Sunday, July 8, 2018

Rumah Terbuka lagi


Wah Wah hari ni ada 3jemputan ke rumah terbuka.Tapi rasanya hanya 2 je kot yang mampu RA lawat.Tapi apa pun pagi-pagi ini RA dah ke Forest City atas urusan berjalan-jalan dan separuh kerja.Sambil menanti jemputan rumah terbuka di buka jam 3petang RA dan beberapa rakan yang lain makan sarapan pagi beserta makan tengahari di Kafe Papa Rich di sini.Menu-menu boleh tahan ada Nasi Goreng Kampung , Laksa , Milo tabur , mee wantan , Kueh tiew goreng dan bubur.
Jam 2petang dah bertolak ke Kempas untuk bertemu tuan rumah Min yang menjemput.Jam 3petang semua geng meyerbu datang di sini dan menu utama dia ialah Laksa Johor yea.Memang sedap dan menjanjikan.Biasalah habis gamat kalau geng mengeteh datang serbu.Tak cukup makan dan bergambar di dalam rumah kami bergambar di halaman pulak.Mentang-mentang halaman rumah dia besar haha.
Malam pulak ada lawatan ke rumah geng sekolah RA , Salina dan keluarganya di Sri Alam.Kelas yea ala-ala Hi-Tea dia belanja kami semua.

Setahun sekali datang melawat di rumah dia tu pun masa raya.Lain hari masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Abaikan pewot RA yang makin naik tu...Maklumlah lepas raya nanti kita sambung balik masuk gim.
Geng tercenggang menonton tv dan telefun bimbit.Yang sorang tu memang kaki bergambar , pantang nampak kamera hehe.
Aduh makan berat lagi malam ini.Kami di jamu dengan nasi beriani lauk ayam masak merah dan kari ayam laa.Lemang pun ado.
Alhamdulillah rezeki hari ini kenyang dari pagi sampai kemalam.Datang melawat cuma setahun sekali dan mintak maaf zahir dan batin sempena Hari Raya ini.Tahun depan ada rezeki dan umur yang panjang boleh datang lagi kan.Harap tak serik dengan kunjungan RA.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....