Saturday, July 21, 2018

Rumah Terbuka di akhir Syawal

Hari ini ada majlis rumah terbuka kat umah kakak cantik nie.Ini lah tuan rumahnya Kak Laila.Walaupun hari ini dah abis syawal tapi kira masih lagi dalam mood berhari raya lah (kononnya)
Wah wah sedap-sedap menu yang di masak sendiri oleh tuan rumah.Spegetti makanan laut.Ada udang goreng mentega , sotong pulut sumbat , sayur capcai dan macam-macam lagi lah.
Rugilah siapa yang tak datang ke sini petang nie.Tengok tu muka-muka ceria semua yang puas dapat makan sotong dan udang di sini.Menjanjikan sungguh sampai senyum pun nampak gigi orang yang baju merah tu.
Dah abis makan kami di hidang pulak dengan Teh Lemon dan kek Mable.Aduhh kenyang dan mendak perut RA hari ini.
Geng masuk dapur ini lah jadinya.
Haa yang sorang ini datang lambat jadi kena makan kat depan yea.Amboi mentang-mentang dapat udang besar makan sampai stim matanya.
RA belanja lagi sekali menu tuan rumah hidangkan.Jangan pulak jilat skin nie yea hehe.
Apa jugaklah yang di bincangkan tu yea kusyuk betul.
Amboi budak-budak nie pun suka makan udang.
Ini teh lemon yang di hidangkan memang sedappppppp
Buah tangan dari RA iaitu kueh Nona untuk hidangkan bersama.
Agak lama juga kami beraya di sini.Lepas Magrib semua beransur pulang ke rumah masing-masing.Terima Kasih tuan rumah Kak Laila yang menjamu kami dengan pelbagai makanan yang enak-enak.Balik rumah terus tidur la nampaknya.

Friday, July 20, 2018

Rumah Untuk Di Jual Taman Gembira

RUMAH UNTUK DI JUAL
DI TAMAN GEMBIRA , TAMPOI , JOHOR
RM 230K Nego.
- TIADA AGENCY FEES - 
Real Estate Negotiator Berdaftar. (REN NO:28475)

Lokasi : Taman Gembira Tampoi Johor
BUMI LOT
FREEHOLD
190 SQ METER
3 BILIK & 2 BILIK AIR
Hanya 8km dari pusat Bandar Johor Bahru. 
 RUMAH LOT CORNER
SUDAH DI UBAH SUAI DARI HADAPAN HINGGA KE BELAKANG
 MASIH BERKEADAAN BAIK
 LANTAI MOZEK


UNTUK TEMUJANJI LAWATAN & PERTANYAAN 

Monday, July 16, 2018

Tempat Lepak Terbaik Johor Bahru 2018

Tempat tempat lepak terbaik

Di Johor Bahru 2018

1.Pasar Karat masih menjadi tarikkan utama bagi sesiapa yang bertandang ke Johor Bahru.Beroperasi dari jam 730malam sehinggalah lewat malam dan pada hujung minggu di buka hingga awal pagi.Terletak di Pusat Bandaraya Johor Bahru pastinya menjanjikan pelbagai barangan yang menarik untuk di beli dengan harga yang cukup murah.
 2.Kafe-kafe Hipster , Urban dan Lagend di Jalan Dhobi.Jalan Trus , Jalan Ibrahim & Jalan Tan Hock Nee
Ini adalah antara kafe-kafe yang terdapat di sekitar jalan yang di sebutkan di atas.Kebanyakkan di buka dari pagi hingga ke malam.
 3.Ini pula Laman Mahkota Istana Serene.Laman ini menjadi tumpuan pengunjung kerana mercu tanda Mahkota dan replika Istana Bukit Serene yang baru di buka untuk orang ramai.Ianya lebih menarik jika melawat pada waktu malam.
MASUK ADALAH PERCUMA
 4.Stulang Laut memang tak pernah lekang di mulut-mulut penduduk di Johor.Anda boleh menikmati pemandangan Selat Johor , menikmati masakaan lautnya dan juga pelbagai aktiviti riadaah bersama rakan dan keluarga di sini. 
 5.Taman Merdeka Johor Bahru ini cuma 3km dari bandar Johor Bahru.Boleh berjoging di waktu pagi dan petang.Malam minggunya pula anda boleh menyaksikan pancutan air berirama yang di mainkan.Selain sesuai untuk bergambar kerana landskapnya yang cantik.
MASUK ADALAH PERCUMA
 6.Atau anda boleh ke Puteri Harbour yang terletak tidak jauh dari Kota Iskandar.Pemandangan di sini juga sangat cantik pada waktu pagi dan petang.Pada hujung minggu terdapat FLEA MARKET di sini.Ada juga beberapa kafe dan restoran bersebelahan Puteri Harbour di mana terletak nya taman Tema Hello Kitty dan Hotel 5bintang.
MASUK ADALAH PERCUMA
 7.Pasar Borong Pandan memang popular di kalangan pengunjung dari negara jiran kita Singapura.Di sini pelbagai barangan dapur , pakaian , makanan , kedai makan hingga Ikan,daging dan ayam boleh di dapati.Kedai-kedai makan di sini pun menjual pelbagai makanan yang sedap-sedap tau.Di buka dari jam 5petang hingga awal pagi. 
 8.Pada yang mengingin kan suasana kampung yang damai bolehlah ke Kampung Sungai Melayu terletak cuma 4km dari Kota Iskandar.Di sini anda boleh lepak-lepak sambil menikmati pemandangan Sungai Melayu dan ada kedai makan asam pedas di kampung ini.Nak beli kupang , kerang dan pelbagai makanan perusahaan kampung juga ada di sini.Kalau nak menyusuri sungai Melayu anda boleh menyewa bot sekitar RM30 SEORANG.
9.Satu lagi tempat yang cantik untuk lepak ialah di Kampung Bakar Batu Teluk Danga.Anda akan di sajikan dengan pemandangan teluk danga yang pesat membangun dan  beberapa perkampungan orang asli.Sesuai untuk pengambaran pengantin dan bersantai-santai bersama rakan dan keluarga.

10.Country Garden Danga Bay pun semakin mendapat tempat para pengunjung ke sini.Terdapat banyak kedai-kedai makan , kios dan suasana santai di tepi pantai yang sesuai untuk seisi keluarga.Masuk adalah percuma.
11.Satu lagi tempat yang sesuai untuk lepak-lepak dengan rakan-rakan dan seisi keluarga ialah di Forest City.Ada khidmat kolam renang percuma di sediakan di sini.Anda hanya perlu daftar nama anda di kaunter dan bawa tuala dan baju mandi sendiri.Jika tak mau mandi anda boleh je lepak-lepak mengambil angin di tepi pantai dan taman bunga di sini.Ada beberapa hotel dan mall yang baru beroperasi di sini yang boleh anda bermalam dan lawati juga.

Baiklah setakat ini sahaja yang dapat RA kemaskinikan.Kesemua lokasi di atas korang boleh dapat di google map.Hanya taipkan nama tempat yang RA ceritakan korang pasti akan jumpa tempat-tempat ini.Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik tapi pada keluaran akan datang yea...sabarrrrrrr...

Monday, July 9, 2018

Rumah untuk di Jual Johor Bahru

RUMAH UNTUK DI JUAL
DI TAMAN TUN AMINAH
RM 420,000 Nego.
- TIADA AGENCY FEES - 
Real Estate Negotiator Berdaftar. (REN NO:28475)
Ok bagi sesiapa yang mencari rumah,di bawah ini ada info terkini.

Lokasi : Taman Tun Aminah (Skudai)
Berhampiran Masjid , Komesial Area , Plaza Tasek , Sutera Mall 
INFO RUMAH
- Teres 1 tingkat; 
- 22 x 70kps 
- 143 meter persegi
- 3 bilik + 2 tandas
- lantai mozek
- 2 Katil Besi tanpa tilam (di berikan pemilik) 
- Kabinet dapur 
- Mesin Basuh

- hakmilik kekal (freeHold)
- lot bumiputera
- Renovated & extended sampai belakang

PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT :
1.Hubungi saya untuk membuat temujanji sehari awal bagi melihat sendiri rumah ini
2.Datang & lihat sendiri rumah pada hari yang di persetujui.
3.Tawar menawar harga rumah yang di kehendaki.
4.Jika berkenan dan berminat sediakan dokumen di bawah :
A.Salinan IC ,
B.Penyata gaji 3bulan
C.Penyata Bank 3bulan
D.Penyata EPF
E.Penyata EA form
5.Document akan di hantar ke bank untuk pengesahan pinjaman samaada di luluskan atau tidak.
6.Jika di boleh di luluskan, isi borang Agreement + deposit 3% ke akaun syarikat DRMI Property
7.Pinjaman bank di buat dan dapatkan offer letter dari bank.
8.Cari peguam untuk sediakan SPA.
9.Tandatangan SPA + bayaran 7% dari jumlah harga jualan.
10.Tunggu serahan kunci (3-4bulan) selepas tandatangan SPA.

* tiada kos agensi pembelian.
 Ruang tamu yang luas
 2bilik di hadapan dan satu bilik di dapur.
Dapur 
 Kabinat Dapur yang sudah tersedia
Tandas di dapur dan satu lagi di bilik belakang
Tandas ke dua
 Katil besi ini juga di berikan oleh pemilik rumah.Bilik belakang mempunyai tandas.
 Mesin basuh ini di berikan oleh pemilik rumah.Dapur extended sampai belakang.
Ruang luar rumah.

UNTUK LAWATAN & PERTANYAAN SILA HUBUNGI 

Sunday, July 8, 2018

Rumah Terbuka lagi


Wah Wah hari ni ada 3jemputan ke rumah terbuka.Tapi rasanya hanya 2 je kot yang mampu RA lawat.Tapi apa pun pagi-pagi ini RA dah ke Forest City atas urusan berjalan-jalan dan separuh kerja.Sambil menanti jemputan rumah terbuka di buka jam 3petang RA dan beberapa rakan yang lain makan sarapan pagi beserta makan tengahari di Kafe Papa Rich di sini.Menu-menu boleh tahan ada Nasi Goreng Kampung , Laksa , Milo tabur , mee wantan , Kueh tiew goreng dan bubur.
Jam 2petang dah bertolak ke Kempas untuk bertemu tuan rumah Min yang menjemput.Jam 3petang semua geng meyerbu datang di sini dan menu utama dia ialah Laksa Johor yea.Memang sedap dan menjanjikan.Biasalah habis gamat kalau geng mengeteh datang serbu.Tak cukup makan dan bergambar di dalam rumah kami bergambar di halaman pulak.Mentang-mentang halaman rumah dia besar haha.
Malam pulak ada lawatan ke rumah geng sekolah RA , Salina dan keluarganya di Sri Alam.Kelas yea ala-ala Hi-Tea dia belanja kami semua.

Setahun sekali datang melawat di rumah dia tu pun masa raya.Lain hari masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Abaikan pewot RA yang makin naik tu...Maklumlah lepas raya nanti kita sambung balik masuk gim.
Geng tercenggang menonton tv dan telefun bimbit.Yang sorang tu memang kaki bergambar , pantang nampak kamera hehe.
Aduh makan berat lagi malam ini.Kami di jamu dengan nasi beriani lauk ayam masak merah dan kari ayam laa.Lemang pun ado.
Alhamdulillah rezeki hari ini kenyang dari pagi sampai kemalam.Datang melawat cuma setahun sekali dan mintak maaf zahir dan batin sempena Hari Raya ini.Tahun depan ada rezeki dan umur yang panjang boleh datang lagi kan.Harap tak serik dengan kunjungan RA.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....