Kalau di Indonesia mereka memanggilnya Mudik,tetapi di Malaysia tradisi "Balik Kampung" tidak pernah asing bagi setiap masyarakat di sini bila tiba Hari Raya Aidilfitri.Semalam aku berkesempatan ke Terminal Bas Larkin Sentral melihat sendiri tradisi balik kampung mereka yang menetap di Johor Bahru.Seawal pagi sampai lah ke malam terminal bas ini tak pernah sunyi dengan mereka yang ingin pulang ke kampung.
Sambil pekena kopi dan mee goreng mamak di Restoran Kopitiam Chamek aku melihat sendiri aktiviti warga kota mundar mandir menanti kehadiran bas mereka untuk pulang ke kampung halaman.Saat ini jam sudah pun ke pukul 10malam,dan platform bas untuk ke Pantai timur dan Utara tanah air masih lagi di penuhi wargga kota.Seronok pulak bila tengok gelagat orang yang nak balik kampung ini,terasa macam aku pulak yang nak balik.Tapi nak buat macamana,aku takde kampung.Kampung halaman aku kat JB lah.
Bagi Platform untuk ke Batu Pahat,Muar,Pontian,Yong Peng,Mersing,Rompin & Melaka di bawah ini pulak kelihatan sunyi & lengang.Mungkin jugak kerana jaraknya yang tidak jauh ramai yang mengambil keputusan untuk bertolak di waktu siang.Atau mungkin juga tiada perkhidmatan bas di waktu malam.
Hampir satu jam setengah aku meluangkan masa di terminal bas,aku bergerak pula ke Terminal keretaapi JB Sentral bagi melihat pula aktiviti balik kampung di sana.Memang canggih terminal yang baru di buka ini kerana selain luas ianya berhawa dingin.Aku dengar tak lama lagi perkhidmatam bus express juga akan di pindahkan di sini.Terasa seperti di lapangan terbang pulak...hehe.
Saat ini keretaapi terakhir akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 1155malam dan masih ada ramai lagi warga kota JB yang akan bercuti ke sana.Mungkin juga ramai yang akan turun di perhentian-perhentian yang di lalui keretaapi sepanjang perjalanan ke KL nanti.
Selesai sahaja di sana,aku ke tempat meletak kenderaan di tingkat paling atas bangunan ini.Melihat keindahan Bandaraya Johor Bahru di waktu malam yang bermandikan cahaya.
Bangunan kastam dan immigrasen di sini memang tak pernah sunyi.Ada sahaja kenderaan yang keluar masuk samaada dari Johor Bahru atau Singapura.
Masih ada warga Johor yang tidak tidur lagi bak kata orang putih "The City Never Sleep".Tetapi semakin lewat semakin kurang kenderaan yang lalu lalang di sekitarnya.Walau bagaimanapun bandaraya Johor Bahru masih lagi bermandikan cahaya.
Melihat warga kota pulang ke kampung,keluar masuk ke Singapura,peniaga yang menjalankan aktiviti jualan dan pemandu teksi dan bas yang menanti kehadiran pelanggan untuk pulang ke rumah cukup memberikan satu terapi minda untuk aku.
Dengan itu,aku ingin mengucapkan semua warga kota yang akan pulang ke kampung halaman selamat ber Hari Raya,Pulanglah dengan selamat & ingat keluarga di kampung yang menunggu kepulanganmu.Bagi yang pulang dengan memandu sendiri,biar lambat asal selamat.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!!
No comments:
Post a Comment