Friday, October 2, 2015

JJNM : MiUdang Pulai Jaya

JALAN - JALAN NAK MAKAN : J.J.N.M
MI UDANG @ PULAI JAYA

 Akhirnya dapat juga RA ke sini.Terletak berhampiran dengan Kangkar Pulai, Mi Udang Pulai Jaya nie senang je nak jumpa sebab terletak di laluan utama Pontian - Skudai.Lepas sahaja lampu isyarat Bandar Pulai Jaya anda akan nampak deretan lot pejabat dan perniagaan di tepi lebuhraya.Salah satu lot kedai tulah menjual MiUdang.

 Kalau tak mau tunggu giliran, pastikan datang awal.Sebab makin malam makin ramai pengunjung yang datang.Menu utama ialah Udang Galah.Ada masakan barat juga di sediakan.

 Nampak tak mi udang RA? Kuah dia memang pekat dan sangat-sangat menjanjikan.Satu ketul udang galah + 3ketul udang XL di campurkan bersama mi dan kuahnya yang lazat.

Kueh tiew goreng pun ada letak udang galah.Kalau nak lebih mintak boleh mintak kueh tiew goreng deluxe.Harga rata-rata dalam RM13.90 - RM19.90 ikut pilihan masing-masing.Pengunjung memang ramai yang datang , jadi jika anda jenis yang tak sabar tempat ini bukanlah pilihan anda.Makan selalunya sampai ke meja mengambil masa 15-30minit.Tapi rasanya memang-memang sedap.Kalau nak belanja RA sekali pun boleh hehehe.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....