J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN DE BRUNCH BUKIT INDAH
- CARROT CAKE -
Kalau nak merasa Carrot Cake yang halal anda boleh ke kedai rakan RA ini di Taman Bukit Indah.
Carrot cake di sini di jamin halal pemiliknya orang Melayu kita dan mempunyai pengalaman menjadi chef di Johor dan Singapura sebelum ini.
Petang ini RA berkesempatan merakamkan cara dia mengoreng carrot cake ini.Mengunakan kuali yang biasa di gunakan untuk memgoreng burger,Goreng dahulu carrot cakenya.
Kemudian masukkan sos istimewa "home made" dan kemudian goreng kasi rata.
Masukkan bawang putih dan hirisan bawang merah.
Gaul dan kacau hingga sebati kemudian gaulkan bersama telur.
Beginilah dia Carrot Cake yang sudah di masak.Untuk tuan kedai kurang kan sikit garamnya yea , ada sedikit masin tapi rasanya memang meletop you all!!!
Restoran ini di buka setiap hari dari jam 8pagi hingga 6petang.Tapi Menu Carrot Cake di buka dari jam 11pagi sahaja.Pagi ada sarapan yang di jual.
1 comment:
laaa... ingatkan carrot cake yg jual dkt secret resepi tu... cis
Post a Comment