Saturday, September 10, 2016

Minum Petang di Hotel Selesa

 Promosi minum petang a.k.a "HighTea" kembali lagi di Hotel Selesa dan petang ini RA bersama Olie , Azie , Min , Kak Marjina dan anaknya , Lyn , Nazri serta anak-anak mereka menjamu diri kami di sini.
 Di Kafe Nelayan tingkat 15 Hotel Selesa ini menghidang menu wajib dan popular mereka iaitu Nasi Ayam Hainan.
Selain itu rojak tahu , rojak buah , satey , mee hoon goreng , anika pencuci mulut beserta kek , dan roti juga di sediakan.
Harga promosi mereka boleh di dapati di Groupon semurah RM16.00 seorang.
Walaupun pilihan lauk pauk amat kurang , tapi RA suka dengan konsep "simple" minum petang di sini.Menu tidak terlalu berat dan Alhamdulillah sedap.Cuma satu yang RA mahu mereka perbaiki ialah sistem penghawa dingin di restoran ini yang kurang sejuk sedikit.

Friday, September 2, 2016

Indahnya Victoria Falls Safari Lodge

BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA 
LOKASI : VICTORIA FALLS SAFARI LODGE ZIMBABWE
HARGA DARI RM 1750 - RM 2500 SEMALAM 















Thursday, August 18, 2016

Ke Ikea Queenstown kita

 Petang ini cadangnya nak membeli lampu perhiasan untuk rumah baru RA , jadi dok pikir punya pikir teringatkan IKEA di Singapura ada jualan murah.Maka terhasil dari perbincangan dengan abang Yunus kami bertolak jam 6petang ke Singapura.Mengikut serta dalam rombongan inilah Pengeran (pelajar kesayangan dia katanya)
 Boleh tahan sesak jugak di pusat pemeriksaan kastam dan immigrasi Tuas tadi.Hambil sejam setengah tersangkut kat sana.Tiba di IKEA Queenstown hampir-hampir jam 8malam.Sampai je terus cari makan di restorannya.Makan Meetball lah gamaknya. 
Jam 845malam baru masuk dan mencari barang yang di kehendaki.Nampak pulak karpet besar ini.Harga tak lah mahal sangat sekitar RM480 (saiz XXL).Kat JB mau RM600-800 nie.
Sempat bergambar di sekitar ruang pamiran lampu.Memang harga di sini sangat-sangat murah berbanding dengan IKEA di Malaysia.Contoh lampu kat belakang Abang Yunus tu ada lebel S$9.90 dalam RM30 jek.
 Jam 10malam baru selesai membeli belah.Dapat tangkap 2 lampu perhiasan + 2botol pasu dan lilin aroma terapi.Semua berjumlah S$50.00 (sekitar RM150) murah je kan.Kami singgah ke Mt Faber yang terletak di Teluk Belanga.Malam-malam Jumaat hampir jam 11malam memang takde orang pun kat sini.Sempat tangkap beberapa gambar buat tatapan.Tapi memang kawasan sini jam 11malam dah sunyi wey....hahaha

Sunday, August 7, 2016

JJNM : Carrot Cake Restoran De Brunch Bukit Indah

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN DE BRUNCH BUKIT INDAH
- CARROT CAKE -

Kalau nak merasa Carrot Cake yang halal anda boleh ke kedai rakan RA ini di Taman Bukit Indah.
Carrot cake di sini di jamin halal pemiliknya orang Melayu kita dan mempunyai pengalaman menjadi chef di Johor dan Singapura sebelum ini.
 Petang ini RA berkesempatan merakamkan cara dia mengoreng carrot cake ini.Mengunakan kuali yang biasa di gunakan untuk memgoreng burger,Goreng dahulu carrot cakenya.
 Kemudian masukkan sos istimewa "home made" dan kemudian goreng kasi rata.
 Masukkan bawang putih dan hirisan bawang merah.
 Gaul dan kacau hingga sebati kemudian gaulkan bersama telur.
taburkan daun bawang dan siap untuk di hidangkan
Beginilah dia Carrot Cake yang sudah di masak.Untuk tuan kedai kurang kan sikit garamnya yea , ada sedikit masin tapi rasanya memang meletop you all!!!
 Restoran ini di buka setiap hari dari jam 8pagi hingga 6petang.Tapi Menu Carrot Cake di buka dari jam 11pagi sahaja.Pagi ada sarapan yang di jual.

Saturday, July 23, 2016

Tetamu di Minggu Akhir Syawal

Masih lagi di bulan Syawal.Meraikan bersama tetamu yang hadir di rumah baru RA.Kali ini Aween dan sekeluarga , Ziella dan adik-adiknya , Siti Along dan keluarga dan mona sekeluarga (datang malam dan bermalam di rumah RA tau).
Alhamdulillah walaupun rumah kecik mereka nampak agak selesa.Susah untuk RA buat rumah terbuka besar-besaran , takut tak larat nak melayan tetamu.Sambil-sambil makan tengahari kami semua menonton filem "God Of Egypt".
Tonton punya tonton sampai lupa Eddy Saori pun ada buat majlis rumah terbuka di rumahnya.Nasib baiklah Adiel ingatkan.Berpusu kami semua ke rumah dia.Menu utama dan yang selalu di hidangkan ialah Sup tulang merah , nasi lemak dan soto.Sup tulang merah ini memang dah sinonim dengan Eddy.Menu wajib tiap kali majlis kenduri dan rumah terbuka di rumahnya. 
Tamat azan Margrib kami pun bergerak pulang ke rumah masing-masing.Nanti malam Mona sekeluarga nak datang bermalam di rumah RA pulak.

Saturday, July 16, 2016

JJNM FORK & DAGGER

 J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN FORK & DAGGER - JALAN DHOBI JB

RA pertama kali datang ke sini.Sebenarnya perut dah kenyang tapi bila berjalan dengan si Ally (kawan baik RA dari KL) nie mesti nak cuba.Mula ingat nak lepak minum je tapi bila tengok menu yang pelayan restoran tunjuk kat kami di luar kedai terus kami tergoda.
Menu dessert kat sini memang meletop-letop.Sedap dan murah.Antara menu yang kami pesan memang sangat-sangat sedap yea.
Ini adalah Nacho pilihan Cik Puan Ally.
Yang ini pulak Oreo Churros (sebutan chu-ros).Dia goreng panas-panas lepas tu celup dengan coklat cair.Perrghh memang menjanjikan.
Beli satu set dapat 5ketul macam tu.
Yang ini pilihan RA,"Popia Pisang".memang manis dan rangup sekali.Harga kalau tak silap RM4.50 kot.
Atas popia nie dia letak coklat sos..Manis-manis coklat makan dengan pisang dan kulit popia yang ranggup memang terbaiklah senang cakap.
Yang ini memang sumpah sedap."Deep Fried Oreo" ada 5ketul kesemuanya untuk satu set.
Walaupu8n perut dah kenyang tapi bila makanan sampai kamilah yang paling cepat habiskan.hehehe
 Suasana dalam kedai sangat-sangat kozi.Ada dua tingkat kami makan di tingkat atas.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....