Malam semalam aku berpeluang menonton filem terbaru keluaran Disney yag bertajuk "JOHN CARTER" di Golden Screen Cinema - Pelangi Leisure Mall.Jam 915malam aku sudah berada di depan panggung wayang untuk membeli tiket.Tayangan bermula jam 945malam.Jalan ceritanya nampak menarik,tapi ada sesetengah adegan yang aku rasakan terlalu membosankan.Kekurangan aksi dan kejutan baru tentang Planet Marikh membuatkan filem ini lemah.Ia menceritakan mwngenai John Carter bekas askar Amerika yang secara tidak sengaja berada di Planet Marikh.Di sana dia secara tidak sengaja membantu Puteri dari Planet Merah itu mematahkan pemberontakkan.
Selesai sahaja aku menonton wayang,aku ke restaurant kegemaran aku,Restaurant Tiga Zam di simpang tiga Jalan Kuning Taman Pelangi.(bersebelahan lampu isyarat). Restaurant yang banyak menyimpan kenangan pahit dan manis aku.Makanan kat sini memang boleh tahan,tapi entah apa yang terjadi semalam,Nasi Goreng Pattaya yang aku pinta semalam tak sedap langsung.Dah lah tak sedap,lepas tu banyak sangat tulang ayam yang dia letak.Tukang masak yang selalu masak tu pun tak ada.Aku tengok tukang masaknya orang baru.Memang tak sedap masakan dia semalam.Apapun makan kat sana mengimbau balik kenangan-kenangan lama aku.Tempat tu memang nostalgia sangat-sangat pada aku.
No comments:
Post a Comment