Jalan - Jalan Nak Makan (JJNM)
- Makan Tengahari di Johor -
Nama Restaurant ini "Breakfast at 7"
terletak di lot pejabat Danga Bay, bersebelahan dengan Clark Hatch
Fitness Center.Terletak di tingkat 2 ianya menjual segala jenis makanan
bergoreng.Dari Nasi Goreng,Mee Hailam , Mee Goreng Mamak dan pelbagai
makanan tempatan masyarakat Cina,Melayu & India.Harga yang di jual
di sini juga berpatutan.
Kalau teringin nak diet , anda boleh pekena dengan Yong Taufu di medan selera Kampung Melayu (depan pejabat pos).Mesti cuba Gerai Awang Yong Taufu.Kelazatan sub yong taufu nya memang terkenal di sini.
Jom kita kena Tomyam Thai tengah-tengahari kat sini pulak.Nama restaurant ini "Carabao".Memang terkenal dengan tomyam Thainya yang berlemak dan pedas.Nasi Goreng Thai berserta dengan somtai memang kelas.Terletak di Jalan Abdullah Tahir bersebelahan dengan bangunan MAA.Berada di sini terasa seperti berada di Bangkok dan Changmai pulak.Harga sedikit mahal,tetapi berbaloi dengan rasa dan tempatnya.
Kalau dah kat Johor tak kena dengan Beriani Gam Johor memang tak sah.Leh mencuba di Restaurant "Beriani House" jalan kebun teh , bersebelah dengan sekolah Fong Yew selepas trafic light.Ada beriani kambing,daging dan ayam.Kalau datang lambat masa makan tengahari mesti tak ada tempat duduk.Oh yea jangan lupa mencuba acar buahnya yea..memang sedappppp.....
Petang-petang kalau dapat makan mee rebus sedap jugak kan? Nak cuba Mee Rebus kena cari mee rebus yang betul-betul sedap.Setakat ini yang memenuhi selera di Johor adalah Mee Rebus Stulang (Asal) yang berada di Kafe EnamPuluhan di Stulang Laut.Betul-betul bersebelahan dengan De Bali selepas sahaja trafic light dari kompleks lama kastam Tanjung Putri.Satu lagi gerai mee rebus terbaik adalah Mee rebus Hj Wahid.Ada banyak cawagannya.Ada di medan selera Tepian Tebrau,Pasar Pandan & Kampung Melayu.
Tetiba terasa nak makan Nasi Ayam Penyet lak kan? takpe,boleh cuba makan kat "LC Catering" yang terletak di Taman Melodies berhadapan dengan Highway Tebrau jek.Memang nasi ayam penyet di sini terkenal kerangupannya sebab mengunakan ayam kampung.Sambalnya memang terbaik dari ladang lah.Memang sedap dan harga berpatutan.
Terasa nak makan makanan Solo pulak? Ini mesti teringat Nasi Timbel sejak balik dari Bandung ini kan? Jangan risau...anda boleh ke Taman Impian Emas cari Restaurant Saung Sunda Sawargi (SSS).Bagi yang tau tahu nak ke sana,tahan je Teksi dan mintak hantarkan ke kawasan rumah kedai di Taman Impian Emas.Mesti jumpa punyalah kedai ini.
GERAI NASI CAMPUR &ASAM PEDAS
Yang ini dekat je dengan rumah aku.Gerai Siput sedutWak Dol.Menu utama ikan bakar,asam pedas sembilang,lemak siput sedut.Lain-lain tu makanan kampung lah.Masuk dari flyover Angsana terus ke Polis Marin Pengalan Rinting.buat L turn & masuk sikit depan jumpa lah gerai ini.
Yang ini pulak kat Taman Perling.Nama kedai Restoran Kampung Danga,tak jauh dekat je dengan highway yang nak menghala ke Iskandar Malaysia dari Danga Bay.Asam pedas dia lah yang paling kaw kaw.
Nak jauh sikit,kali ini ke Asam Pedas Madu Tiga di KulaiJaya.Terletak kurang dari 1km selepas laluan keluar Highway Plus Kulai.Boleh tahan sedap dan harganya pun boleh tahan jugak lah.
Yang ini pulak asam pedas di belakang flat lumba kuda (dah takde pun flat tu).Nama kedai ini "ASAM PEDAS BOTAK" atau nama kat papan tanda dia tulis 'KEDAI MAKAN JADI BARU BOTAK".Terletak di belakang Hotel Suria dekat deretan rumah kedai.Asam Pedas kat sini memang terbaik lah memang berbaloi membayar dengan harganya.
Panas-panas kalau kena cendol sedap jugak kan? Kalau nak cuba cendol terbaik,bolehlah mencuba di gerai cendol tepi jalan Pekan Nenas/Pontian - Skudai ini tak jauh dari Bandar Baru Kangkar Pulai.Cendol kat sini murah dan sedap.Yang menjualnya lak pasangan adik beradik kembar dan rakan-rakannya.Gerai ini kegemaran ramai pekerja-pekerja di UTM.
Nak cuba pizza terbaik di Johor? Anda boleh ke Restoran ELMIGOS yang terletak di cawangan Sutera Mall.Pizzanya memang special dan lain daripada yang lain.Maklumlah pizza Mexico lah katakan
Ok yang terakhir ini pulak adalah terletak di medan selera Plaza Larkin Sentral.Depan terminal bus Larkin je.Beranika gerai makanan pelbagai masakan terbaik di Johor boleh terdapat di sini.Ada Kacang Pool Hj,Rojak Asma Larkin (memang sedap),Nasi Aya, Hainan,ABC,XYZ,Laksa Johor,Mee Rebus Stulang,Tok Wan Asam Pedas dan macam-macam lagi lah.Di buka pagi sampai petang sahaja.
10 comments:
salam rio azzaro.sy cadang kn awk wt liputan kedai makan tgh ari kt BBU,sama ngan kedai satay wak radol. NASI PADANG SELERA PADI EMAS name kedai ny.tp dtg lps raye la,sbb bln puase bukak bazar kt @mart kempas. kt @mart kempas pn ade branch.kt food court @mart lot fc 5.okek!nnt awk try2 usha la eh!k!tq!arigato!
Oh yeaker? dah ada jual nasi padang balik? dulu bulan Febuari pergi dia cakap restoran di amik alih.yang ada satey je.Takpe nanti lepas raya kitaorang serbu sana
27-29 hb ni turun jb..harap2 dapat cover semua tmpt yg ko bgtau tu bro...
Pastu 30hb-7july penang..
So tmpt2 mkn kat penang ada yg bes arkk..sapa2 tau inform aku
Fakruddin87@gmail.com
Sapa tahu nasi beryani di kg melayu tu pindah mana...skg ni tgh kerja binaan kat tmpt lama dia berhadapan pej pos kg melayu...hubby nak nasi beryani tu je....
Penang mee udang la bessstttt
Penang mee udang la bessstttt
Gerai2 kat kg mlayu (dpn pjbt pos) tu dh pindah ke blkg giant southern city dkt fpod court utk sementara. Sehingga kerja ubahsuai tu siap..
Nasi briyani abg man tu mmg d best..kat dpn masjid kmpg melayu ngan kat belakang giant extra..
Dah lama entry nie
tp saya nak komen gak
Yong Taufu dpn Pejabat pos kg mlyu tu memang terbaik
Dia guna kuah daging/tulang & sambal pun sedap
Mgences lak, msa tulis komen nie
Balik nak pi makan ler
hihii
Post a Comment