14Dece1mber lepas aku membawa trip family Abg Sani & Akak Hasliana ke Surabaya.Mereka membeli ground/land package untuk 4hari/3malam ke Gunung Bromo/Malang/Batu & Surabaya.
Tour bermula pada 15December.Aku pada mulanya membeli ticket kapal terbang dari Johor Bahru terus ke Surabaya sehari sebelumnya (14Dec) Tp disebabkan masalah dalaman Fireflyz,mereka telah batalkan semua penerbangan ke Kuching/Kota Kinabalu/Bandung dan kemudian Surabaya.dah la tak bagi alternative flight pada aku yg dah beli tiket nie,nak pulangkan duit refund tu pun mengambil masa sampai sebulan setengah.Lupakan pada hopeless airlines tu...aku terus beli tiket baru penerbangan dari Singapura ke Surabaya menaiki CHINA AIRLINES pada 14Dec (sehari sebelum tour bermula-aku terpaksa amik flight sehari awal kerana family abg & akak ku bertolak awal2 pagi dari KL ke surabaya pada 15dec dan tour bermula awal pagi.

Hampir 6tahun aku tak pernah naik komersial flight,memang berbeza dgn budget flight....Naik flight dari Terminal 1 Changi Airport.Aku mmg suka airport nie...besar & selesa.Aku berlepas dari Changi airport dan menuju ke Surabaya.Tiba di Surabaya aku mula mencari driver yang sepatutnya menjemput aku di airport untuk ke Sinar Hotel (hotel yang berdekatan dengan airport,supaya senang esok pagi aku terus ke airport untuk berjumpa dgn akak & abg ku.Mereka menaiki pesawat Air Asia esok pagi dari LCCT.
15 DECEMBER 2011 - 6Pagi
Aku dah bangun untuk bersarapan di Hotel.(6pagi dah terang benderang di Surabaya).Amik masa 30 min untuk sarapan.Kemudian aku masuk semula ke bilik bersiap untk ke airport.Bila aku ber ada di Lobby hotel untuk check out,driver dari tour company telah pun berada di situ untuk membawa aku ke Surabaya airport bertemu dgn tour guide & de rest yang akan tiba dgn pesawat Air Asia.Maka kelaur la sorang demi seorang dari arrival halll...heheh.
Bus telah menunggu di luar airport dan kami bertolak ke Gunung Bromo.Sepanjang perjalanan ke sana kami melalui kawasan lumpur berasid yang kelaur dari perut bumi hasil dari syarikat yang tidak bertanggung jawap menjalankan projet carigali minyak.Hasilnya bukan minyak yang kelaur tetapi lumpur berasid dari perut bumi yang keluar tanpa henti-henti yang mengakibat kan kerosakkan hampir 20ibu hektar persegi.
Selepas makan tengah hari di salah sebuah restaurant.Alhamdulillah kamu sampai ke Gunung Bromo tepat jam 5.30pm.Hujan renyai-renyai menyambut kehadiran kami.Kami check in dan ber malam di Hotel Cemara Indah (hotel yang paling hampir dengan Gunung Bromo).Suhu ketika itu turun kepada 16celcius.Memang sejuk.Dinner surved jam 7pm.walaupun sejuk kami gagahkan juga ke restuarant hotel yang berada kira-kira 50meter dari bilik kami.

16 DECEMBER 2011
Aku bangun jam 3pagi,walaupun sebenarnya aku tak dpt tidur lena kerana memikirkan untuk melihat gunung Bromo,Gunung Batur & gunung semeru dari puncak penanjakkan (the best view untuk melihat ketiga-tiga gunung tersebut)
Anak-anak buahku masih lagi lena di buai mimpi.Suhu dalam bilik ketika itu jatuh kepada 12celcius.Jam 330am bilik kami semua di ketuk oleh penjaga hotel untuk kami bersiap ke gunung penanjakkan bagi melihat matahri terbit dan ke tiga2 gunung tersebut.4buah Jeep telah siap menunggu kami di lobby hotel.group kami di pecahkan kepada 4.satu jeep di naiki oleh 5org.Suhu 10celcius memang mencakam kami.tapi kami terpesona dengan keindahan bintang2 berselerakkkan di langit yang cerah pagi itu.memang mengasikkan.Jam 445pagi kami tiba di kaki gunnung penanjakkan.kuda-kuda terlah di arrngekan oleh tour guide kami untuk mendaki gunung penanjakkan.Kerosakkan akibat letusan gunung berapi akhir tahun lalu menyebabkan jalan-jalan kesana byk yg musnah.Untuk ke penanjakkan ini saja,kamu terpaksa melalui laluan penanjak II ekrana penanjakkan I telah di tutup akibr rosak.kuda terpaksa berhenti di kaki gunung ke2..dan kamu terpaksa mendaki untuk ke atas.Walaupun tercunggap2,kami sampai juga di puncak penanjakkan.Kami bersyukur kenara cuaca sangat baik dan kami dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan di depan mata kami sendiri.
Jam 530 pagi kami bergerak turun untuk melihat kawah gunung berapai Bromo.Kami sekali lagi di sajikan dengan pemandangan langit biru dan keindahan tanaman bawang,sayur-sayuran dan pohon2 yang kekuningan & kehijauan,
Jam 830pagi kami pulang ke hotel dan bersarapan buffet mie hoon goreng + nasi goreng + teh dan kopi di samping menikmati memandagan berlatar belakang Gunung bromo di tingkap restaurant.Jam 1030pagi kami mula bergerak Malang untuk ke Taman Safari yang ke 2 terbesar di Indonesia.Buffet Lunch di resturant berdekatan taman safari.Masuk sahaja ke taman safarinya kami berasa teruja kerana landskap pintu gerbangnya mengingat kami kepada Filem Jurassic Park.Sangat teruja apatah lagi bila kami terpaksa masuk ke dalam safari itu dengan bus kami sendiri.Haiwan-haiwan di lepaskan begitu sahaja tetapi di asingkan antara haiwan ganas dgn yang tidak.
Di sebabkan hujan turun selepas sahaja kamu kelaur dari sangkar terakhir,kami tidak dapat explore taman safari dgn berjalan kaki di kawasan harimau putih & show ikan lumba-lumba.
Bertolak pulang untuk ke penginapan kami di Batu.mengambil masa kira-kira satu jam.Kami sempat bersopping membeli kerepek,buah-buahan & souvinear di pekan Batu.Dinner di salah sebuah restaurant yang berhampiran hotel.
Hotel kami di Batu : KARTIKA WIJAYA 4*.Hotel nie takde aircon sebab terletak di kawasan kaki pergunungan yang sejuk.so malam itu kami tidur tanpa aircorn.
17 DECEMBER 2011
Sarapan pagi di hotel dan membiarkan anak2 akak & abang aku bersama2 sepupunya mandi di pool.Walaupun sejuk,tp bila dah nampak pool budak2 nie lupa semua...
Jam 10pagi kami bergerak untuk melawat ladang Epal,sayur & strawberry.Perajalan mengambil masa 20min dari hotel.memang mengujakan dapat melihat sendiri pohon epal dan memetiknya sendiri bersama strawberry.
Lawatan kami di teruskan ke Surabaya.Aktiviti nya of foz shopping ke Butik jualan barangan kulit untuk mak-mak.Shopping punya shopping sampai terlepas nak melawat ke Masjid Cheng Ho,Submarine Muzium dan Semporna Muzium.Selepas dinner kami bermalam di FAVE HOTEL - SURABAYA...hotel cantik,location bagus tapi memang tidak sesuai untuk family...sebab apa?? sebab hotel dan disco berada selang satu tingkat sahaja.dan bunyi bising dari hotel leh dengar dgn begitu kuat sekali.sangat menyakitkan telinga.Bunyi muzik tak berhenti walaupun dah pukul 3pagi.
18 DECEMBER 2011
Kami check out jam 3pagi dan bergerak ke Surabaya Airport.Kami terpaksa bergerak awal kerana flight abg & kakak angkat saya bersama familynya bertolak jam 530pagi.dan flight aku pula bertolak jam 6pagi.SELAMAT TINGGAL SURABAYA
Antara makanan & buah buahan yang sempat di rakam semasa di Surabaya.Untuk yang berminat nak join trip nie leh la tel sayaaaaa...hehehhee 0127709809