Sunday, March 18, 2012

Perarakan Karnival Budaya & Warisan Johor Bahru


Sempena minggu Karnival Budaya & Warisan di Johor Bahru,semalam di adakan acara perasmian dan perarakkan di sepanjang Jalan Wong Ah Fook.Perarakan yang sepatutnya berlansung jam 8malam terpaksa di tunda ke pukul 845malam atas faktor cuaca hujan.Bersama teman aku sampai seawal jam 750malam dan tidak sangka bertemu Nik dan Shadi Parsa sekeluarga.

Menunggu kehadiran dif terhormat iaitu Dato Bandar Johor Bahru yang tiba pada jam 845Malam,acara perarakkan di sambut dengan kompang dan gendang.Selepas sahaja acara memukul gong oleh Dato Bandar Johor,acara di mulakan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh pelbagai bangsa iaitu Cina,Melayu,India dan juga orang asli.Warna warni acara itu di selitkan juga persembahan nyanyian oleh artis jemputan.


Comel tak budak-budak tarian ini? Rata-rata berusia 8-10tahun.Pandai pula menari.Baju yang di pakai oleh mereka juga cukup istimewa dan berwarna-warni.Cukup meriah dan menjanjikan.


Aku tak menanti sehingga acara berakhir,sebab perut aku dah berbunyi.Mana taknya dari jam 1tengahari lagi aku tak makan.Dalam berjalanan ke tempat letak kereta aku sempat singgah ke Bazar JB dan terjumpa Karipap yang bersaiz besar ini.Memang besar,masih panas lagi dan sangat sedap.Harga satu karipap ini RM1 sahaja.Memang saiz dia XXX.Selalunya karipap yang paling besar pun XL tapi yang ini cekup sedap dan besar.Puas hati dengan harganya.

Friday, March 16, 2012

Jalan-Jalan Nak Makan : Mee Gulung


Semalam , aku memenuhi selera makan "MEE GULUNG" di Medan Selera Taman Sri Bahagia,Tampoi.Harga sepinggan RM6 sahaja tetapi cukup dengan rencah dan terasa sedapnya.Dengan limpahan sotong, Udang putih besar 2 ekor,daging dan sayur yang di taburkan bersama Mee gulung cukup menyelerakan.Walaupun tidak dapat merasa makan "seafood" di Senibong atas sebab-sebab tertentu.

Tiba lewat jam 930malam di sebabkan memenuhi tuntutan berada di Pusat Kecergasan Clark Hatch.Makanan yang di pesan juga tiba lewat gara-gara kesilapan duduk di meja warung yang tidak menjual Mee tersebut.Semua yang hadir rata-rata memberikan komen yang positif tentang makanan yang di pesan.Untuk yang ingin mengetahui di manakah gerai ini,ianya terletak di Medan Selera Taman Sri Bahagia,di tepi Jalan Tampoi menghala ke Kampung Melayu dari Angsana.Gerainya berhadapan Kilang TWP dan selepas restaurant KFC & Pizza Hut.Harus di ingat ada 3 gerai di sana dan gerainya bersebelahan dengan gerai satey & gerai menjual sup ekor.

Gambar ini pula hasil Nik Salmiah mengunakan kamera Samsung Galaxy Note terbarunya

 

Sunday, March 11, 2012

John Carter & Restaurant Tiga Zam


Malam semalam aku berpeluang menonton filem terbaru keluaran Disney yag bertajuk "JOHN CARTER" di Golden Screen Cinema - Pelangi Leisure Mall.Jam 915malam aku sudah berada di depan panggung wayang untuk membeli tiket.Tayangan bermula jam 945malam.Jalan ceritanya nampak menarik,tapi ada sesetengah adegan yang aku rasakan terlalu membosankan.Kekurangan aksi dan kejutan baru tentang Planet Marikh membuatkan filem ini lemah.Ia menceritakan mwngenai John Carter bekas askar Amerika yang secara tidak sengaja berada di Planet Marikh.Di sana dia secara tidak sengaja membantu Puteri dari Planet Merah itu mematahkan pemberontakkan.

Selesai sahaja aku menonton wayang,aku ke restaurant kegemaran aku,Restaurant Tiga Zam di simpang tiga Jalan Kuning Taman Pelangi.(bersebelahan lampu isyarat). Restaurant yang banyak menyimpan kenangan pahit dan manis aku.Makanan kat sini memang boleh tahan,tapi entah apa yang terjadi semalam,Nasi Goreng Pattaya yang aku pinta semalam tak sedap langsung.Dah lah tak sedap,lepas tu banyak sangat tulang ayam yang dia letak.Tukang masak yang selalu masak tu pun tak ada.Aku tengok tukang masaknya orang baru.Memang tak sedap masakan dia semalam.Apapun makan kat sana mengimbau balik kenangan-kenangan lama aku.Tempat tu memang nostalgia sangat-sangat pada aku.

 

Saturday, March 10, 2012

Jalan-Jalan Nak Makan : Kafe Salsabila

Semalam tanpa di rancang,aku telah ke Restaurant yang baru di buka di Jalan Kebun Teh (sebelah lampu isyarat) yang bernama Kafe SalSabila.Makanan yang di sediakan amat menyelerakan dan sedap juga.Aku memesan Nasi Goreng Daging Black Paper,sementara rakan-rakan yang lain memesan
Pizza
Samosa Goreng
Nasi Goreng Salsabila
Kueh Tiew Kantonise
Sandwish
Kentang Goreng
Pasta
Chicken Chop


Di samping makan di situ,aku juga meraikan majlis Ulang tahun rakan baik kami iaitu Abang Mat Shah bersama-sama keluarganya.Jam 830malam kami sudah pun tiba dam memesan makanan tersebut.Kek Nutella Cheese yang di buat oleh Azie beserta hadiah misteri yang di bawa oleh Abang Yunus menjadi penyeri majlis tidak rasmi pada malam itu.


Tengok sahaja gambar Birthday Boy yang di suap kek oleh isteri tercintanya... Manjeeeenyaaa dia...heheheAdd Image


SELAMAT ULANG TAHUN YEA ABANG MAT SHAH!!

Thursday, March 8, 2012

Deko yang kreatif & Unik

Bagaimana kalau ruang sinki bilik mandi anda berbentuk cawan? atau Bilik tidur seperti di Underwater World Langkawi? atau ruang tamu yang begitu sengget dengan meja,kerusi dan TV nya sekali? Pasti sesuatu yang lain daripada yang lain bukan?
Inilah konsep baru yang di bawa oleh pereka hiasan dalaman.



Ruang bilik bacaan yang sangat kreatif dan inovasi bersama-sama ruang menonton television berbentuk "PAC MAN".

Jam dinding yang boleh di baca beserta tangga gelonsur untuk kegunaan kanak-kanak


Satu lagi keunikan dan menampak betapa kreatifnya idea di bawah ini.Ruang tamu & ruang tidur untuk anak yang pasti mendapat pujian dari tetamu yang datang melihatnya.


- SELAMAT MENCUBA -

Tuesday, March 6, 2012

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Di Malay Village Harijadi Faiz


 Semalam bertempat di "MALAY VILLAGE" Nusa Bistari , aku merai kan majlis ulang tahun tertunda anak salah seorang teman gym aku Nik & Fuad yang bernama Mohd Faiz.
Majlis berlangsung jam 8malam , tetapi di sebabkan menanti satu lagi family yang baru bermastautin di JB , aku tiba lewat jam 845malam.Makanan pada malam itu memang menyelerakan.Maklum la tengah lapar lepas habis kelas basikal di GYM.

TOMYAM CAMPUR
IKAN SIAKAP 3RASA
UDANG GORENG BUTTER
SAYUR CHAP CHAI
AYAM MASAK BLACK PAPER
AYAM GORENG KUNYIT
NASI PUTIH
AIR SIRAP



Bersama teman-teman seangkatan dan juga teman baru kami dari IRAN , Shadi Parsa & kelaurganya,aku meraikan dan memeriahkan majlis hari jadi anak Nik & Fuad.Paling seronok bila melihat Faiz memotong Kek Angry Bird 3Kilo ciptaan Cik Puan Azie kita.
Gambar sebelum dan sesudah memotong kek harijadi.

Ibu-ibu dan bapa-bapa juga bertambah meriah apa bila bergambar sambil berkepak (sebab mak mertua tak ada) dan ia menjadi ikutan para anak-anak yang datang bersama.Terasa seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai.Hilang stress di tempat kerja sekejap.


Inilah gambar birthday boy yang gembira mendapat hadiah dari teman-teman ayah dan ibunya.Tak tahu la hadiah yang aku beri itu sesuai dengan Faiz atau dia suka ke tidak.Sebab beli pun pada saat-saat akhir sampai nak sampul pun tak sempat.Harap Faiz suka yea hadiah dari Pakcik Naz. 
Dan seperti yang sudah-sudah,majlis di akhiri dengan aktivit bergambar , berkepak dan bergimba beramai-ramai.Semua kata senyummmmm.....
Senyummmmm....Jam 1030malam kami semua bertolak pulang kerana esok paginya ada anak-anak teman yang akan bersekolah.Jadi tak boleh balik lewat-lewat malam.



Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....