Saturday, November 21, 2015
Friday, November 20, 2015
Melepak Kepak Kepak
Inilah sesi melepak kepak-kepak dengan geng geng bas sekolah rendah dulu.Jumpa kali ini nak membincangkan persiapan terakhir untuk perjumpaan bekas pelajar sekolah Kampung Pasir bulan Disember nanti.Kami buat di Felda Residence Resort , Tanjung Leman.
Sebenarnya lebih pada aktiviti makan-makan dan lepak-lepak je.RA pulak esoknya nak ke Bangkok atas urusan kerja.Penerbangan pagi pulak tu.Jadi ingatkan tak mau lah tidur nanti tak sedar tertinggal "flight" pulak.
Tengok kat sebelah RA tu.Gembira sungguh yea dia (orang besar kerajaan tu).Bukan senang nak ajak dia kuar,ada je urusan dia hehehe
Tapi banyak-banyak gambar RA suka dengan gambar anak Kak Ros dengan Hamsiah dan Jannah nie.RA tangkap gambar nie masa dia tengah terlopong mulut nak bersanggap,tapi nampak macam muka terperanjat kan.Lepak mengeteh kat sini habis 3gelas air RA minum.Jam 1230malam kami bersurai sebab RA pun nak kemas-kemas baju.Esok nak ke Bangkok weyyy....
Sunday, November 8, 2015
JJNM Restoran Jepun Sobasei
J.J.N.M : JALAN JALAN NAK MAKAN
- Restoran Jepun Sobasei -
Palm Garden Le Grandeur Hotel Senai
Jalan-jalan nak makan ber keudara lagi.Kali RA nun menghala berdekatan Lapangan Terbang Senai.Ke sini atas jemputan dan pelawaan teman RA Chef Nizam yang juga Chef di salah sebuah restoran di Hotel The Grandeur.Restorannya nama Sobasei,haa yelah restoran Jepun.
Tiba je terus amik tempat duduk masing-masing.Hari ini masakan akan di masak di hadapan mata kami semua.Sementara menunggu Chef datang kami bergambar dulu.
Ada ikan Salmon, ada udang , susi , sotong dan daging.ini adalah salah satu menu dalam masakan Tempayaki di sini.Pertujukkan dari Chef di hadapan meja makan kami.Inilah dia antara skil kemahiran kawan RA si Nizam nie.
Nie dia masak Nasi Goreng Jepun , udang goreng dan sayur goreng.Masakkan lain tak sempat RA nak amik gambar sebab bateri dah mati.
Makan sampai kenyang.Ini adalah sebahagian pembaziran garam yang Nizam buat hehehe...
Lupa pulak hari ini ada promosi Slurpe di 7-11ven.Bawak lah apa saja bentuk bekas air dan isilah Slurpe dengan harga RM3.90 sahaja.Hamik kau satu Jag RA bolot.hehehe,
Cukuplah tu saju jag je.Ada orang lain tu siap bawak periuk elektrik isi slurpe tau.hehehe.Apa pun terima kasih atas undangan Chef Nizam.Menu masakan memang sedap dan terima kasih jugak bagi kami harga kawan-kawan hehe.Ada rezeki kitaorang datang lagi.
Saturday, October 24, 2015
Bercuti di Batam Ala Riodenaz Enterprise
Hari ini RA membawa sebilangan tetamu dari Perak melawati Pulau Batam.Pakej yang di sediakan adalah pakej membeli belah dan lawatan sekitar Batam.Inilah dia wakil RA yang menunggu di Batam bersama Pemandu Pelancong.
Sebahagian tetamu yang bergambar di dataran bersebelahan Masjid Raya Batam.Siap ada patung "Travelling Beruang" lagi.
Kumpulan yang mengikuti adalah sejumlah 40tetamu.Mereka semua menginap di Hotel Nagoya One.Hotel mereka di naik tarafkan dari hotel budget ke hotel 2bintang untuk lebih keselesaan.
Inilah di Hotel Nagoya One.Lebih selesa dan ada di sediakan shuttle ke Nagoya Mall percuma.
Patung Travelling Beruang jugak tidak melepaskan peluang untuk bergambar ketika di Batam.Sedikit informasi tentang Batam.Pulau ini dahulunya di jadikan penempatan Pelarian Vietnam tetapi sesudah perang berakhir kesemua mereka telah di hantar pulang dan Pulau ini telah mendapat status Pulau Bebas Cukai oleh kerajaan Indonesia.Jadi Batam adalah surga membeli belah paling hampir dengan orang-orang Johor dan Singapura.
Pakej yang RA buat ini termasuk 2malam penginapan + 2 x sarapan pagi + 1 x makan malam seafood + 1 x makan tengahari + lawatan sekitar gedung membeli belah di Batam.
Menu buffet makan tengahari di restoran Sari Bumbu berhampiran Batam Center.
Menu makan malam pulak berhampiran jetty Harbour Bay.Makan malam makanan laut sambil menikmati suasana tepi laut.Di sebabkan Jerebu kami tidak dapat melihat lampu-lampu neon di Singapura seberang laut je tak jauh dari Batam.
RA pulang ke JB setelah semua urusan hari kedua selesai di aturkan oleh pemandu pelancong RA.Mereka masih bermalam semalam lagi di Batam,tapi RA kena pulang kerana ada urusan lain di Johor Bahru.
Friday, October 2, 2015
JJNM : MiUdang Pulai Jaya
JALAN - JALAN NAK MAKAN : J.J.N.M
MI UDANG @ PULAI JAYA
Akhirnya dapat juga RA ke sini.Terletak berhampiran dengan Kangkar Pulai, Mi Udang Pulai Jaya nie senang je nak jumpa sebab terletak di laluan utama Pontian - Skudai.Lepas sahaja lampu isyarat Bandar Pulai Jaya anda akan nampak deretan lot pejabat dan perniagaan di tepi lebuhraya.Salah satu lot kedai tulah menjual MiUdang.
Kalau tak mau tunggu giliran, pastikan datang awal.Sebab makin malam makin ramai pengunjung yang datang.Menu utama ialah Udang Galah.Ada masakan barat juga di sediakan.
Nampak tak mi udang RA? Kuah dia memang pekat dan sangat-sangat menjanjikan.Satu ketul udang galah + 3ketul udang XL di campurkan bersama mi dan kuahnya yang lazat.
Kueh tiew goreng pun ada letak udang galah.Kalau nak lebih mintak boleh mintak kueh tiew goreng deluxe.Harga rata-rata dalam RM13.90 - RM19.90 ikut pilihan masing-masing.Pengunjung memang ramai yang datang , jadi jika anda jenis yang tak sabar tempat ini bukanlah pilihan anda.Makan selalunya sampai ke meja mengambil masa 15-30minit.Tapi rasanya memang-memang sedap.Kalau nak belanja RA sekali pun boleh hehehe.
Sunday, September 13, 2015
Selamat Ulang Tahun Mariam
Hari ini RA ada majlis jamuan ulang tahun anak kawan RA, Abang Yem dan Kak Mai di kediamannya di Apartment Adami di Jalan Abdul Samad.Buat jamuan depan kolam renang okey haha.
Redup suasana kat tepi kolam renang ini , tu pun sebelum bapak-bapak dan mak-mak budak datang hehe.kejap lagi gamatlah tempat ini.
Konsep ulang tahun adalah Cindereallela katanya.Tema warna Biru.Jamuan dan acara potong kek bermula jam 230petang.Beginilah jadinya bila geng-geng mengeteh dah sampai.Macam-macam aksi gaya di tonjolkan.
Menu jamuan ialah nasi beriani ketering,Pizza dan kuih-mueh.Perut memang dah lapar maklumlah dari rumah dah gerak jam 130petang.Acara di lewatkan ke jam 230petang di sebabnya menunggu dif dif kehormat tiba katanya. 
Nasib baik cuaca hari ni baik,berangin dan redup.Memang selesa di sini tu kalau tak pikir majlis ulang tahun dah abis RA terjun mandi kat kolam renang.Gamat bila tetamu yang datang tu dari geng mengeteh , mana -mana pergi mesti nak berkepak.
Kek ulang tahun punnn...ada kasut Cinderella gitu.Badut pun di panggil,sambil-sambil buat belon diaorang buat pertunjukkan magik.
Anak-anak yang ulang tahun mak bapak yang terlebih suda.Aksi-aksi model Dewi/Dewa remaja purba beraksi di kolam renang dengan pakaian bikini penuh.Ada jugak kat luar tu bunuh diri tengok gambar ini.Sukati kau lah Nakkkkkk...Apa pun terima kasih buat Abang Yem dan Kak Mai yang sudi menjemput kami memeriahkan majlis ulang tahun puteri tunggalnya ini.Anda selalu menganjurkan jemputan menjanjikan lah....
Thursday, August 13, 2015
JJNM - Kafe Krave Ambassador berkumpul
J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
Kafe Krave @ Bali Lane Singapura.
Lama rasanya tak kemas kini blog RA nie.Tapi hari ini RA nak berkongsi satu lagi tempat makan yang menarik tetapi bukan di Malaysia ianya di Kota Singa.Hari ini ada perjumpaan dengan bekas pekerja-pekerja The Ambassador Tours & Travel tempat RA bekerja dahulu.Jam 830malam adalah temujanjinya dan RA tiba tepat pada masanya kerana tiada kesesakkan di Tambak Johor.
Sampai juga RA di sini.Letak kereta RA di Golden Landmark kemudian jalan kaki ke sini.Tak jauh pun dalam 500meter je.Memandangkan kami ramai Elgiees telah pun menempah meja makan di tingkat atas.Sampai terus pilih menu yang di sediakan , tulis menu apa yang nak lepas turun ke bawah buat pembayaran.
Antara menu yang kami pilih.RA pilih "Arabiatta Seafood" , yang udang tu namanya "Shrimp O nauts". Basnet makan "Salmon grill'.
Badoni pulak makan pizza.Nie kalau RA makan sorang pun belum tentu cukup hehe.
Yance masih dengan dietnya , makan salad udang je.Ermm patutlah badan kamu tak naik-naik dari dulu Yance.Burger tu nampak menarik pulak.Burger istimewa di Kafe Krave katanya.Kentang goreng pulak di letakkan dalam baldi comel tu.Ranggup dan besar-besar saiznya.
Inilah muka-muka yang hadir pada malam perjumpaan tadi.Yance,Raymond,Elgiees , Badoni , Basnet , Kathy , RA , Saufern , Hanni dan Christina.Kozi tempat ini tapi tulah penghawa dingin kat tingkat atas tu rasanya rosak atau nak kurangkan kos.Sebab kami makan di tingkat atas tu sedikit kepanasan.
Gembira dapat berjumpa dengan yang lain-lain.Walaupun perjumpaan ini cuma setahun sekali dan ramai antara kami dah buat haluan masing-masing setelah syarikat ini jatuh muflis, tapi semangat "THE AMBASSADOR" tu tetap ada.Badoni dah pulang dan bekerja di India.RA sendiri pulang dan bekerja di Johor dan yang lain-lain masih lagi di Singapura bekerja di syarikat-syarikat yang berasingan.
Jam 930malam kami bergerak ke Bugis Junction, tak tahan panas makan kat The Krave tu.Kalau kat JB boleh lah ke mamak mengeteh,tapi kat Singapura terpaksalah kami ke "Toast Box".Mengeteh ala orang Singapura di sini.Tapi tak leh lama kat sini sebab kedai di tutup jam 1030malam dan kami cuma ada sekitar sejam sahaja untuk duduk lepak minum.
Jam 1030malam masa untuk bersurai,tapi sebelum tu kami semua bergambar sebagai kenangan.Tahun depan kalau ada umur boleh berjumpa lagi.Menu kos makan malam ini di The Krave SGD22.00 = RM66.00.Mengeteh di Toast Box Basnet belanja YEHHHA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023
Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....
-
Tahun 80an adalah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan.Aku membesar dari keluarga yang sederhana.Bapak aku ketika itu kerja sebagai bur...
-
YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA ...




















































