Moreh?? apa tu moreh?? Wah budak-budak zaman sekarang kalau kita dok cerita pasal moreh mesti ramai yang tak tahu.Kalau dulu masa kecik-kecik selepas solat Terawih habis di Surau atau masjid,pasti macam pesta riuh rendah kat luar menikmati pelbagai juadah yang di bawa oleh jemaah masjid untuk di makan bersama.Ala-ala macam "supper" lah gitu.masa berlalu,tahun silih berganti aktiviti moreh semakin di lupakan oleh generasi sekarang.Maklumlah ada tu sibuk nak ke sekolah/kerja pada esoknya atau bergegas pulang ke rumah sebab nak tengok drama kat tv,takpun buat solat terawih 8rakaat je dah balik.Paling teruk tak gie terawih langsung.Jadi aktiviti Moreh ini di anggap sepi.
Jadi nak cerita lah nie,pada satu hari tu dapatlah email dari seorang teman ,menyatakan ada kupon makanan di McDonald iaitu promosi ulangan mereka beli satu dapat satu pada belian "Chicken Foldover".Untuk tidak mengecewakan harapan teman yang sorang ini dan mengembalikan nostalgia Moreh selepas terawih,aku pun berpakat untuk Moreh di Restoran Mcdonald Jalan Skudai.Sesudah solah terawih 20 rakaat di tambah 3rakaat solat Widthir (maaflah tak main 8rakaat nie-berlagak) aku pun bergegas ke sana untuk menikmati makanan itu.
Memang kehadiranku di tunggu-tunggu oleh keluarga Olie dan Kak Ros yang sudah pun tiba awal.Kupon yang sudah di cetak pun di tebus dengan 6keping Chicken Foldover.Suasana santai dengan sesekali kedengaran jeritan anak-anak yang menjerit di bilik permainan mengamatkan lagi suasana di sana.Terbayang muka-muka yang hadir keletihan setelah bangun seawal pagi untuk bersahur dan sehari berpuasa di tambah pula terawih di malam hari.Keceriaan pula jelas terpampang di muka anak-anak,maklumlah diorang pantang kalau ajak gie McDonald nie.
Malam itu juga menyaksikan acara penyampaian hadiah dari seseorang buat seseorang bersempena ulang tahun kelahiran mereka.Meriah tak meriah jugak la).Walaupun datang untuk makan,tetap bawak laptop untuk mencari dan melayan "laman muka buku" (macam kat rumah tak sempat-sempat nak tengok...huhu)
Yang mata tak larat mulalah bergegas ke dalam kereta dan menghilangkan penat barang sedetik.(macam lagu Anuar Zain pulak).Tepat jam 1150malam masing-masing mata dah tak larat,terus bergegas pulang ke rumah untuk tidur.Ada yang simpan Chicken Foldovernya untuk bersahur pagi nanti.
Itulah sahaja kisah Moreh aku.
9 comments:
Busut
said...
inchek nazri... akhirnya selepas 17 tahun meninggalkan SMPT ... jumpa jugak ko.. hehe
lama dah aku stalk fbook SMPT tu; tapi mcm tak aktif je; atau aku salah page.
apa pe pun; masa sekolah dulu kita tak sekelas tapi tetap kamcing giteww.. member maam azmi, dee, yazid, zainal and few other names yang kau ada sebut dalam entri blog kau ni memang aku kenal sangat.
Tak sangka kau masih kekal di kampung pasir. Rumah mak aku kat Taman Perling je der.
masa sekolah dulu korang bagi nickname aku busut... hehe. kalau masih ingat lah sape aku. =)
9 comments:
inchek nazri... akhirnya selepas 17 tahun meninggalkan SMPT ... jumpa jugak ko.. hehe
yelah inchek busut...asal tak add kt smpt fbook batch? ramai lagi kawan2 lama ada kt sana
lama dah aku stalk fbook SMPT tu; tapi mcm tak aktif je; atau aku salah page.
apa pe pun; masa sekolah dulu kita tak sekelas tapi tetap kamcing giteww.. member maam azmi, dee, yazid, zainal and few other names yang kau ada sebut dalam entri blog kau ni memang aku kenal sangat.
Tak sangka kau masih kekal di kampung pasir. Rumah mak aku kat Taman Perling je der.
masa sekolah dulu korang bagi nickname aku busut... hehe. kalau masih ingat lah sape aku. =)
ala aku kenal lah...ko nizam kan...hahaha.apa lak tak sekelas,ko penah sekelas dgn aku lah dulu.haha
nizam? fuuhhh.. bukan bukan
aku student paling kecik gitew haha...
tau...ko yg paling kecik tu.yang hari2 bapak kau hantar kau tu...haha tau lah.nama ko je yg aku tak ingat.Tp nizam lah kot nama ko kan
nanti aku email kau gambar masa sesi fotoshoot setiap kelas..
mana emailnya???
riodenaz@yahoo.com
Post a Comment