Thursday, February 5, 2015

Hari Terakhir di Royal Caribbean Cruise

Hari ini hari terakhir RA berada di atas kapal persiaran ini.Sepanjang hari ini aktiviti kapal hanya tertumpu di dalam kapal sebab ia berlayar di lautan sahaja.Bagi RA inilah masa yang di gunakan untuk berehat sambil memenuhi perut dengan makanan.Mula dengan sarapan pagi yang di sajikan Mee kari.Pencuci mulutnya pulak pan kek.

Ini menu makan tengahari RA bermula dengan pencuci mulut iaitu Tiramisu.

Kemudian menu utama ialah Nasi dan Ikan Salmon.Sup ketam sebagai menu berasingan.Sesekali di layan seperti orang kaya-kaya nie teringat macam dalam filem Titanic.

Ini pulak menu terakhir untuk makan malam RA.Sedikit Italian didalam menu.

Isi udang besar yang di goreng dengan nasi dan puding roti yang sangat-sangat menjanjikan.Sudah tentunya di layan seperti orang-orang kenamaan.

Memandangkan menu malam ini adalah menu terakhir RA, kesemua pelayan restoran yang melayan meja kami mengucapkan salam perpisahan.Yang berada di tingkat atas semua berkumpul di tepi balkoni manakala yang di bawah berkumpul di tengga utama sambil menyanyikan lagi Mandarin.

Inilah video yang sempat RA rakamkan tadi.

Malam nanti ada pertunjukkan terakhir dan semua pengunjung di jemput hadir ke teater utama kapal ini yang boleh menempatkan 2000 orang.Kami di bahagikan pada 2sesi siapa yang mahu makan malam jam 6petang boleh hadir ke pertunjukkan terahir inijam 8malam.Dan siapa yang mahu makan malam lewat boleh hadir ke persembahan jam 6petang dan makan malam jam 8.

Inilah dia ruang teater utamanya.Kami di persembahkan dengan Video rakaman dari hari pertama hingga hari terakhir.Persembahan kugiran,silap mata dan nyayian dari artis jemputan.Sedih pulak bila pengacara mengucapkan selamat tinggal untuk esok.Esok pagi selepas bersarapan segala kenangan manis RA di sini akan berakhir.Selamat tinggal Royal Caribbean Cruise!!!! Kenangan yang tidak dapat di lupakan.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Encik RA,

Terima kasih sudi berkongsi pengalaman cruise dengan kami. Saya berminat dengan RCL kerana kapal yang besar dan kemudahan yang banyak..kalau tak keberatan mohon bertanya pada Encik RA..ada ke menu yang halal di dining room? Nampak sedap sangat hidangan daging yang dipesan di dining room pada hari kedua..

Kalau di buffet section tu agak jelas Encik RA dah kongsikan pada kami ada ruangan halal :) walaupun kecil tapi alhamdulillah pihak RCL peka dengan sensitiviti penumpang Muslim

Tq in advance sudi jawab soalan saya :)

RioAzzaro said...

WALAIKUMSALAM...
MAAF LAMBAT REPLY.
DI ROYAL CARIBBEAN CRUISE TIADA MAKANAN HALAL.TETAPI MEREKA MENYEDIAKAN MAKANAN VEGETARIAN DAN DI ASINGKAN DENGAN MENU-MENU YANG MENGANDUNGI BABI UNTUK BUFFET.
SAMA DENGAN MAKANAN DI DINING ROOM.
ADA MAKANAN SEAFOOD PADA SETIAP MENU MEREKA.JADI SAYA TIDAK MENGAMBIL DAGING DI SITU.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....