Wednesday, January 9, 2013

7Spice macam kat UK laa

Ha ginilah gamaknya kalau makan malam yang terlalu lewat.Lepas sahaja kelas Spinning di Clark Hatch tadi RA telah singgah ke Restoran 7ven Spice yang terletak kat sebelah gim RA jek.Malam ini RA pulak menjadi tetamu Jalan-Jalan Nak Makan anjuran Abang Yunus yang mengidam sangat-sangat nak merasa masakan di sini.Bersama Nik,Fuad dan Mai maka sekonyong-konyong lah kami meminta makanan yang tidak terlalu berat.Selak punya selak menu jumpa lah menu Roti Nan.

 Yang ini Roti Nan biasa ke punyaan Abang Yunus (kuah dia mintak kuah lain kau).Cop mohor tangan bentuk V tu mesti ada yea.

 Yang ini Roti Nan Ayam,milik RA

Ini Roti Nan Kashmer Hak si Nik

 Ini pulak Roti Nan Tomato milik Fuad dan Mai.RA punya Roti Nan Ayam,memang sedap dan lembut rotinyaInilah dia kuah Ayam Masala yang abang Yunus amik berasingan katernya.Dalam bisik-bisik tu dia sempat cakap kt kitaorang "makan kat sini tengok menu dia teringat macam makan kat restoran mamak di UK.Yealah orang tu duuk UK bertahun-tahun la katakan.Semua jalan kat sana dia dah hafal sampai makan kat tepi longkang pun tak heran dah.huhu.

Jadi ini sajalah menu yang dapat RA tunjukkan kat restoran ini.Sebenarnya ada menu nasi beriani kat sini dan RA penah makan memang sedap,cuma malam ini dah lewat sangat,tak leh makan berat-berat yea..RA nak jaga pipi RA yang makin tembam nie.Pipi Abang Chu tu pun dah naik tembam.

Selamat Malam Semua!!!!

Tuesday, January 8, 2013

JB di Landa Ribut

Inilah pemandangan dari luar pejabat RA.Masa ini ujan turun dengan lebat siap dengan angin yang kuat.Kalau dapat tidur ujan-ujan ini bagus. 

Dan hari yang sama jugak rupa-rupanya JB di landa ribut.Ini adalah pemandangan pokok tumbang dari depan Jalan Kuning di Taman Pelangi.Teruk bukan? Habis lah nasib tuan punya kereta kancil tu.Memang sah esok kena hantar bengkel kereta untuk baiki kerosakkan.Dengar cerita bukan Taman Pelangi je,malah lebuh raya Pasir Gudang,Kulai dan Skudai pun ada pokok yang tumbang.Nampaknya lain kali semua kena hati-hatilah letak kereta dan jalan kat bawah pokok yea.

Sunday, January 6, 2013

Antara KSL dan AJL 2012

 Ini apa pulak kisahnya? Di malam Anugerah Juara Lagu 2012 Nik telah merancang menonton siaran ini bersama-sama,jadi abang Chu pulak memberi cadangan makan sambil menonton di Restoran yang mempunyai skrin TV yang besar sebab katernya senang nak menyanyi nanti orang boleh nampak dia.Tempat yang bermain di fikiran RA ketika itu Restoran Safina Nasi Kandar sebelah Kondo Lagenda di hadapan Tasek Utara.Tetapi sebelum siaran ke udara kami mempunyai 1jam 30minit masa terluang.Untuk memenuhi tuntutan masa itu kami pun ke KSL Plaza berjalan-jalan sambil mencari barangan hadiah yang hendak di beli oleh abang Chu buat Kak Rovita.Maka terjadi lah cerita terjebak membeli-belah di sini.Tengok abang Chu tu membeli belah sampai tak pandang kiri kanan lagi.  

Jam 850malam kami terus keluar dari KSL menuju ke Restoran Nasi Kandar Safina.Di sebabkan kelewatan  ,RA tiba jam 930malam di sana tertinggal slot Hafiz & Adira menyanyi lagu Ombak Rindu di AJL.Tapi makan tetap makan,sebab dari tengahari RA tak menjamah nasi.Inilah dia Nasi Kandar yang di idam-idamkan.
Nasi Dhal + Ayam Kari + Sayur Kobis + Kuah Kandar campur = RM9.20 sepingan.Tapi ada yang duduk sebelah RA nak berdiet (katernya) makan Roti Canai Kosong + Tisu lap minyak je.Dia tak tahu yang sekeping roti canai + Kuah = 200kalori (15gram lemak) lebih kurang je dengan nasi kandar yang RA makan tu.huhuhu (amekaw)
 Inilah dia Kedainya

Dan ini pulak siaran AJL di skin besar yang di minta oleh abang Chu.Kitaorang dapat tempat duduk depan lagi tau.Siap panggil penyanyi latar duduk kat meja kitaorang.Korang ado?

Dan seperti yang RA jangakan Lagu kegemran RA dan juga lagu latar bagi blog RA menjuarai AJL 2012 tahun ini.Tahniah buat kekasih (wah kekasih) RA - Yuna kerana mencipta lagu yang sangat sedap di dengar dan tidak jemu.

 

TERUKIR DI BINTANG

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu

Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba


Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagiSeribu tahun pun akan ku nantiKan… kamu…Sayangku

Jangan kau persoalkan siapa di hatikuTerukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Mesyuarat AJK SMPT Alumni

Hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza,RA telah ke McDonald di Petronas Taman Kobena untuk menghadiri perbincangan dan mesyuarat X-SMPT Alumni.Tetapi alangkah terkejutnya RA bila tetiba tempat mesyuarat pada petang itu di tukar ke McD Setia Tropika...Ish ish ish,lain kali kalau nak tukar tempat sila telefun kami yea ketua AJK,jangan beritahu di saat-saat akhir.Tengok RA terpaksa berpatah balik pusing ke Setia Tropika pulak.

Baiklah mesyuarat kali ini bagi membentangkan tempat dan harga yang akan di kenakan untuk para peserta yang mengikuti perjumpaan Alumni kali ini.Dan inilah muka-muka AJK yang hadir pada petang itu.(muka RA  terlupa nak amik sebab dok membentangkan je senarai harga hotel) 

Cik Ziela , Puan Siti,Puan Jue,Puan Adiel,Puan Jack,Incik Zaidi,Incik Mamak,Incik Boy.

 

Semua yang hadir begitu komited yea untuk menjayakan aktiviti ini.

Akhirnya setelah berhempas pulas selama 3jam memerah otak,kami mendapat satu resolusi dan kata sepakat.Berikut adalah keputusan yang telah di buat.

TEMA : SMPT ALUMNI 1994


TEMPAT : A FARMOSA RESORT MELAKA
TARIKH : 30 & 31MAC 2013
HARGA PAKEJ SEKELUARGA  :  RM 400 (MAX 2Dewasa + 4anak)
PAKEJ BUJANG : RM200 SEKEPALA

*tambahan seorang anak akan di caj RM50 sekepala)


Harga Pakej termasuk : 

-1 malam penginapan di A Farmosa Apartment (1keluarga=1bilik)
- Sarapan pagi untuk 2dewasa
- Makan malam gala untuk semua dewasa dan anak.
- Telematch 
- Hadiah cenderahati & Cabutan bertuah 

Untuk sesiapa yang mahukan tiket masuk ke taman tema air Water Park tambahan :
RM20 DEWASA
RM16 KANAK-KANAK
Deposit : RM150 sebelum 7Febuari2013 hendaklah di serahkan kepada Bendahari Puan Jue di no tel 
019 7387888


Riadah di tahun baru

Macam biasa pagi ini semua berpusu-pusu nak bersenamrobik katanya di Hutan Bandar Mutiara Rini.

AJK-AJK makan dan mengeteh nak menanam hasrat menguruskan badan katernya,tapi yang hadir bersenamrobik cuma RA,Abang Chu,Nik dan Kak Rovita sekeluarga sahaja.Azie dan abang mork sekeluarga menyambung aktiviti tidur di rumah.Letih katernya.Tapi macam yang selalu lah,aktiviti senamrobik tu sebagai syarat untuk kuar pagi je.

Hakikatnya inilah :-

Kedai makan 8km dari Hutan Bandar Mutiara Rini yang menyediakan sarapan pagi bagi mereka yang tidak bersarapan dan yang membuat senaman ala-ala manja jek.

Nasi Ambang kat sini memang terbaik,pakcik kedai ini pulak kawan pada Abang Chu.Kalau sebut je nama Abang Chu dari Taman Univerisiti mesti dapat tempat duduk kelas pertama di kedai makan ini (amik kau) 

Ini pulak oleh-oleh dari Kak Rovita yang baru pulang dari Kota Kinabalu.Jajan ini bernama "Angry Bite" dan ianya berperiasa ayam.Memang sedap dan ranggup.Masa RA ke KK tak terpikir pulak pasal benda ini sebab takde orang yang nak promosikan makan ini kat RA.Lain kali kalau RA ke KK nak beli banyak-banyaklah jajan ini.

Saturday, January 5, 2013

Dari Pagi ke Malam

Assalamuaikum !! Hai semua.Nampaknya inilah warkah pertama dalam blog RA pada tahun ini.Maklumlah terlalu sibuk sedikit dengan urusan lain.Tapi semalam RA berkesempatan bersarapan pagi di Hutan Bandar Johor Bahru ini semua gara-gara Azie dan Olie yang mengidam nak makan Char Mee dan Mee Koloh.Awal pagi tu ada juga seorang artis "Jalan-Jalan Cari Makan" yang bermesej mengajak gang-gang yang lain,tapi di sebabkan semua masih lagi membuta jadi tak dapatlah ikut serta artis tersebut."Patah Seribu" jawapnya.Jadi selepas sahaja RA bangun tidor,basuh dan sidai baju yang bertimbun selama seminggu di rumah,RA terus bergegas ke sana.RA tak berapa suka makan Mee pagi-pagi jadi RA amik lontong sajor.

 Haa inilah tempatnya.Char Mee yang Azie dan Olie makan berharga RM4.00 gerainya di bahagian kiri (kalau masuk melalui laluan berdekatan perhentian bas).Eleh,malu-malu miow pulak anak dara si Olie/Azie yang dah semakin tinggi menyamai maknya bila bergambar dengan RA.

Sedap tak? Ini lontong yang di makan oleh artis Jalan-Jalan Cari Makan awal pagi tadi.Campur sikit-sikit (paru+telur+sotong+bagedil) baru sedap katanya.Amik kau RM5.00 sepinggan

Ok dah puas makan perut dah kenyang baru lah boleh jalan-jalan.Kami ke KSL Plaza untuk mencari hadiah untuk di berikan kepada rakan yang akan menyambut hari ulang tahunnya hari ini.Sambil-sambil mencari hadiah singahlah ke kedai yang menjual pelbagai alat mainan Animax dan Artis-artis Korea dan luar negara,

Cantik kan patung Iron Man ini.Harganya mencecah ribuan ringgit tau.Tapi hakikatnya nak berbelanja membelikan barangan artis kumpulan dari Korea yang menjadi kegilaan anak si Azie/Olie nie haa.Sukalah si Syahada nie bila maknya membelikan semua barangan artis kegemarannya.(berbakul-bakul tu)

RA tengok je lah,dah bukan zaman kita.Kalau dulu masa zaman remaja minat la jugak dengan Spice Girl,Westlife,Boyzone,Mariah Carey,sampai sanggup buat buku skrap,buku lirik,cd,kaset,poster segala bagai.Tapi sekarang ini zaman budak-budak ini la,jadi duduk dan tengok jelah telefun bimbit sambil layan WhatApps.

Lepas ke KSL kitaroang singgah makan kat Kafe 60an lagi sekali.Tapi sekejap je lah sebab dah penat dari pagi kuar berjalan sampai ke petang.Jam 5petang RA terus balik rumah.Tak sangka si Jali pulak sms ajak mengeteh kat Pasar Karat.Jam 1030malam dah ada di bandar sampai nak cari tempat letak kereta semua penuh.Terpaksa lah letak kereta kat depan White House Johor a.k.a Mahkamah Johor Bahru lah.Cantik kan bangunan mahkamah ini pada waktu malam.Dah macam White House pun ada.(konon)

Jadi menapak lah jalan kaki ke kedai makan kelantan kat Jalan Dhoby ini,sambil menunggu makanan sambil tu kena gigit nyamuk.(Maklumlah dah malam).Makin malam makin ramai pulak orang ke Pasar Karat,tak putus-putus orang datang.Lepas makan RA buat satu pusingan Pasar Karat kemudian terus balik rumah sebab mata dah mengantuk.Esok pagi nak bangun awal berjogging pulak.

Wednesday, January 2, 2013

Tiket Universal Studio Singapore

VALID UNTIL FURTHER NOTICE

One Day pass ticket (Min 2 tickets)
- Universal Studio Singapore -


RM175-Adult/RM135-Child

To book : 50% deposit 

 Bus transfer Danga Bay-USS-Danga Bay
RM20 per person (two way)

- Depart 830am / Return 730pm -
 

TRANSFORMER RIDE 1ST IN THE WORLD


FOR MORE THEN 10 PERSONS DO CALL ME FOR BETTER PRICE


TEL/WhatsApp : 0127709809-Adam@Naz

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....