Wednesday, July 10, 2013

Sketsa Bulan Ramadhan datang lagi

Bulan Ramadhan kembali lagi.Pastinya bulan Ramadhan ini di tunggu ramai.Wah dah bersiap sedia semua nampaknya.hehehe

Ok malam ini tidur awal yea sebab esok nak bangun pagi untuk bersahur,penting tu kena bersahur.

Jangan jadi macam kawan kita ini,bila suruh bangun sahur je mula la nak merengek.Bangun yea jangan sambung tidur balik pulak.

Mak kita cakap,kita kena bersahur,tak kisahlah walaupun hanya sekeping makan biskut dengan segelas air.Bukan apa untuk bagi tenaga di siang hari dan mengikut Sunnah Nabi.

Yea yea tau,mengantuk lagi...nanti lepas bersahur leh tidur sekejap sementara menunggu waktu solat Subuh ok sayang.

 Haa ini apasal pulak ni,inilah jadinya kalau terlajak tidur sampai kesiangan.Dah pergi siap-siap mandi.

Ini jangan pulak nak berendam atau mandi lama-lama kat bilik air tu,kang batal puasa lakJangan mengada-ngada nak mandi kat kolam renang yea,keluar cepattttt....

 Lepas ini terus pergi sekolah,yang ayahnya tu bawak moto hati-hati.Kalau mengantuk rehat kat tepi dulu.

Macam inilah gayanya bila semua dah pergi kerja dan sekolah,mak-mak lah yang paling sibuk kat dapur walaupun masa bulan puasa.Abis pinggan mangkok yang tertinggal selepas bersahur tadi tak mo basuh?

 Ini pagi-pagi mata tu nampak besarlah jugak,cuba tengok nanti dah petang,asik melayu je mata.

 Adik-adik pulak jangan nak merayu-rayu nak bukak puasa yea.Belum sampai tengahari dah nak mintak buka puasa? tahan yea sikit.

 Amboi yang kat pejabat tu pun senang hati nampak? Puasa sebulan kerja pun gerak perlahan yea.Dah gie buat kerja.

 Haaaa nak curi-curi bukak puasa yea.Nasib baik nampak,jangan tipu,berdosa tau.

 Inilah contoh-contoh mereka yang tidak berpuasa yea.Jangan di buat yea kawan-kawan.

Haaa curi-curi makan lagi di siang hari,dosa ok.

 Puasa-puasa ini bukan alasan untuk tidak bersenam dan bergim yea...tapi biasalah tak leh angkat berat-berat sangat,tak larat katernya...meeoowwww....

 Ingat!!! puasa jangan nak marah-marah tau...nanti pahala kurang.

 Banyak-banyakkan bersenyum dan berada di posisi comel macam ini.hehehe.

 Tau tengah puasa,bersabarlah menunggu waktu berbuka yea.Ala ciannya dia,kalau penat duduk rehat dulu yea sayang.

 Adik-adik yang belum akhil balil dan tidak berpuasa,jangan lak tiru perangai adik yang satu ini yea.Tak puasa lepas tu makan depan-depan orang yang puasa.Tak baik,dosa tau.

Haaa,kalau penat dah tak larat juga boleh tidur dulu yea.Amboi bukan main lagi kawan kita tu.Jaga tatatertib tidur ok.Tau kamu tu lapar dan dahaga.

 Bila dah petang ibu-ibulah yang paling sibuk kat dapar.Kadang-kadang tu tak tau nak masak apa.Tapi rasanya ari nie nak msak pasta lah.

Haaa cepat balik rumah,dah nak berbuka kejap lagi.Nanti kang berbuka kat tepi jalan atau tepi longkang lak.

Sabar-sabar,duduk dulu,kejap je lagi yea...nanti bila dah azan Margrib baru leh berbuka.

Amboi muka semua ada senyummmm...dah nak berbuka baru la nampak senyum tu yea,kalau tidak sikit-sikit nak hangin hehe.Sabar-sabarrrr

Ok dah masuk waktu,baca doa buka puasa dulu baru leh makan.Makan tu perlahan-perlahan sikit,kalau boleh tu guna chopstik.hehe.Maklumlah bila perut kosong makanan kena masuk perlahan-perlahan.


SELAMAT BERPUASA SEMUA SAYANG-SAYANG PEMBACA BLOG KU.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget