Tempat tempat lepak terbaik
Di Johor Bahru 2018
1.Pasar Karat masih menjadi tarikkan utama bagi sesiapa yang bertandang ke Johor Bahru.Beroperasi dari jam 730malam sehinggalah lewat malam dan pada hujung minggu di buka hingga awal pagi.Terletak di Pusat Bandaraya Johor Bahru pastinya menjanjikan pelbagai barangan yang menarik untuk di beli dengan harga yang cukup murah.
2.Kafe-kafe Hipster , Urban dan Lagend di Jalan Dhobi.Jalan Trus , Jalan Ibrahim & Jalan Tan Hock Nee
Ini adalah antara kafe-kafe yang terdapat di sekitar jalan yang di sebutkan di atas.Kebanyakkan di buka dari pagi hingga ke malam.
3.Ini pula Laman Mahkota Istana Serene.Laman ini menjadi tumpuan pengunjung kerana mercu tanda Mahkota dan replika Istana Bukit Serene yang baru di buka untuk orang ramai.Ianya lebih menarik jika melawat pada waktu malam.
MASUK ADALAH PERCUMA
4.Stulang Laut memang tak pernah lekang di mulut-mulut penduduk di Johor.Anda boleh menikmati pemandangan Selat Johor , menikmati masakaan lautnya dan juga pelbagai aktiviti riadaah bersama rakan dan keluarga di sini.
5.Taman Merdeka Johor Bahru ini cuma 3km dari bandar Johor Bahru.Boleh berjoging di waktu pagi dan petang.Malam minggunya pula anda boleh menyaksikan pancutan air berirama yang di mainkan.Selain sesuai untuk bergambar kerana landskapnya yang cantik.
MASUK ADALAH PERCUMA
6.Atau anda boleh ke Puteri Harbour yang terletak tidak jauh dari Kota Iskandar.Pemandangan di sini juga sangat cantik pada waktu pagi dan petang.Pada hujung minggu terdapat FLEA MARKET di sini.Ada juga beberapa kafe dan restoran bersebelahan Puteri Harbour di mana terletak nya taman Tema Hello Kitty dan Hotel 5bintang.
MASUK ADALAH PERCUMA
7.Pasar Borong Pandan memang popular di kalangan pengunjung dari negara jiran kita Singapura.Di sini pelbagai barangan dapur , pakaian , makanan , kedai makan hingga Ikan,daging dan ayam boleh di dapati.Kedai-kedai makan di sini pun menjual pelbagai makanan yang sedap-sedap tau.Di buka dari jam 5petang hingga awal pagi.
8.Pada yang mengingin kan suasana kampung yang damai bolehlah ke Kampung Sungai Melayu terletak cuma 4km dari Kota Iskandar.Di sini anda boleh lepak-lepak sambil menikmati pemandangan Sungai Melayu dan ada kedai makan asam pedas di kampung ini.Nak beli kupang , kerang dan pelbagai makanan perusahaan kampung juga ada di sini.Kalau nak menyusuri sungai Melayu anda boleh menyewa bot sekitar RM30 SEORANG.
9.Satu lagi tempat yang cantik untuk lepak ialah di Kampung Bakar Batu Teluk Danga.Anda akan di sajikan dengan pemandangan teluk danga yang pesat membangun dan beberapa perkampungan orang asli.Sesuai untuk pengambaran pengantin dan bersantai-santai bersama rakan dan keluarga.
10.Country Garden Danga Bay pun semakin mendapat tempat para pengunjung ke sini.Terdapat banyak kedai-kedai makan , kios dan suasana santai di tepi pantai yang sesuai untuk seisi keluarga.Masuk adalah percuma.
11.Satu lagi tempat yang sesuai untuk lepak-lepak dengan rakan-rakan dan seisi keluarga ialah di Forest City.Ada khidmat kolam renang percuma di sediakan di sini.Anda hanya perlu daftar nama anda di kaunter dan bawa tuala dan baju mandi sendiri.Jika tak mau mandi anda boleh je lepak-lepak mengambil angin di tepi pantai dan taman bunga di sini.Ada beberapa hotel dan mall yang baru beroperasi di sini yang boleh anda bermalam dan lawati juga.
Baiklah setakat ini sahaja yang dapat RA kemaskinikan.Kesemua lokasi di atas korang boleh dapat di google map.Hanya taipkan nama tempat yang RA ceritakan korang pasti akan jumpa tempat-tempat ini.Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik tapi pada keluaran akan datang yea...sabarrrrrrr...
1 comment:
Terima kasih ats share ini
Post a Comment