
Tak sangka diam tak diam besar dah anak RA nie dan jadi Isteri orang hari ini.Majlis akad nikah di adakan pada malam hari Jumaat dan dengan sekali lafaz Nur Ain Binti Mahat bergelar Isteri.Majlis ini di adakan di Batu Pahat sebab Abang Ipar RA (bapa pengantin) bertugas dan tinggal di sini.
Majlis resepsi di adakan pada keesokkan harinya.RA menaja Kek perkahwinan mereka ini.Amik tempahan dari orang Batu Pahat je,bukan apa senang nak bawak dan sampai tepat pada masanya.
Hari persandingan berjalan lancar cuaca pun baik.RA tengok dari jauh je lah.Tumpang gembira bagi pihak pengantin perempuan.
Ini adalah gambar selepas nikah dan selepas bersanding pada hari itu.Bapa RA turut hadir meraikan majlis pernikahan cucunya.Buat Ain dan suami , Ucu doakan Selamat Pengantin Baru moga bahagia hingga ke anak cucu.Jaga dan taat pada suami.
No comments:
Post a Comment