Friday, November 20, 2015

Melepak Kepak Kepak

 Inilah sesi melepak kepak-kepak dengan geng geng bas sekolah rendah dulu.Jumpa kali ini nak membincangkan persiapan terakhir untuk perjumpaan bekas pelajar sekolah Kampung Pasir  bulan Disember nanti.Kami buat di Felda Residence Resort , Tanjung Leman.

 Sebenarnya lebih pada aktiviti makan-makan dan lepak-lepak je.RA pulak esoknya nak ke Bangkok atas urusan kerja.Penerbangan pagi pulak tu.Jadi ingatkan tak mau lah tidur nanti tak sedar tertinggal "flight" pulak.

 Tengok kat sebelah RA tu.Gembira sungguh yea dia (orang besar kerajaan tu).Bukan senang nak ajak dia kuar,ada je urusan dia hehehe

 Tapi banyak-banyak gambar RA suka dengan gambar anak Kak Ros dengan Hamsiah dan Jannah nie.RA tangkap gambar nie masa dia tengah terlopong mulut nak bersanggap,tapi nampak macam muka terperanjat kan.Lepak mengeteh kat sini habis 3gelas air RA minum.Jam 1230malam kami bersurai sebab RA pun nak kemas-kemas baju.Esok nak ke Bangkok weyyy....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....