Tuesday, June 7, 2016

Buffet Ramadhan Johor 2016

Sekali lagi bila Ramadhan menjelma maka banyaklah restoran-restoran & hotel yang menyajikan buffet Ramadhan.Jadi RA dah himpunkan beberapa restoran popular di Johor.Yang hotel punya anda leh cari sendiri kat google tu banyak yea.
 Banafee Village yang ni kat Jalan Abdullah Tahir.
 Restoran Malay Village bersebelah Kampung Mohd Amin
 Anjung Warisan seperti tahun-tahun yang lepas.Harga munasabah dan berpatutan
 Villa Warisan JA pun ado...
 Hotel Lace ini hotel baru di Kampung Melayu Majidee.Sajian mereka di amik dari LC Katering.
 Restoran Resepi Kampong @ Today's Mall Ulu Tiram ini pun boleh tahan sedapnya.
 Belanga Satu Bistro sangat sedap dan berbaloi
 Nak makan Nasi Arab pun boleh cuba di sini.
Yang ni kat kempas kalau tak silap RA.
 Ali Baba Gaints Tampoi ini setiap tahun memang harganya berpatutan sangat-sangat.
 Nak Makan buffet makanan laut leh cuba di sini.
 Restoran masakan barat yang baru di buka ini juga menawarkan buffet Ramadhan.Terletak di Taman Sri Pulai Perdana.
 Restoran Singgah Selalu juga ada menawarkan buffet berbuka.Dengar-dengar buffet sahur mereka cuma RM10 seorang.
 Lc Katering di Sangkar Kristal dan di Jalan Tebrau juga menawarkan buffet Ramadhan.
 Pandarosa Golf memang terkenal dengan masakan kampungnya.
Ni pulak kat Taman Suria.Harga mampu makannya RM26 untuk dewasa.
 Salah satu restoran masakan barat yang juga menawarkan buffet ramadhan terletak di SOBB kota Francise Taman Seri Pulai Perdana.Jadi apa tunggu lagi jom serbuuuuuu......
Restoran Remaja Klasik pulak berharga RM40.00.Sedap Nasi goreng di sini.
Yang ini pun berpatutan harganya.Boleh cuba di sini selain tempatnya yang luas,ruang solat pun selesa.
Kafe ini rasanya baru je beroperasi.Lokasi tak jauh dari Restoran Anjung Warisan.Harga pun murah.
RA selitkan juga promotion dari Hotel Amansari.
 Antara gerai steamboat yang terhangat di JB sekarang.Meletop steamboat dan Johor Steamboat
Dua restoran yang berlainan lokasi tetapi menjual makanan berkonsep steamboat dan makan sampai pengsan katernya..hehe.
Yang berada di Kulai boleh cuba di sini.

Friday, June 3, 2016

Lawatan Muhibbah ke Tj Pinang Hari ke2

 Hari kedua lawatan di teruskan ke mana lagi kalau bukan ke Pulau Penyengat.Menaiki bot sampan di Dermaga Pulau Penyengat yang terletak 1km dari Tanjung Pinang.Perjalanan mengambil masa 30min.
 Dah sampai pun.Inilah dia terminal bot di Pulau Penyengat.Lawatan di teruskan dengan menaik Becak yang di sewa.(harga Becak bergantung pada tawar menawar dengan pemiliknya).Selalunya sekitar IDR30,000 untuk satu jam.Kadang-kadang di minta sampai IDR60,000.Kalau nak lebih mencabar bolehlah berjalan kaki sahaja keliling pulau.
 Banyak tempat lawatan di Pulau Penyengat ini.Antaranya Masjid Raya (masjid yang di bina mengunakan kuning telur).Istana Kantor (seperti di gambar) Istana ala Kampung Glam Singapura.Makan raja-raja,Perigi air tawar , Balai adat , bangunan simpanan senjata dan mesiau dan kubu kursi.
 Wah bersilat yea semua di sini.hehehe.Panas sangat cuaca hari ini.Lawatan harus di selesaikan sebelum solat Jumaat bermula.
 Gambar ini di rakam di Bukit kursi,kubu pertahanan Pulau Penyengat.Terdapat juga parit di bina bagi menghalang serangan daripada pihak Belanda.Pemandangan dari atas bukit ini saujana mata memandang.Terdapat juga banyak meriam pelbagai saiz di setiap penjuru Bukit ini.Untuk naik ke atas sedikit kudrat di perlukan.heheehe
 Solat Jumaat kami di Masjid Raya dan sesudah solat berjemaah untuk Jumaat terakhir sebelum puasa kami menuju ke Kafe Alamak untuk menikmati makan tengahari di sini.
 Kafe tepi pantai makan sambil di tiup angin sepoi-sepoi memang menjanjikan.Boleh tertidur di sini lepas makan,tapi memandangkan ada perkara lain yang hendak di buat terlupakan niat nak tidur tu.
 Pemilik kafe ini adalah seorang berbangsa Melayu.Nama dia Hadi yang mengusahakan bersama isterinya warganegara Jepun.
 Sementara menanti jemaah lelaki selesai solat Jumaat kaum wanita menanti dengan penuh kesabaran.
 Menu makan tengahari kami adalah Ayam Goreng , Sotong masak hitam , sayur campur , sambal tumis dan Ikan Bakar Istimewa.Masak segar baru keluar dari laut.Puas makan 4ekor ikan besar.Lupa pulak nak tanya nama dia.
 Lama tak makan ikan bakar macam ini.Edisi kampung punya.hehe.Dah puas makan kami menuju ke feri terminal untuk pulang ke Tj pinang membeli belah.
 
Selesai membeli belah makan malam di salah sebuah restoran ala buffet.

Thursday, June 2, 2016

Lawatan Muhibbah Ke Tj Pinang

 Alhamdulillah..RA ke Tanjung Pinang sekali lagi kali ini membawa wakil rombongan Pejabat Kadi dan BKSK Kota Tinggi.Lawatan yang menaiki feri dari Stulang Laut ini mengambil masa 3jam perjalanan.Tiba di sini kami terus di bawa ke Ramayana Mall untuk membeli belah sebelum makan tengahari di sebuah restoran berkonsepkan rumah banglow di pinggir pekan Tanjung Pinang.
Ini adalah antara sebahagian peserta yang mengikuti lawatan ini,sebahagian lagi akan datang dengan feri ke 3, jam 7malam nanti.Hotel tempat penginapan kami kali jauh sedikit dari Kota Tanjung Pinang.Hotel Comfort yang bertarif 4bintang ini terletak lebih kurang 6km dari pekan Tanjung Pinang adalah salah sebuah hotel yang sangat cantik.
 Kolam renang hotel ini sangat-sangat luas dan di buka hingga ke malam.Tapi nak mandi pun tak sempat daa.
Ini pemandangan dari tingkat 2 di balkoni bilik RA.Deretean rumah tu adalah bilik deluxe,berbentuk bumbung rumah ala Belanda.
 Jam 4petang semua sudah mendapat bilik masing-masing dan mereka bebas dengan aktiviti sendiri di sekitar hotel.Manakala RA pula bersama Adi iaitu wakil agensi pelancongan di Tj Pinang melawat ke kuari pasir yang di tinggalkan.Dengar cerita di Facebook dan di laman sesawang , lokasi ini sekarang menjadi tarikkan penduduk luar dan dalam bergambar ala-ala padang pasir katanya.Jauh juga nak ke sini perjalanan mengunakan kereta mengambil masa 45minit dari hotel.Tapi hasilnya bila tiba adalah kepuasan.
 Lokasi padang pasir ini berhampiran dengan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Tanjung Pinang yang akan di buka akhir tahun depan.Lokasi ini sebenarnya membekal pasir kepada Singapura tetapi telah di hentikan 2tahun lepas dan syarikat yang menjalankan aktiviti pasir di sini telah pun muflis.
 Jadi tempat ini di biarkan terbiar dan menjadi lokasi kegemaran remaja-remaja di sekitar Tanjung Pinang berlibur.
 Walaupun padang pasir ini tidak sehebat padang pasir di Perth mahupun di Vietnam,tetapi tetap memberikan kepuasan kepada pengunjungnya.
Lawatan sebentar RA di sini atas pelawaan Adi dan juga mempromosikan lawatan sampingan bagi yang mahu melihat keindahan lokasi sekitarnya.
 Saat RA datang petang tadi hujan baru sahaja turun pada sebelah pagi.Jadi kawasan di sini agak lembab sedikit dengan pasir-pasir basah melekat di kasut.Pastinya lokasi ini lebih menarik jika dalam cuaca yang kering.
 Perjalanan pulang ke hotel dari padang Pasir ini melalui Gunung Bentan, jambatan di muara sungai dan yang paling menarik melalui hadapan De Bintan Villa Resort.Resort dia atas bukit tu.Nanti ada rezeki RA bermalam di sini yea.hehe.Pulang di hotel terus berkumpul kemudian ke terminal feri menjemput sebahagian yang tiba menerusi feri ke3.Makan malam kami semua di Restoran Jawa Timur.Selepas makan malam , pulang ke hotel dan bermalam.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....