Thursday, August 30, 2012

Jemput Datang Beraya di Rumah

Nak pendikkan cerita semalam selepas sahaja tamat puasa enam aku,orang-orang surau datang singgah bermarhaban di rumah selepas Margrib.Aku menagagak mungkin selepas Isyak mereka datang,tapi tup,tup diaorang memberi pengumuman selepas Margrib nak datang.Naik kelam kabut lah dengan muka tak mandi sebab sibuk masak jemput-jemput kat dapur.Nasib baik sempat juga masak ahkirnya.marhaban tak lama,sebab malam tu mereka ada lebih 3rumah untuk di ziarahi.Makan pun ala-ala isi perut sikit je.

Pada masa yang sama,kawan-kawan mengeteh aku nak datang beraya,jadi aku surh diaorang datang jam 930malam,sebab takut bertembung dengan orang Marhaban,tak dapat aku nak melayannya.

 Barisan tetamu yang datang bertandang beraya di rumah aku.Maaflah yea jemput-jemput sah habis,jadi saya jamukan dengan Mee Rebus Wak Jawa yang lalu naik motor kat depan rumah je ini.Cepat,Sedap,Kenyanggg.....


 Kak Ros dan keluarga pula datang lambat malam tersebut sebab baru balik beraya dari Bandar Penawar.Tapi walaupun lambat saya rasa terharu di atas kesudian dia dan rakan-rakan lain datang beraya ke rumah saya.

  
Dan macam biasa,aktiviti bergambar beramai-ramai pasti tidak di lupakan.Yang baru Merah Jambu tu jangan gedik lebih-lebih sangat yea.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN RAYA KE RUMAH SAYA.

Masuk Pertandingan Gambar

Hari minggu lepas aku terselak lah laman web Air Asia yang menyediakan pertandingan bergambar "I am Here" Travel3Sixty.Hadiah pertama dia cukup lumayan iaitu tiket penerbangan ke Osaka untuk dua orang.

Jadi dengan tidak membuang masa,aku pun cuba-cuba lah masuk pertandingan ini.Mana tau boleh menang.Tuah Ayam nampak kat kaki kan..Tuah Manusia siapa yang tahu.

Bagi sesiapa yang nak masuk boleh lah berbuat demikian di laman web di bawah ini (tarikh tutup 31Ogos12)

  Berikut adalah gambar-gambar aku yang masuk pertandingan ini.










Tuesday, August 28, 2012

Mengeteh di Banafie Village

 Ini pulak kisah mengeteh di Syawal ke10 anjuran Olie dan Azie.(kalau tak pergi no telefun kita semua dia nak padamkan,katernya)

 Jadi berkonyon-konyon lah kamu semua datang (yealah takut tu kena padam no telefun).Tapi tuan pengerusi dan isteri datang lambat pulak.Apa nak jadi lah dengan pengerusi-pengerusi majlis zaman sekarang ini.Meja makan yang pasti amik meja yang tepi paling panjang,sebab gang mengeteh kitaorang dengan anak-anak je dah ramai.Bakal orang PutraJaya pun sempat datang ke majlis mengeteh kitaorang malam itu.

Ini adalah menu baru "Banafie Village".Aku pun baru dapat tahu hari ini lepas selak-selak kat atas meja.Nasi Padang Sotong Bakar tu macam sedap je.


 Ini pulak penyampaian hadiah ulang tahun anak-anak Kak Rovita.Si Emely dan Clady dari aku.Nak sampaikan dari bulan lepas tak sempat-sempat nak berjumpa.

 Nik dan Fuad yang baru balik bercuti dari Terengganu juga sempat memberikan kepada kita semua hadiah cenderahati kegemaran masing-masing iaitu Pelekat besi berani peti sejuk.Bertambahlah koleksi kat tepi peti sejuk kitaorang nanti.

 

 Antara muka-muka ceria yang hadir pada malam itu.Berbincangan malam ini adalah tentang video salah laku aku semasa berada di Alaska dan majlis rumah terbuka orang-orang besar.Majlis mengeteh ini juga di sajikan dengan Ikan Salmon ala mat salleh punya makanan dan Nasi Ayam Penyet kegemaran ramai.Makanan pada makan itu di taja oleh Olie Berhad.

Terima kasih yea , moga murah rezeki anda

Bila mata dah mula mengantuk dan perut dah kenyang,jam 11malam kitaorang semua bergerak pulang ke rumah

Sunday, August 26, 2012

Raya lagi di Syawal ke 8

Seawal jam 8pagi aku dah terima sms dari seorang teman,katanya nak ikut sama ke rumah terbuka Majlis Bandaraya Johor Bahru jam 12tengahari nanti,tapi entah kenapa bila dah hampir pada waktu itu dia boleh sms semula cakap tak sempat pulak.Jadi aku teruskan sajalah ziarah raya aku tanpa dia.Nasib baik Nik dan keluarga ikut sama.Ke mana lagi,ke rumah Mona lah kat Kampung Sri Serdang.jam 1130pagi dah sampai.Kena pergi awal sebab suami Mona,Firdaus dah nak kena balik Melaka petang ini jugak.Si Amir (anak Mona) yang sekarang dah tukar nama ke Salam tu pulak baru je bangun tidur


 Hampir jam 12tengahari aku,bapak aku dan keluarga Nik bertolak pula ke Stadium tertutup MBJB,untuk menghadiri Majlis rumah terbuka Tan Sri Shahrir (Datuk Bandar JB).Kami tiba jam 1230tengahari dan terus masuk ke dewan stadium tertutup.Ada lebih kurang 10gerai makanan yang boleh kami pilih makanan.Meja tempat makan pulak terletak di tengah-tengah dewan

 Masuk saja ke dewan,kami di sambut oleh alunan marhaban dari kumpulan marhaban yang telah di jemput untuk membuat persembahan.Nak cari meja ketika itu memang ada,tapi tak cukup sebab kami ber7.Perlu amik satu meja tu.Nasib baik setelah 15minit meja Nik dan keluarga pun kosong.Dapatlah kitaorang makan beramai-ramai.

Terdapat gerai-gerai kecik di tepi yang menyediakan makanan Orang Johor.Antara menu di rumah terbuka ini adalah :-

NASI BERIANI GAM & DAGING

CAPATI BERSAMA KUAH DAL & KIMA

SUP TULANG GEAR BOX

LAKSA JOHOR

MEE REBUS (sedikit pedas)

KETUPAT , RENDANG & LODEH

LEMANG DAN SERONDING

SATEY & MEE HOON GORENG

AIR KORDIAL & TEH/KOPI


 Antara menu yang sempat aku tibai pada siang tadi.Kenyang beb.

Semakin lewat semakin kurang orang yang datang.

 Alunan Ghazal juga di mainkan setelah Marhaban melabuhkan bacaan mereka.

 Haa inilah dia hero-hero Malaya anak Nik dan Fuad yang sempat bergambar dengan aku.

 Dah puas makan,mula lah bergerak pulang,tapi tidak lupa untuk bersalaman dengam Tan Sri Shahrill untuk amik duit raya (terhad hanya untuk budak-budak je yea).Tengok je tu Tan Sri kena serbu dengan budak-budak yang datang beraya siang tadi.

 Terpaksa pulang awal sebab ayah aku kena segera ke tandas.Tak selesa katanya kalau ke tandas awam.Jadi bergegas lah pulang ke rumah.Nasib baik hujan dah berhenti.Sampai je rumah,Zack & Herman pulak telepun suruh datang beraya kat rumah dia.Baru nak letak pinggang dah kena gerak lagi.Nasib baik kami sekampung,rumah tak jauh.Sampai je rumah dia,dia masak jemput-jemput ikan bilis dan bawang...sedapnyaaaaaaa.....Makan lagiiii.....


Saturday, August 25, 2012

Bertiga Serangkai Di Syawal ke 7

SERANGKAI 1 : MAJLIS RUMAH TERBUKA MENTERI PENGAJIAN TINGGI

 - YB DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN @ DEWAN JUBLIE INTAN JOHOR JAYA -

 Bila tiba hujung minggu pasti sana sini penuh dengan undangan rumah terbuka.Hari ini pulak ada 2jemputan rumah terbuka yang aku nak pergi.Jam 1130pagi aku dah bersiap-siap untuk bertolak ke Johor Jaya.Mula-mula macam malas nak pergi,tapi bila Abang Yunus sms beria-ia mengajak pergi,maklumlah bos besar dia buat majlis terbuka.hehe.Aku pun mengajak sekali Olie & Azie untuk pergi sama.Akhirnya Olie sahaja yang berkesempatan pergi bersama kami.

 Nasi Beriani Gam & daging memang wajib ada kat majlis rumah terbuka menteri-menteri ini dan nasi beriani kat sini memang sedap.Kalau tak ingat nak makan makanan yang lain mau 2pinggan aku tambah.Menu utama lain adalah ketupat,lemang,kuah lodeh,ayam masak merah,Laksa Penang,Mee Rebus,sup tulang dan kueh mueh.Muai sangat-sangat.

 Nasi beriani menjadi pilihan warga yang datang pada hari tu,beratur sikit lah.Tapi masih terkawal hehe.Ramai jugak yang datang ada yang siap bungkus bawak balik lagi.Boleh??

 Haa ini lah dia tuan rumah terbuka pada hari itu.YB Datuk Seri Khalid Nordin.Dapat juga bergambar dengan beliau.Itu pun terpaksa berdiri sebelah dia,dia toleh je kitaorang pun tangkap la gambar nie.hehe.(petua ini di taja oleh Abang Yunus)


 

 Bila turun di tempat kereta mula mengendeng kat pakcik yang masak nasi beriani kat situ,tapi segala teori kipas dan aircon tidak berhasil melentur pakcik itu untuk membungkuskan kami nasi beriani.Pulang lah dengan kehampaan.

 

SERANGKAI KEDUA : MEMBELI BELAH DI JOHOR PREMIUM OUTLET

 Haa tu dia,balik dari rumah terbuka Dato Khalid Nordin,terus menuju ke Johor Perium Outlet,nak beli baju raya buat berjalan katanya.Maklumlah masa bulan puasa hanya sempat cari Baju Melayu je sebab tak pergi Mustafa Center (katernya).Jadi JPO nie lah jadi tempat aku dan Abang Nus mencari bahan.Si Olie pulak menjadi tukang pegang barang kitaorang tiap kali nak pergi ke bilik persalinan.hehehe.

Aku dapat lah jumpa jean pendik dengan kemeja lengan pendik sehelai.Tapi ada sorang mamat tu siap beli berkongsi set pakaian dari Adidas kau...(mengumpat sikit).


SERANGKAI KE 3 : RUMAH TERBUKA TASHA & FAIZ

 Petang tu lepas balik dari JPO,aku terus lepak sampai tertidur.Nasib baik dah setkan jam untuk berbunyi sebelum Margrib.Kalau tidak alamat terus tidur sampai ke pagi la gamaknya.Bukan apa,pada malam yang sama Tasha & Faiz jemput aku ke rumah diaorang.Rumah terbuka lagi katernya.Jam 830malam baru aku sampai kat rumah dia tu pun guna lebuh raya EDL,cepat sikit sampai.

 Haa inilah dia tuan rumah si Tasha tengah mengoreng sampal tempe untuk kali ke-2.Ramai juga kawan-kawan yang dia jemput,Lagipun sambal tempe dia memang sedap,aku tibai sampai 2kali tambah tu (patut la habis cepat).Haa yang ini pulak tokeh ikan bakar tengah nak lelong ikan dia...Sedap ikan bakar yang si adik Tasha bakar kan ini.(tak kesempatan nak amik sebab banyak pemintaan dari peminat heee)

Dah puas melantak kat rumah Tasha,aku pun gerak ke bandar pekena teh tarik mamak kat belakang bangunan Bank Negara.Kena telur setengah masak + teh tarik lepas tu mata dah naik lentok,terus pecut balik ke rumah dan tidur.


- TAMAT LAH AKTIVITI 3 SERANGKAI AKU PADA HARI INI

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....