Akhirnya malam yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.Setelah hambir sebulan RA membuat tempahan penginapan dan bilik makan persendirian bersama AJK-AJK yang terlibat akhirnya membuahkan hasil yang mengujakan.Bertempat di A Farmosa Resort Melaka,majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar SMPT tahun 1990-1994 akhirnya berjaya di adakan.Kami semua bertolak dari Johor Bahru sekitar jam 10pagi dan tiba di sini jam 130petang.Inilah tempat penginapan kami.Kesemuanya 4Unit Kondotel 3bilik dan 1Unit Kondotel 2bilik.(14bilik kesemuanya).Walaupun sudah 18 tahun meninggal sekolah,majlis perjumpaan ini adalah majlis kali ke 3 kami.Itu pun susah nak kumpulkan kesemuanya kerana komitmen masing-masing dengan kerja dan keluarga.
Seawal jam 2petang lagi AJK-AJK telah bertungkus lumus memasukkan hadiah ke dalam bag cenderahati yang akan di berikan kepada rakan-rakan yang hadir untuk makan malam nanti.
Gigih yea Mak-Mak dara dan anak-anak dara membantu mempercepatkan proses pembungkusan tersebut.Hadiah cabutan bertuah juga tidak lepas dari pandangan AJK.Maklumlah hadiah utama TV 39Inci LED Samsung sumbangan bersama Edy dan JJ.
TEMA MAKAN MAKAN IALAH BIRU
Aturcara majlis yang telah pun siap di susun.Alamak....RA kena baca doalah pulak.....
Ini dia meja pendaftaran merangkap meja mencabut nombor cabutan bertuah.Bertuah atau tidak hanya akan di ketahui di penghujung majlis nanti.hehehe.Bergambar sambil menunggu kehadiran penyambut tetamu di meja pendaftaran jap.Mak Dara si Jack yang patutnya datang awal untuk tugasan ini tiba lewat sedikit sebab nak tacap-tacap di bilik persalinan yea.
Kain rentang dari pihak kami telah pun di siap di gantung bersebelahan dengan meja hadiah.
Meja makan semuanya dah tersedia di susun dan menunggu kehadiran para tetamu sahaja.Bila masuk dalam bilik ini dan lihat semuanya berada di dalam keadaan yang di inginkan baru lah puas hati RA dan AJK-AJK yang lain.
