Jelajah untuk kali ini adalah ke Pulau Batam.Pulau yang menjadi sebahagian daripada hak milik Indonesia dan terletak kira-kira 2jam perjalanan bot dari Terminal Fery Stulang Laut.Bersama 5 lagi teman yang mengikuti ekspedisi kali ini telah pun bersedia dari segi mental,fizikal & speritual.
12May2012
Berkumpul di depan kompleks Zone Stulang Laut kami mengisi perut bersarapan dulu di gerai hadapan komplek tersebut.Di sebabkan tarikh kami pergi bertembung dengan Uji Bakat Kilauan Emas di komplek tersebut,maka gerai makan pun menjadi sesak.Sarapan aku pagi itu Mie Hoon,telur goreng,bagedel & nescafe tarik.Itu pun terpaksa ke dapur untuk amik minuman sendiri sebab gerai dah terlalu ramai orang.Antara yang turut makan dan minum di situ adalah Klon Razif Ismail JB yang terkenal dengan nyanyian "Biar Bulan Bicara" di karaoke-karaoke sekitar Johor Bahru.Sebelum bertolak masuk ke Ferry terminal,sempat juga beliau mengucapkan "ALL THE BEST" buat peserta-peserta ujibakat Kilauan Emas pada hari itu.Setelah memdapatkan tiket ferry di kaunter,aku pun bergegas ke jety untuk mendapatkan fery.Bertolak tepat jam 930pagi waktu Malaysia,ekspedisi pun bermula dengan jarak perjalanan mengambil masa 2jam.
PEMANDANGAN DARI FERRY MEMANG MENGASIKKAN JIWA.INILAH TERAPI MINDA BUAT AKU.MELIHAT SENDIRI PELABUHAN PASIR GUDANG,SENOKO-SINGAPURA DAN PULAU-PULAU KECIK DI SEKITAR JOHOR BAHRU & SINGAPURA MEMANG MENJANJIKAN.MAKLUM LAH SEMUA BENDA YANG DI DIRIKAN DI MUKA BUMI INI ADALAH BERKAITAN DENGAN CIVIL ENGINERING (katernya)
Jam 1130pagi (waktu Malaysia) / Watu Indonesia 1030pagi kami sampai di Pelabuhan Batam Centre.Keluar ke terminal aku terus menaiki teksi ke hotel.Hotel yang telah di tempah adalah Goodway Hotel Batam.Sesi bergambar pun bermula.Dah macam kumpulan boy band dari Indon lak bila bergambar macam nie.
Hilangkan penat dengan rehat sebentar di bilik hotel dan sekitar jam 1petang barulah keluar mencari makanan Nasi Padang di sekitar hotel.Nasib baik restaurant itu tidak jauh dari hotel.Makanan Nasi Padang memang menyelerakan,lebih-lebih lagi bila di panaskan berulang kali dengan bunga Chengkeh yang berwarna merah.Yummy...Boleh tahan mahal jugak harganya.Sekitar RM33 seorang.
Rombongan Cik Kiah pun meneruskan penjelajahan selepas selesai sahaja makan tengahari.Kali ini dengan keyonyong-konyong perut yang tengah sarat kami berjalan dari sekitar pekan Nagoya terus menuju ke Mall Nagoya Hill.Nak beli kasut adalah acara utama.Acara membeli belah tidak dilupakan.Nak-nak diva-diva dan Otai-otai yang berbelanja,riuh seantorio shopping mall kedengaran suaranya.Pengunjung yang lain ada yang siap berkerumun melihat apakah yang terjadi.Rupa-rupanya ada orang yang gembira sangat dapat membeli sarung hand phone baru & kasut dengan tawaran diskaun 50% + 30% (bayar guna kredit kad tau)
Sekitar jam 8malam baru lah pulang ke hotel untuk membersihkan diri sambil merehatkan badan.Katanya mau amik gambar di waktu malam di Batam,tapi akhirnya duduk kat Piano Lounge mendengar muzik secara langsung dari penyanyi.Semangat nak menari yang pada mulanya ada,tetiba senyap mungkin sebab mengantuk sangat.Lewat jam 130pagi barulah aku pulang ke bilik untuk beradu.
13 May 2012
Hujan
pada pagi ini menjadikan aku liat untuk bangun.Jam 8pagi baru lah
tersadar dan menyiapkan diri untuk bersarapan pagi di hotel.Makanan
sarapan paginya adalah biasa-biasa sahaja.Menu Nasi putih,ayam masak
merah,Omelet, Mee hoon goreng , Bubur nasi (sedap sangat) , Roti-roti
dan pemanis mulut.Bersarapan pagi sambil bergosip-gosip tentang duni
hiburan dan dunia politik dan tak lupa juga dengan dunia civil.Selepas
itu kami berkemas-kemas untuk daftar keluar dan menyewa van untuk jalan
dan pusing-pusing sekitar Batam.Memandangkan masa yang ada tidak
lama,aku hanya dapat memperuntukkan masa 3jam sahaja.Lawatan pertama
adalah ke Pacific Hotel yang berbentuk kapal persiaran.Kemudian ke Mall
BCF membeli-belah buat kali terakhir sebelum pulang.Kueh Bingka menjadi
pilihan semua dan Aiskrem Buskin Robbin menjadi pilihan Azie.(murah
katernya kalau beli 2skoop).Manakala Bag troli Barbie menjadi pilihan
Kak Ros (dah besar-besar pun nak main dengan Barbie..huhu).Sepanjang
perjalanan dah tak tengok pemandangan kanan & kiri sebab asik
berbual sesama sendiri.Tapi aku juga yang untung sebab dapat melihat 2
pekan yang terbahagi dua oleh bukit di Batam.Satu pekan adalah tempat
pentadbiran & pembangunan penduduk Batam,manakala satu lagi
pekan adalah tempat penempatan penduduk yang berkerja di kilang-kilang
sekitar Batam.Makan tengahari pula di sebuah restaurant makanan laut
"Golden Prawn 555".Udang kara adalah menu utama di restaurant ini,tapi aku hanya memilih Udang putih , Ikan Kerapu (kakap dalam bahasa Indonesianya) dan Ketam masak cili.Hargnya?? cukup munasabah RM270 untuk 6orang makan.Paling sedap makan adalah udang putih kecik goreng butter.Memang rangup dan manis sebab masih lagi fresh.Boleh di makan begitu sahaja.Ketam Masak cili nya juga memang menyelerakan.Isinya yang manis di gigit oleh gigi yang tajam sambil sambalnya yang walllllaaahhhh.........
Puas sudah menjamu selera kami ke kilang membuat kerepek dan oleh-oleh Batam untuk di bawa pulang sebagai hadiah buat teman dan saudara-saudara di JB.Ada juga yang membeli telur penyu yang sudah di masak untuk di makan kemudian.Bertolak pulang menaiki ferry dari Batam ke Stulang Laut jam 1530hrs waktu Indonesia (430petang waktu Malaysia).Masuk je ferry semua lepak tidur kepenatan.Agak penuh juga ferry pada petang itu.Jam 630Petang fery tiba di jeti dan kami sambung mengeteh di Stulang Laut sebelum pulang jam 8malam ke rumah masing-masing.
Yang penting seperti baju ini :-
Bapak Kerja
Ibu berbelanja
Anak-anak lak bermain
2 comments:
boleh tahu tak berapa bajet untuk seorang untuk trip nie?
anda boleh ke halaman blog saya yang ini http://riodenaz.blogspot.com/2012/04/blog-post.html ada harga pakej berserta hotel+ferry+tour
Post a Comment