Sunday, January 20, 2013

Berjimba Di A Farmosa Resort

Baru je sehari sambut ulang tahun esoknya keriangan bersambung ke A Farmosa Melaka pulak.RA ke sini atas misi bercuti-cuti Malaysia sambil melihat-lihat apa yang ada di A Farmosa Resort ini.Bertolak sewal jam 10pagi (awal ke?) RA memandu sendiri hingga ke Alor Gajah Melaka.Tiba dah jam 1230 tengahari sebab RA bawak sekadar 110km/sejam sahaja.Nasib baik tidak tiba lambat,orang cakap memang langkah bendul,memang sesuai untuk makan tengahari sekali di sini.Masuk je di simpang pintu gerbang A Farmosa RA dah terlebih gembira (wah aku sambut ulang tahun aku kat dalam ini hehe-gah gitu).Sampai je di "Club House" RA terus menuju ke kaunter pendaftaran dan mendapatkan kupon makan tengahari di Restoran The Terrace.

Mereka yang lain dah pun sampai cuma RA je lambat sikit tiba.Lepas makan kami semua di bawa ke rumah penginapan kami di Villa D'savoy.Ada kolam renang lagi tau.Memang besar Villa ini dan menpunyai 4bilik yang boleh memuatkan 4orang sebilik.Besarkan bilik ini

Kat luar villa kolam renang dah tersedia bagi siapa yang nak berdebus.

Jam 3petang RA mengambil peluang bersama teman yang lain untuk melihat-lihat bilik & villa-villa yang terdapat di A Farmosa.

Dari Honeymoon Suite ke Condotel kemudian Apartment dan akhir sekali bilik hotel.Yang ini ruang tamu Condotel 3bilik.

  Dan ini adalah bilik airnya.Bersih dan sesuai untuk keluarga yang ramai.

 Kalau turun di bawah pulak bolehlah mengunakan kolam mandi ini.Memang luas untuk seisi keluarga.Acara telematch pula di aturkan oleh pekerja-pekerja resort ini dengan penuh acara menarik.Semua permaianan memang dah tersedia,jadi tak payah lah kitaorang nak pikir-pikir telematch apa yang hendak di buat.

Jam 530petang kami di hantar pulang ke villa dan menunggu untuk acara malam pulak.Terlebih gembira bila di beritahu yang RA akan di bawa ke "Cowboy Town" salah satu taman tema baru yang terdapat di A Farmosa Resort ini.Ianya beroperasi pada setiap malam.

Kami di sambut meriah oleh koboi-koboi,Red Indian dan juga gajah di luar pintu masuk Pekan Koboi ini.Makan malam RA pula di jamu dengan masakan cina di salah sebuah Restoran halal di sini.

 

Gajah ini kalau nak naik harganya kalau tak silap RM30 seorang

Jam 830malam kami terpaksa bergegas masuk ke pertunjukkan Red Indian dan perarakkan muzikal.Saat ini hujan turun renyai-renyai dan menyambut kami dalam kebasahan

 Basah pun basah lah pertunjukkan mesti nak tengok jugak.Nasib baik pihak A Farmosa Resort ada meminjamkan kami payung.Kalau tidak memang basah lecuh lah satu badan.Nak beli payung mahal giler RM25 satu tau.

Pekan Koboi yang basah menyambut tetamu

Pembukaan pertunjukkan di mulakan acara bermain api daripada sekumpulan pekerja resort yang mengelarkan diri mereka Red Indian.

Ingat kanak-kanak di larang meniru aksi profesional ini.

Tamat sahaja pertunjukkan permainan api oleh sekumpulan Red Indian kami menanti pulak perarakan muzikal.Pelbagai haiwan,kereta berhias,Beca dan maskot

Pertunjukkan bunga api turut di sertakan.Memang meriah beb dah macam pesta hari raya pulak

 Kat dalam Pekan Koboi ini juga terdapat teater 4D.RA sempat dapat menonton 2 tayangan pada malam itu iaitu Haunted House & Underwater.Jam 11malam kami pun pulang ke villa dengan baju yang kebasahan.Sampai villa RA terus mandi dan menghilangkan penat untuk tidur

 

Jam 8pagi kami telah di jemput oleh kenderaan resort ke Club House untuk bersarapan pagi.Acara pagi selepas bersarapan adalah melawat ke Safari World pulak.9pagi kami sudah tercongok di pentas pertunjukan gajah.Tapi sebelum itu RA sempat membeli makanan gajah untuk di berikan kepada gajah-gajah ini.Jam 930pagi pertunjukkan gajah di mulakan

Gajah-gajah ini di bawa khas ke Melaka dari Changmai.Pandai juga gajah ini berlakon tak mau bangun tidur dan melukis.Di sini lukisan gajah di jual dengan harga RM10 sahaja tetapi di Changmai macam yang RA pergi 5tahun lepas harga lukisan gajah boleh mencecah sampai RM200.Menurut orang Thai,lukisan gajah ini akan membawa tuah pada sesiapa yang meletakkannya di dinding rumah.(itu cakap orang Thai lah)

 Dah habis pertunjukkan gajah RA menaiki trak lori berpagar pula.Kali ini untuk melihat lebih dekat binatang-binatang yang terdapat di Animal Safari pulak.

Tumpuan paling di tunggu ialah melihat aksi harimau di beri makan dengan lebih depat lagi.Memang kelaparan nampaknya harimau-harimau ini pantang nampak daging ayam yang di gantung terus di terkamnya.

 Selesai sudah menaiki trak safari ini RA ke pertunjukkan haiwan kecil seperti memerang,monyet,kucing dan bingkarung.Kemudian ke pertunjukkan burung dan Wild wild West.

Inilah dia pentas pertunjukkan "WILD WILD WEST" yang sempat RA rakamkan bersama-sama rakan RA.

 

Makan tengahari RA di dalam salah sebuah retoran bersebelahan pentas W.W.W ini.Makanan buffet telah tersedia hidang saat perut RA dan teman-teman berbunyi.

Lepas sahaja makan tengahari kami semua bergerak pulak ke Monkey Island yang terletak di tengah-tengah tasik dengan mengunakan bot ala-ala rakit ini.

 Inilah antara muka-muka si tembam yang mengikuti RA menaiki rakit bot ke Pulau Monyet.Pulau takde lah besar mana,tapi cukuplah untuk merasai pengalaman menaiki bot rakit dan ke pulau ini.

Acara di teruskan ke WaterWorld yang terletak bersebelahan dengan Animal Safari ini.Tetapi kami tak dapat duduk lama di sini kerana hujan dan acara di hentikan sampai pukul 4petang sahaja.Pulang je kat Villa RA terus melingkau tidur sampailah masa untuk makan malam pulak.

 

 Makan malam kami kali ini sedikit istimewa sebab ada sotong dan Lamb Chop.Sos Lamb chopnya memang terbaik dari ladang.Makanan sangat-sangat banyak hinggakan kekeyangan kami di buatnya.

Antaranya Spegetti MeatBall,Ayam masak merah,Nasi Goreng,Isi ikan fillet,Sotong sambal,Lamb Chop,Sayur kobis masak lemak,daging black paper,aneka salad dan pemanis mulut.

Perrghh balik bilik memang kenyang habis.Esok paginya dah nak kena balik JB.Memang terbaik bercuti-cuti di sini.Rasa nak pergi lagi ke sini.Jom semua...

Friday, January 18, 2013

Tambah setahun lagi

Salam Ulang Tahun Kelahiran Rio Azzaro

 Diam tak diam dah bertambah lagi setahun umur RA semalam.Jadi dengan rezeki yang ada sikit-sikit ini RA buatlah majlis makan-makan belanja makan kawan-kawan rapat kat kedai biasa-biasa saja.Bertempat di Restoran Tomyam Sejati di Jalan Rawa Taman Perling RA mengumpulkan teman rapat untuk makan bersama.

 Majlis di serikan dengan kehadiran Nik-Fuad sekeluarga,Abang Mork-Kak Ani sekeluarga,Olie-Azie sekeluarga,Kak Rovita-Abang Champian sekeluarga dan adik paling bongsu kitaorang iaitu Abang Yunus a.k.a Abang Chu.(katernya bongsu)

 Walaupun ada yang lambat tiba kerana mencari kedai ini dan tidak kurang pula yang terpaksa membeli belah barangan dapur dulu,tapi kehadiran mereka menceriakan suasana makan malam pada hari itu.

 

Menu RA pilih ala kadar je,Ikan Siakap 4ekor masak masam manis + steam + Tiga Rasa dan Halia berserta Tomyam Campur + Tomyam Changmai + Telur dadar + Sayur Kailan 

 Tambah udang masak halia + Kerabu Mangga + Nasi putih + air sirap Bandung.

Tarikh ulang kelahiran tahun RA berkongsi bersama dengan anak bongsu si Olie & Azie nie..Jadi meraikanlah bersama-sama dengan dia.hehehe.Amboi,dua-dua senyum lebar selebarnya.

 Kenalkan inilah adik bongsu kitaorang.Dia artis sebenarnya.sampai terperanjat boboy yang remaja purba depan dia tu,tetiba muncul kat belakang.Nak tahu siapakah dia cuba lihat "trademark" kat dua jari dia bentuk "V" tu.

 Haa gambar yang ini pun ada dia tunjukkan "Trademark" dia.Kalau orang kedai tak tegur atau layan dia pasti muncung dia panjang leh buat sidai penyankut baju.(retak seribu katernya)

 Haaa macam biasa sebelum balik mesti nak susuh kerusi dan meja dulu.Wah si Sofia gembiranya dia dapat hadiah juga yea.Ada sayap kupu-kupu lagi hehe.

Dan sesi bergambar sambil berkepak pun di adakan.Terlebih suda yang diri tengah-tengah tu sebab kepak di kibarkan sampai dua-dua sekali. Terima kasih juga yang tidak terhingga di atas kesudian teman-teman yang hadir dan menguncapkan salam ulang tahun kelahiran kepada RA sama ada di Facebook,Whatapps,Viber,sms,bertemu muka malah yang sibuk hingga tidak sempat berbuat demikian saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Moga anda semua di rahmati nya....

Dan juga terima kasih yang tidak terhingga di atas pemberian hadiah ulang tahun ini.(jarang dapat hadiah)

Thursday, January 17, 2013

Kata-Kata Motivasi


 RA sekadar ingin berkongsi kata-kata motivasi yang RA selalu jadikan sandaran.Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari kata-kata motivasi ini.

Kalau tengok masing-masing punya jam sikitlah punya mahal,tapi selalu kalau buat temujanji pasti tak tepati waktu kan??



 Macam ini berangan impikan apa yang belum pasti tapi yang sudah pasti di depan mata dia tak amik kisah.Angan tak sudah.


 Hidup kena teruskan walaupun kita kehilangan segala-galanya sekarang.


 Bila sahabat bertukar menjadi musuh mulalah semua cerita luar dalam kita di kata.


Membaca pun tidak macamana nak jadi penulis yang baik

Monday, January 14, 2013

Antara Ragbi dan Bola Sepak

Siapa bilang Johor Bahru ini membosankan?? Bagi yang tak tahu berjalan dan suka duduk rumah tu memanglah akan cakap Johor Bahru ini membosankan.Tapi tidak pada RA.Semalam RA berkesempatan menonton perlawanan Ragbi antara Universiti yang di adakan di Padang Glam sebelah Dataran Bandaraya atas ajakan teman mengeteh RA Nik dan Fuad.Katanya anak saudara dia dari Universiti Putra Malaysia main untuk pertandingan Ragbi.Haaa ini lah dia anak saudara lelakinya. 

Pertandingan Ragbi 7 Sebelah hari ini antara UPM (Serdang Angels) dengan MPV (tak tahu lah pulak RA MPV tu nama penuhnya)

Orang cakap kalau takut luka atau cedera ketika main sukan ini jangan sesekali berangan nak masuk ok.Sebab sukan ini adalah sukan paling lasak untuk di sertai.

Aksi tolak menolak,terkehil kaki,leher dan tangan tu memang dah jadi asam garam pemain Ragbi lah.Semalam lagi best,RA nampak muka salah seorang pemain rabgi dari MPV tu terlanggar dengan lutut salah seorang lawan pasukan ketika dia sedang berlari.Pergghh kalau kena kat RA tu mau meraung menjerit hehe.

 

  Kyusuk betul yea orang itu tengok Ragbi yea

 Lupa nak citer dalam ke gairahan tengok pertandingan Ragbi,kat padang sebelah pulak ada sesi latihan bola pemain skuad Harimau Selatan - Johor Darul Takzim.

 Jadi kejap-kejap toleh padang kiri,kejap-kejap toleh padang kanan semua nak tengok lah katakan.

 Toleh punya toleh tetiba ternampak pengerusi Johor Darul Takzim FC iaitu Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail (TMJ) yang  berada di tepi padang bersama-sama dengan adindanya, Ketua Polis Johor , Sheikh Haikal dan keluarganya (penyanyi Rap Singapura) dan Joe Frezow tengah berbual-bual.

 Lama jugak tak nampak muka Fandi Ahmad iaitu pemain bola sepak terkenal Singapura satu ketika dulu.Kalau dulu dia kurus sekarang dia makin berisi dan tembam hehehe.Dialah ketua jurulatih Johor Darul Takzim sekarang.

Ini pulak Shafiq Rahim tengah rehat kejap kot

Masa ini mereka baru sahaja selesai membuat latihan dan sesi rengangan .Yang membelakangkan kamera RA ini Shafiq Rahim,Kembar Aidil dan Mat Yol.Ada orang tu nak bukti maka inilah bukti gambarnya 

 Macam biasalah bila sesi rengangan dah habis semua pemain masuk ke bilik persalinan untuk tukar baju dan mandi.Kami yang mula-mula nak tengok Ragbi berkerumun di hadapan pintu bilik persalinan menunggu pemain-pemain ini keluar untuk bergambar.

Terjerit-jerit lah anak-anak dara tengok mereka-mereka ini kuar sorang-sorang

Ini pulak sesi membasuh kaki dan kasut.Nanti esok nak main bola lagi kan.

Ada sekumpulan gang anak dara tah dari mana tah asalnya,terjerit-jerit macam kena hesteria bila nampak si Aidil keluar.Haishhh...Asik kena tahan je diaorang ini dengan peminat-peminat yang nak bergambar dan bersalam dah macam artis pulak. 

 

Haaa inilah dia pemain bola sepak yang di tunggu-tunggu oleh si Akmal (anak ke2 Nik).Sampai mengigil kaki katernya menunggu nak bergambar dengan Shahfi Salleh.Sibuk pulak anak dara baju kuning tu nak menyelit yea.Orang nak bergambar dia pun nak bergambar.huhu.

Sesi bergambar di akhiri dengan laungan Azan Margrib.Balikkk nak solat.Si Mat Yol masih lagi kat dalam bilik persalinan tak kuar-kuar,takut kena serbu dengan peminat kononnya.Kitaorang tak kisah pun.

 

Haaai Jali?? Bawak awek nampak?? tak kenalkan pun kat abang kau ini huhuu....

Sunday, January 13, 2013

Kamu kamu,kami kami




Kamu ada tuhan kamu

Kami ada tuhan kami

Duduk diam-diam buat amalan masing-masing sudah.

Tak perlulah nak cari publisiti nak tukar nama tuhan.

TTITIK !!!!!!


Saturday, January 12, 2013

Berembun di Warong Pokok Ceri

Nah amik kau malam Jumaat lepas RA bersama Si Jali terpingin nak makan kat Warong Pokok Ceri ,sebab kitaorang memang dah lama tak jejakkan kaki di sini.Warong biasa-biasa sahaja dan terletak berhadapan Hotel Puteri Pan Pacific,bersebelahan dengan TNB.Masa RA dan Jali sampai kat TV dah sibuk menayangkan perlawanan bola sepak Liga Malaysia,Johor Lawan Perak.RA tak amik pun nasi campur tapi RA suruh dia buat Nasi Goreng Paprik + Teh O Ais.Jali yang amik nasi campur,sedap katanya sebab malam tu mereka ada jual petai mentah sekaliBertambah 2pinggan la si Jali tu..

 RA memang jarang makan nasi campur diaorang waktu malam,sebab lauk-lauknya kurang kena dengan selera RA,tapi kalau makan tengahari memang warong ini menjadi pilihan RA.Banyak pilihan makanan yang di sediakan.Ini adalah antara menu-menu masakan makan tengahari yang RA dapat dari Nik melalui Whatapps yang sekarang tengah dok sedap menyantap kat kedai tu.

 Gambar yang telur setengah masak ini RA amik selepas penat berjalan di Bazar Karat sejurus kami makan di Warong Pokok Ceri.Nak simpan tenaga katernya (hehe).Biasalah selalu kalau dah ke bandar tak singgah Bazar Karat dan kena telur setengah masak ini mesti tak sah.

 RA makan dulu yea,yang lain tengok jelah yea.Jumpa Lagi!!

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....