Thursday, April 18, 2013

Menghitung hari-hari terakhir di Clark Hatch

Tempat ini akan menjadi sejarah selepas 1May2013.Inilah dia gim riadah Clark Hatch yang berada di Danga Bay.Ianya secara resmi akan di tutup dan akan di gantikan dengan Bank Affin.

Sedih jugak bila terpaksa meninggalkan gim yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis ini.Selama 6tahun RA melepak,bersenam,berbasikal dan berhip hop di sini akhirnya tempat ini akan di tutup dan kesemua ahli gim ini di pindahkan ke cawangan gim keduanya Danga City Mall.Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi,sebelum ianya di tutup , maka inilah masanya RA meninggalkan semua kenangan dan mengabadikan gambar-gambar ketiba berada di sini.Ruang lobi merangkap ruang menunggu gim di tingkat bawah paling di gemari RA dan anak-anak ahli gim ini.Di sinilah kami melepak tengok TV dan ada yang datang buat kerja rumah sekolah sementara menunggu ibu bapa habis bersenam.

Ini pulak di tingkat tiga paling atas di mana kelas basikal,zumba,hip hop,kickboxing dan yoga di buat di sini.

Ini pulak masanya mereka meroyan selepas habis kelas zumba.Tema baju kuning.

RA macam biasalah,menguji stamina dengan berbasikal.Berikut adalah aksi-aksi terlebih suda yang di tonjolkan oleh kami.

Bukan selalu dapat buat macam ini.Dulu tak ingin pun nak buat macam ini,maklum lah semua segan nak bawak kamera masing-masing.

Jurulatih gim RA si June ini memang kadang-kadang terlebih makan panadol gak.Tapi antara ramai-ramai jurulatih kitaorang dia lah yang paling "sporting" dan juga yang paling kuat ponteng tak datang kelas.Aksi bergambar ini di taja oleh Kamera Nik.Banyak lagi gambar di sini yang akan di amik pada 30April nanti.Jadi tunggu....

Gambar Terbaik "Reunion X-SMPT"

Walaupun perjumpaan bekas pelajar di A-Farmosa Melaka sudah pun berlalu 3minggu yang lepas.Tapi kehangatan nostalgianya masih lagi terasa sehingga sekarang.Hasil dari kerja tangan menampak dan mengunting gambar oleh Si Diel a.ka Barbie yang comel (kipas kuat sikit nie hehe) dan suami tercintanya iaitu Zahirrezal a.k.a Mamak (RA pun pun tak tahu dia panggil mamak),maka terciptalah gambar seperti di bawah ini.Tahniah buat mereka berdua !!!! Terbaik dockkkkk!!!!

 Siapa yang rasa leh salin gambar ini di sini sila lah berbuat demikian dan cuci lah di mana-mana kedai gambar yang berhampiran.Atau kalau tak nak susah-susah telefun saja Diel/Mamak di talian 0167895154 cakap kat diaorang yang anda nak gambar yang telah di tranformasi ini.

Suka lak tengok gambar ini hehehe.....

Wednesday, April 17, 2013

Gendang Perut di 7Spice

 Menghitung hari-hari terakhir sebelum Clark Hatch Danga Bay di tutup kami semua singgah lah ke Restoran 7Spice yang bersebelahan untuk menjamu selera selepas berhempas pulas tonggang terbalik memerah peluh- keringat di kelas "Zumba" dan "Spinning".Ini semua hasil buah fikiran Kak Rovita yang katernya lain kali dah susah nak singgah makan kat sini lagi selepas Clark Hatch bersebelah di tutup.Maka terkonyong-konyong lah kami semua beratur berpusu-pusu masuk di sini.

Memandangkan semua nak jaga makan,jadi makanan yang di pilih semuanya tidak berasaskan beras dan nasi.Yang di atas ini namanya Nan Afgan,di salut dan di adun bersama kacang dal,bawang merah dan jintan.Manakala yang di bawah ini pulak Nan Tomato yang di salutkan dengan tomato puri (agaknya)

Ini pulak makanan yang dipilih oleh tukang cadang kita Kak Rovita.Roti Nan kosong berserta Kari Sotong Masala dan ayam tandori.Yang di sebelah sotong masala itu ialah pilihan Habang Mork (yang katanya nak jaga badan sangat) iaitu Kambing Masala - sedikit pedas yea.

 Oh yea,Ayam tandori ini juga di pilih oleh Fuad dan Nik untuk di makan bersama nan kosong.

Beralih pula pada makanan yang di pilih oleh Habang Yunus kalau tak silap ini namanya Ayam Masala bukan ayam yang bermasaalah yea.Sampai menjilat jari dia makan.

 Yang sibuk nak bergambar ini ialah ahli Facebook yang Tegar.Dari dalam Clark Hatch sampai kat restoran tak habis-habis bergambar.Yang bertopi tu bersenam tak sampai 30minit pun yea...hehe

 Audit dalaman untuk malam itu telah di semak dan di kaji oleh RA sendiri sebagai juri audit dalaman.Kesemua jumlah makanan yang di makan kami berharga RM157.Ada yang kena bayar RM10,RM19.50,RM32 dan macam-macam lagi ikut apa yang diaorang makan tadi.


Tuesday, April 16, 2013

Pakej 4Hari/3Malam Jakarta & Bandung

PAKEJ 4HARI / 3MALAM JAKARTA & BANDUNG

(Masuk/Keluar : Jakarta)

HARI 1 (Makan Tengahari & Malam)

Setibanya di Labangan Terbang Antarabangsa Jakarta,anda akan di jemput dan kemudian meneruskan berjalanan ke Bandung.Perjalanan mengambil masa 3Jam.Makan tengahari di salah sebuah restauran di sediakan.Tiba Kota Bandung anda akan di bawa melawat ke Bangunan Merdeka,Bangunan Gedung Sate,Institusi Teknologi Bandung - Universiti tertua di Indonesia.Seterusnya di bawa untuk membeli belah di sepanjang Jalan Riau di mana terdapat deretan Factory Outlet yang jual barangan berjenama dengan harga yang murah sebelum di hantar pulang ke hotel untuk bermalam.Makan tengahari dan malam akan di aturkan di salah sebuah restoran berdekatan.Bermalam di Bandung.

 HARI 2 (Sarapan,Makan Tengahari & Malam)

 Selepas bersarapan pagi anda akan di bawak ke Gunung Tangkuban Perahu dan mata Air panas Ciatar (lawatan akan di tukar ke Kawah Putih jika Tangkuban Perahu di tutup atas keselamatan).Makan tengahari akan di sediakan di salah sebuah restoran.Petang anda akan di bawa pulak di salah sebuah kawasan membeli belah yang terkenal dengan pusat penjualan 1001 seluar Jean,jaket di Cihemplas.Kemudian ke Factory Outlet Rumah Mode,Donatello & Plus.Makan malam akan di bawa ke salah sebuah restoran berhampiran.Bermalam di Bandung.

 

 HARI 3 (Sarapan,Makan Tengahari & Malam) 

Selepas bersarapan di hotel anda akan di bawa ke kawasan perusahan membuat barangan kulit dan kasut di  Cipadayut.Kemudian ke Pasar Baru untuk membeli belah barangan seperti kain batik,sutera,telekong,bag,sarong,tudung dan pelbagai lagi barangan yang harganya cukup murah di sini.Makan tengahari di salah sebuah restoran berdekatan.Sebelum pulang ke Jakarta anda akan meneruskan membeli belah di Jalan Dago,di sini anda boleh membeli kek yang terkenal untuk di bawah pulang seperti kueh lapis,Brownise,Kartika Sari dan Amanda.Seterusnya meneruskan perjalanan 3jam pulang ke Jakarta.Tiba di Jakarta adan akan di bawah membeli belah di Thamrin City.Lawatan tamat selepas makan malam di salah sebuah restoran di Jakarta.Bermalam di Jakarta.

 HARI 4 (Sarapan Pagi)

Selepas bersarapan pagi,berehat dan menunggu pengangkutan untuk di hantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta untuk pulang ke Malaysia.

 

 HARGA PAKEJ - BERMALAM DI V HOTEL(BANDUNG)/ MY HOTEL (JAKARTA) : 

Min 2Dewasa  :  RM 920 seorang

Min 3Dewasa : RM 750 seorang

Min 4-5Dewasa : RM 660 seorang

Min 6-8Dewasa : RM 600 seorang

 

HARGA PAKEJ - BERMALAM DI SUKAJADI HOTEL(BANDUNG)/TRAVELLERS(JAKARTA) :

Min 2Dewasa  :  RM 980 seorang

Min 3Dewasa : RM 810 seorang

Min 4-5Dewasa : RM 715 seorang

Min 6-8Dewasa : RM 600 seorang


HARGA KANAK-KANAK :

Berkongsi bilik dengan seorang dewasa : Sama harga seperti di atas

Berkongsi bilik dengan 2dewasa tanpa katil : 65% dari harga di atas

Berkongsi bilik dengan 2dewasa dengan katil : 90% dari harga di atas


HARGA TERMASUK :

- 2Malam penginapan di Bandung/1Malam di Jakarta di hotel pilihan anda

- Lawatan / bayaran masuk / letak kereta / pengankutan seperti jadual di atas

- 3 x Sarapan Pagi , 3 x  Makan tengahari & 3 x Makan Malam 

- Mineral Water

-Pemandu kenderaan sebagai pemandu pelancong


HARGA TIDAK TERMASUK :

- Tiket kapal terbang

-  Duit tip untuk pemandu RM10 sehari/seorang (bayar sendiri kepada pemandu di sana)

- Tambahan lawatan & makanan

- Perbelanjaan sendiri

Pakej 4Hari/3Malam Bandung


4Hari/3Malam Bandung &Tangkuban Perahu


Sebenarnya ramai yang bertanya pada RA,ada buat pakej ke Bandung tak? Sebenarnya pakej yang ada cuma pakej percutian tanpa tiket kapal terbang sahaja.Anda di nasihatkan untuk membeli sendiri tiket kapal terbang di laman-laman syarikat penerbangan seperti Air Asia & Malaysia Airlines.(lebih murah dan tiada bayaran perkhidmatan)

Bila dah beli tiket kapal terbang barulah hubungi RA untuk tempahan hotel dan perjalanan.Bagi sesiapa yang nak buat tempahan bolehlah telefun/whatapps/wechat/sms kat RA di talian 012770980.Nak buat tempahan kena lah bagi nama penuh & waktu/tarikh penerbangan tiba dan pulang ke Bandung.


Tiba/Bertolak : Bandung

HARI 1 : (Makan tengahari & Malam)

Tiba di Bandung anda akan di jemput kemudian memulakan lawatan ke Kota Bandung antaranya ke Bangunan Merdeka,Bangunan Gedung Sate,Institusi Teknologi Bandung - Universiti tertua di Indonesia.Anda kemudiannya di bawa untuk membeli belah dengan penuh bergaya di sepanjang Jalan Riau di mana terdapat deretan Factory Outlet yang jual barangan berjenama dengan harga yang murah sebelum di hantar pulang ke hotel untuk bermalam.Makan tengahari dan malam akan di aturkan di salah sebuah restoran berdekatan.

 HARI 2 : (Sarapan pagi/Makan tengahari & malam)

Pagi selepas bersarapan di hotel anda akan di bawa ke Gunung Tangkuban Perahu untuk melihat sendiri kawah gunung berapi dan sekitarnya.Kawasan ini terkenal dengan lagenda Sang Kuriang.Lawatan ini akan di tukar lawantanya ke Kawah putih jika ianya di tutup atas sebab-sebab keselamatan.

Selepas makan tengahari anda akan di bawa pulang ke Bandung di salah sebuah kawasa membeli belah yang terkenal dengan pakaian Jean di Cihemplas dan ke Rumah Mode.Haaa beginilah keadaannya di Jalan Cihemplas.(lihat gambar di bawah).Selepas makan malam anda akan di bawah pulang ke hotel untuk beristirehat.

HARI 3 (Sarapan Pagi/Makan tengahari & Malam)

Selepas bersarapan di hotel anda akan di bawa ke kawasan perusahan membuat barangan kulit dan kasut di  Cipadayut.Kemudian ke Pasar Baru untuk membeli belah barangan seperti kain batik,sutera,telekong,bag,sarong,tudung dan pelbagai lagi barangan yang harganya cukup murah di sini.Makan tengahari di salah sebuah restoran berdekatan.Sebelum pulang ke hotel kita akan meneruskan membeli belah di Jalan Dago,di sini anda boleh membeli kek yang terkenal untuk di bawah pulang seperti kueh lapis,Brownise,Kartika Sari dan Amanda.

 

HARI 4 (Sarapan Pagi)

Selepas bersarapan pagi,berehat sebelum di hantar pulang ke lapangan terbang untuk pulang


 HARGA PAKEJ - BERMALAM DI V HOTEL : 

Min 2Dewasa  :  RM 850 seorang

Min 3Dewasa : RM 700 seorang

Min 4-5Dewasa : RM 620 seorang

Min 6-8Dewasa : RM 570 seorang


HARGA PAKEJ - BERMALAM DI SUKAJADI HOTEL :

Min 2Dewasa  :  RM 910 seorang

Min 3Dewasa : RM 750 seorang

Min 4-5Dewasa : RM 680 seorang

Min 6-8Dewasa : RM 630 seorang


HARGA KANAK-KANAK :

Berkongsi bilik dengan seorang dewasa : Sama harga seperti di atas

Berkongsi bilik dengan 2dewasa tanpa katil : 65% dari harga di atas

Berkongsi bilik dengan 2dewasa dengan katil : 90% dari harga di atas


HARGA TERMASUK :

- 3Malam penginapan di hotel pilihan anda

- Lawatan / bayaran masuk / letak kereta / pengankutan seperti jadual di atas

- 3 x Sarapan Pagi , 3 x  Makan tengahari & 3 x Makan Malam 

- Mineral Water

-Pemandu kenderaan sebagai pemandu pelancong


HARGA TIDAK TERMASUK :

- Tiket kapal terbang

-  Duit tip untuk pemandu RM10 sehari/seorang (bayar sendiri kepada pemandu di sana)

- Tambahan lawatan & makanan

- Perbelanjaan sendiri

Saturday, April 13, 2013

JJTW : OBLIVION

J.J.T.W : JALAN - JALAN TENGOK WAYANG

- OBLIVION -

 

Haaa hari ini RA nak tengok wayang cerita baru lakonan Tom Cruise yang bertajuk "Oblivion".Biasalah kalau tengok wayang kat TGV Bukit Indah ini kena datang beli tiket awal-awal.Jam 1230 tengahhari RA dah pun tiba di sini.Rancangannya nak tengok tayangan pukul 2 atau 3 petang tetapi tayangan yang paling awal bermula jam 4petang.Terpaksalah beli dan ini menyebabkan RA terpaksa menunggu hampir 2jam 30minit untuk tayangan ini.Nasib baik sewaktu berjalan di Jusco RA terjumpa kedai buku "Popular".Dapat jugak meluangkan masa membaca dan hasilnya membeli buku ini..

 Tekak dah mula kering,Nik dan Fuad yang ingin menonton bersama pun dah sampai ke Jusco,jadi kami semua singgah minum sambil RA pulak makan tengahari di Old Town White Coffee di tingkat 2.Semua dah kehausan sebab boleh tahan panas jugak hari ini.RA minum Oren Float.Nik dan Fuad amik root bear float.Perrhhh lega tekak masing-masing.  

Sambil tunggu pesanan Nasi Lemak Sotong RA tiba,sesi bergambar pun di mulai.(sesi yang waib)


Haa inilah hasilnya bila bergambar tak sudah-sudah.hehe

 Jam hampir menunjukkan pukul 4petang jadi sebelum masuk ke panggung sesi bergambar dengan poster filem memang tak di lepaskan

 Cerita ini mengesahkan tentang bumi selepas 60tahun berperang dengan makhluk asing.Bumi telah berjaya terselamat tetapi hampir 90% bumi telah musnah.Ramai yang sudah di pindahkan ke Titan yang terletak di planet Zuhal.Jack Hoper (lakonan Tom Cruise) dan pasangannya di tugaskan ke bumi untuk urusan pembersihan dan menperbaiki droid dari sisa baki makhluk asing yang masih tinggal.Dua hari sebelum mereka di bawa pulang ke Titan mereka menemui rahsia yang mereka sebenarnya clone yang di hidupkan oleh makhluk asing...Nak tahu cerita selanjutnya kenalah pergi tengok sendiri.. 





Monday, April 8, 2013

Coklat Panas di JCo Bukit Indah

TAAARAAAA.......!!!!!!

 Wah tetiba turun Boria dari Penang dan Hip Hop dari Singapura dari tangga bergerak Jusco Bukit Indah lah.Siap ber Zapin lagi turun,ada gaya nampak.Semua yang anda lihat ini adalah keseronokkan membeli belah di Jusco Bukit Indah.Sebenarnya mereka semua datang ke sini ada hajat,mereka semua nak minum dan makan di J'Co Donat dan Bistro.Haa tengok tu semua pesan air coklat panas bersama donat Jco yang terkenal kelembutannya.

 RA tiba lewat sikit maklumlah kena tengok keadaan cuaca dulu malam tu sebab dari petang hujun turun tak henti-henti.Yealah badan baru nak baik demam,kang kena hujan demam balik.Nasib baik bila jam 730malam hujan pun dah berhenti,jadi terus capai kunci kereta dan menuju ke Jusco Bukit Indah.Untuk pengetahuan kawan-kawan semua,barang sesiapa yang memesan air coklat panas di JCo,anda semua akan di berikan sekeping Donat kosong sebagai juadah pencuci mulut.Jadi jangan lupa untuk meminta.

 Sambil-sambil bergosip tentang dunia artis,ada jugak yang dok cucuk-cucuk langit.Mungkin dah lama sangat mengidam nak ke sana kot? haha.Gambar ini di ambil dengan mengunakan kamera Samsung baru Nik yang terbaru.

Jika di ambil dengan baik pasti hasilnya juga cantik.Pokok pangkalnya bagaimana tangan kita mempergunakan kamera ini untuk menangkap gambar.Bebudak ini asik 24jam dengan PSII dan Games sahaja hingga tak nampak gambar mereka di ambil.

 

 Ingat,kamu bukan makan di Starbucks tapi kami makan di hadapan StarBucks.

 Dan ingin di beritahu kami sebenarnya model-model pakai buang.Yang berbaju t-shirt hitam itu model Ubat Gigi Cap Kucing,yang lentuk tangan kat bahu tu pulak model iklan Jam Tangan Pamoja.Yang tangan bertongkat di kepala itu model kedai spa dan yang kat belakang tu pulak model kedai Karaoke RM2.Perempuan yang kat belakang tu pengurus kitaorang,sibuk sikit sebab tengah kira duit show kitaorang.Kalau nak amik kitaorang untuk pertunjukkan fesyen dan promosi barangan nanti boleh email kat RA yea.-Sekian-


Saturday, April 6, 2013

Kedai Gunting Rambut 24Jam Di Johor Bahru

 Sapa bilang kat JB tak ada banyak kedai yang beroperasi 24jam.bagi sesiapa yang ingin memotong rambut terutamanya bagi yang tiada masa di waktu siang bolehlah singgah di sini untuk berbuat demikian.

Terletak di Jalan Duke Johor Bahru bersebelahan dengan masjid India dan Wisma AIA kedai gunting rambut ini beroperasi 24jam sehari.Selain dapat gunting rambut anda dapat lepak megeteh sambil makan malam di sebelahnya yang terdapat kedai mamak.Menarik kan? Jadi jika ke Johor Bahru jangan lupa singgah ke sini untuk gunting rambut.Harganya tak sampai pun RM10.

Thursday, April 4, 2013

Antara Hujan dan Demam

 Balik je dari Melaka badan RA dan yang lain-lain semuanya tak sihat.Mungkin juga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu semasa di A Farmosa Resort..Haaa gambar ini di ambil petang tadi masa RA nak pulang ke rumah.Hujan lebat petang tu menyebabkan jalan pandan dari kedua-dua arah sesak teruk.Air dari sungai yang berhampiran melimpah hingga ke tengah jalan.Bagi kenderaan yang datang dari arah Johor Bahru kenderaan langsung tidak boleh melalui jalan ini sebab ketinggian air akan menyebabkan kenderaan tenggelam.

Dan ini pulak bilangan ubat antibiotik yang terpaksa RA telan untuk mengurangkan demam RA yang suhunya mencecah 39C.Cukup panas,mana taknya lepas balik dari A Farmosa pergi dok makan Coconat Shake lepas tu ikan bakar,esoknya minum cendol lagi.Mana tak badan tu makin panas.huhu.Sampai tekak pun jadi pahit sebab asik telan ubat je.Nasib baik lah Wak Mee Rebus malam tu lalu depan rumah RA menjual mee rebusnya yang sedap nie.Terbukalah sikit selera RA nak makan.Kalau tidak mau kelaparan hujan-hujan.Tak mahal mee rebus sepinggan cuma berharga RM2.50 sahaja.Yok Makan Yok....



Monday, April 1, 2013

Keseronokkan di Melaka di teruskan

 Masih lagi di A Farmosa Resort untuk hari ke2.Nampaknya pagi-pagi lagi semua anak-anak dan bangun awal pergi mandi di kolam renang dan meninggalkan ibu bapak yang masih di buai mimpi di bilik.Sarapan RA dah sediakan seawal jam 7pagi hasil tempahan dari semalam di Taman Sri Naning bersebelahan A-Farmosa Resort.Mak cik yang RA tempah sarapan ini buat Nasi Lemak 50bungkus,Mee Goreng 20Bungkus,Kuih Karipap sardin dan kentang 100keping,Pau dan kuih muih yang lainnya.Banyak jugak yang kitaorang dapat makan pagi tu.Mijot dan Ny datang di A Farmosa seawal jam 10pagi masa semua masih lagi belum mandi.

 Ini dia sesi bergambar sambil memakai baju yang telah di taja oleh En Zaidi Saori.Banyaknya kau taja Eddie.

 Ini semua bergambar di lobi Kondo kitaorang di Tower 3.Masa ini semua nak bergerak daftar keluar untuk pulang ke rumah masing-masing dan ada yang ke WaterWorld A.Farmosa.

Ini semua dah kepenatan sebab berenang bagai nak rak kat kolam mandi seawal jam 9pagi tadi.

 Macam comel lak budak-budak nie pegang kain rentang.

 Dah puas semua bergambar dan mengucapkan selamat jalan sebahagian dari kami masuk ke Waterworld A Farmosa.Amik kau kepenatan sampai anak diel dan mamak ini.

 RA dah masuk seawal jam 1030pagi lagi sebab nak menemankan anak angkat RA si Lysha.Boleh pulak dia takut nak mandi? Akhirnya jam 1130pagi dia balik RA mandi la sensorang di sini menunggu yang lain-lain tiba.Jam 2petang RA keluar dari waterworld dan menuju pula ke Bandaraya Melaka.

 

Kalau singgah ke Melaka tak singgah minum petang di Coconat Shake Klabang.

 

Perut pulak dah lapar,terus sambar nasi lemak dan karipap kat sini.Kedai makannya sekarang dah di bukak ke hadapan rumahnya.Manakala yang hendak bungkus boleh lah beratur panjang di tepi jalan menghala ke pantai Klabang.

 

Inilah dia kedainya,Ra makan bersama Ny , Mijot , Nurul dan Lyn di sini.

 Orang memang tak putus-putus datang minum kat sini dari luar dan dalam Melaka yea.Kalau kena beratur pun RA sanggup sebab rasanya sedap.

Ok masa untuk solat jadi kami semua singgah ke Pulau Melaka menikmati pemandangan masjid terapung sambil bergolak jamak.Perut RA pun dah mula meragam masa ini,nak cari tandas.

Sementara menunggu yang lain-lain keluar dari Waterworld kami singgah ke Mahkota Parade sebelum kami semua berjumpa di Medan Ikan Bakar Alai untuk makan malam bersama-sama.

 Yummy sebab dapat rasa ikan pari bakar kegemaran RA.Harga di sini boleh tahan murah lah jugak.Kalau tahun lepas RA ke sini tempat letak keretanya masih belum di kenakan bayaran,tapi kali ini bayaran RM1.00 dah pun di kenakan.Akur ajer la.

Muka-muka ceria yang ceria dalam kepenatan hehehe

Jam 830malam kami semua bertolak pulang ke Johor dengan menempuh perjalanan yang penuh dengan kereta & kesesakkan teruk hampir 4jam.Perrhhhh penat beb....

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....