Saturday, June 27, 2015

Buka Puasa lagi yok

Hari ini RA nak berbuka puasa dengan rakan-rakan mengeteh Krik-krik di Juara Seafood Tomyam Di Taman Dahlia belakang Pasaraya Maslee jek.Nak cuba makan menu Thai katanya.Tema pakaian adalah baju melayu.Tempahan RA dah buat seawal malam sebelum lagi.Tengok tu berpusu-pusu dan gembira bila semua tiba menanti waktu berbuka puasa.Menu pilihan berbuka puasa hari ini ialah :

Sotong Goreng TepungSiakap 3rasa / Siakap Paprik / Siakap Sweet SourKailan Ikan MasinTelur DadarKerabu MangaTom yam CampurNasi PutihAir Sirap + Buah

Azan Margrib hari ini ialah 715malam.Sementara menanti waktu azan pekena gambar sekeping dua dulu.Banyak pulak yang pakai baju warna purple yea malam nie.Gembira sangat sebab semua ada di sini kecuali Dr Yunus yang terpaksa menghadiri majlis berbuka puasa di tempat lain,katanya.

Sambil-sambil buka puasa sempat jugak tu menjual tudung.Tudung dari Indonesia katanya.Kak Liza bawak untuk tolong kawan-kawan jualkan pada kawan-kawan jugak.Nasib baik dalam kumpulan kami ada pakar dalam bidang jual menjual kenkain nie.Sampai orang makan meja sebelah terjebak membeli gara-gara si Nik yang promosikan.Kak Rovita pulak mempromosikan tahun melawat Sabah dengan berpakaian traditional Kadazan Dusun,satu keluarga lagi tau.

Amboi gelak sakan tul kakak-kakak kita nie.Tah apa lah yang di citer oleh kak Liza nie yea.Dah puas gelak masing-masing tengok telefun bimbit kot-kot ada berita lebih penting masuk.

Malam ini juga malam perasmian Kek kongo yang Kak Ros beli dengan kakak si Geena.Kononnya nak bawak balik makan kat rumah,tapi bila dah bawak ke meja kami memang habislah di sapu makan sampai licin oleh kita-kita jek.

Makan sampai licin,makan sampai habis bila dah habis dan sebelum nak balik mesti bergambar secara berkumpulan.Yang si Olie dan Abang Mork paling tak boleh blah dengan bentuk "love" nya tu.Sukalah tu Abang Mork di apit oleh bunga-bunga yang kembang-kembang kuncup yea.

Jam 9Malam baru majlis bersurai.Alamat ber Terawih kat rumah jelah malam ini.Seronok dapat berkumpul buka puasa ramai-ramai.Tahun depan boleh buat lagi yea.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget