Subahanallah!!! itu je yang dapat RA gambarkan setibanya di Langkawi pagi ini.Cantik sungguh Pulau Langkawi di tambah dengan terbitnya fajar pagi.Jam 730pagi Kapal persiaran kami tiba di pelabuhan Resort World Langkawi.
Cantik sungguh Langkawi yang di kelilingi lebih 99pulau-pulau kecil di sekelilingnya.
Saat ini matahari baru saja terbit.Semua penumpang naik ke atas dek untuk melihat sendiri keindahan Langkawi pada waktu pagi termasuk RA sendiri.
Hari semakin pagi, Alhamdulillah selamat tiba di Langkawi.Lama dah RA tak ke sini,paling terakhir RA tiba 20Tahun.Masa tu masih muda belia lagi hehe.
Sarapan pagi di restoran dulu sebelum bersiap-siap untuk turun berjalan di Langkawi.Makan sambil menikmati pemandangan indah lautan Langkawi.Menu masih buffet lagi.
Jam 930pagi RA mengambil keputusan untuk turun dari kapal dan menuju ke pekan Kuah.Nampak tak kapal persiaran RA gah berlabur di Pelabuhan Langkawi.Giler besar kan?? 3000 nyawa berada dalam kapal ini.Tiba di tempat letak kereta RA menahan Teksi untuk membawa RA ke Pekan Kuah tetapi terpaksa jalan-jalan ke Makam Mahsuri dan Padi terbakar sebab terlalu awal pagi lagi.
Tawar menawar bermula ketika mahu menyewa teksi dan akhirnya pemandu teksi meminta di bayar RM80 hanya dengan membawa RA ke Makan Mahsuri , Padang Maksirat dan akhirnya meletakkan RA ke Pekan Kuah.
Inilah dia makan Mahsuri.Lagenda utama di Pulau Langkawi.Rasanya semua tahu cerita mahsuri kan? Kawasan ini sangat tenang, ada sawah pagi di belakangnya dan berlatar belakangkan gunung ganang.Ada juga perigi di sini,kalau nak minum bolehh la cuba.Airnya sejuk.
Tak jauh dari makan Mahsuri terletaknay rumah melayu Kedah yang di jadikan sebagai tarikan pengunjung.RA tak lama di sini,adalah dalam 30minit dah selesai melawat.Panjang sungguh makan mahsuri.
Meneruskan lawatan ke padang beras terbakar.Di sinilah beras di bakar bagi mengelakkan menjadi rampasan tentera Siam.
Kawasan ini terletak di salah sebuah rumah keturunan penghulu mukim.Memang traditional Melayu kedah 100%.Dapat lihat tapaknya sahaja sebab tapak-tapak yang lain banyak yang dah di bangunkan.
Sempat lah juga RA singgah membeli mintak Gamat disini sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah.Teksi yang membawa RA meninggalkan RA di sini.Dia cakap nanti nak balik telefun la dia.Tak ada apa yang menarik di pekan Kuah pagi-pagi Rabu.Banyak bazar hanya akan mula di buka malam jek jadi yang ada cuma lot rumah kedai yang menjalankan aktivit harian.Bosan dengan pekan Kuah RA menuju ke Pantai berhampiran dataran Helang.Dekat 10 minit jugaklah berjalan untuk ke sana,panas pulak tu,nasib baik pakai topi.Ini salah satu pantai yang terletak paling hampir dengan pekan kuah.Pantai apa nama pun RA lupa.
Dah bergambar di tepi pantai RA meneruskan perjalanan ke dataran helang.Nampak macam dekat tapi bila jalan dari tepi pantai ke dataran helang tu mau 20minit.Nasib baiklah banyak pokok-pokok di tepi pantai.Kalau tidak mau kering kontang RA jalan panas-panas.Tiba di dataran helang terus amik gambar sendiri (selfie-kata orang putih) .
Jam 3petang RA dah pulang semula ke kapal.Bukan sebab takde tempat lain yang nak pergi tapi tak tahan sangat cuaca panas sangat di Langkawi.Sampai ke kabin RA terus mandi dan tidur.Jam 6 petang dah siap-siap nak makan makan dengan penuh bergaya di Dek 5 di "Main Dinning Room".
Nampak tak menu yang di sajikan? Di sini bukan makan ala buffet tapi makan di sini di layan seperti tetamu terhormat.Ada pelayan yang datang mengambil pesanan makanan.Menu pulak memang eklusif sangat-sangat.Terasa seperti dalam filem orang putih pulakk...hehe.
Sambil makan sambil menikmati matahari terbenam,sangat-sangat menjanjikan.Kalau tak bergambar di sini memang rugi.
Ini pulak menu untuk pencuci mulut pulak.RA amik pie kacang dengan aiskrim je tapi kawan RA amik puding.Dua-dua memang sedap dan manjanjikan.
Hari makin malam dan selesai sahaja makan malam RA ke Dek teratas untuk menikmati suasana senja di atas kapal.Angin memang bertiup kencang dari sini dan pemandangan cukup-cukup romantik.
Lepas solat Magrib di bilik RA ke Dek 4 melihat bilik luncur ais di sini.Bukan nak luncur pun,sekadar melihat gelagat mereka di atas ais.
Dah puas di situ RA bergerak untuk menikmati Jaguzi pulak.Masa-masa macam nie takde ramai orang sangat.Lihat?? memang tepat dugaan RA takde orang pun di sini.Jaguzi ini RA yang punya.
Lama jugak RA berendam dalam jaguzi tu.Jam 11malam baru keluar dan perut mula pula lapar.Apa lagi teruslah ke Kafe bawah bilik hotel menikmati menu ringan dan secangkir kopi di sini.Semuanya percuma.Balik ke bilik jam 12tengahmalam dan masa untuk berisitirehat.Jumpa esok...
No comments:
Post a Comment