Friday, January 22, 2021

Transkripsi Gambar

Ini adalah transkipsi atau lebih tepat di panggil tranformasi dari gambar asal yang telah RA ubahsuai.Orang putih panggil Makeover Picture.
Pelbagai variasi gambar yang telah di transkripsi ini hasil dari pelbagai albun yang RA ambil sepanjang journal perjalanan RA mahupun sesama rakan-rakan
 Koleksi ini juga boleh di abadikan kepada bingkai gambar mengunakan kain canvas mengikut kehendak anda samada mengunakan gambar anda mahukan gambar yang RA ambil.
Tranformasi gambar dari anda dengan harga serendah RM10.
Mengabadikan gambar anda setelah di transformasi ke dalam bingkai kain canvas pula adalah bermula dari harga serendah RM60.
HUBUNGI 6012-7709809/NAZ@ADAM



Friday, January 15, 2021

Kisah di awal tahun 2021

Assalamuaikum semua,dan rasanya masih belum terlambat untuk RA mengucapkan selamat tahun baru 2021 kat korang semua kan.Memandangkan ini adalah nukilan pertama RA pada tahun 2021,tak banyak yang hendak di tulis.RA berada di rumah saat blog ini di tulis dek kerana perintah kawalan pergerakan yang di kuat kuasakan pada 13Jan lepas.Awal bulan lepas pulak Johor di kejutkan dengan banjir besar dengan hujan tak berhenti-henti selama 3hari berturut-turut.Pahang & Terengganu juga turut terkesan dengan kejadian banjir ini.

Bila dah PKP nie masing-masing mula lah gelisah menyerbu pasaraya membuat belian panik.Roti Gardenia dan Mee segeralah yang paling banyak di beli.Harga barangan dapur pun banyak yang dah naik.Tahun baru juga di kejutkan dengan pelbagai berita yang mengemparkan.antaranya kemusnahan Air Terjun 7tingkat Tanjung Batu di Perak dan rampasan dadah terbesar di Malaysia yang bernilai RM 200juta.
Yang mengherankan RA bagaimana di benarkan aktiviti kuari berhampiran sungai dan air terjun yang merupakan sumber air.Kenapa tiada pemantauan sampaikan kumpulan pencinta alam membuat lapuran di TV barulah pihak-phak berwajib membuka mata.Lebih heran kalau pencerobohan di buat oleh pendaki-pendaki tanpa permit yang masuk secara bersembunyi senang sahaja pihak berwajib menjejaki dan menyaman mereka tetapi bila pencerobohan pihak kuari yang membuat secara besar-besaran mereka tidak tahu.Adakah unsur-unsur kawasan ini telah di sihir untuk hilang dari pandangan pihak berkuasa sehingga mereka tidak dapat menghidu kegiatan ini.?
Tahniah juga RA ucapkan kepada Ketua polis Johor dan semua Kontigen Polis Johor yang berjaya membuat rampasan terbesar awal tahun ini dengan jumlah lebih RM200juta.Macam tak percaya yang sindikit dadah kat Johor nie dah macam setaraf dengan sindikit dadah kat Colombia pulak bila tengok jumlah rampasan terbesar tu.Bayangkan selama nie diaorang bebas buat aktiviti haram mereka dengan berlagak mewah dengan wang yang mereka ada.RA pun tak pasti lah apa lagi kejutan-kejutan lain lagi yang akan datang selepas ini.Itu baru dalam negera,kat luar negera pulak di kejutkan dengan tragedi pesawat terhempas dan gempa bumi di Indonesia.Moga Allah mencucuri rahmat keatas mereka-mereka yang terkorban.RA pulak semakin risau sebab dengar-dengar PKP ini akan di lanjutkan lagi.
Sama-samalah kita berdoa semua dunia semakin pulih dari Covid.


Friday, January 8, 2021

JPO Personal Shopper anda

 Ok untuk blog hari ini RA nak perkenalkan RA sendiri sebagai Personal Shopper korang untuk barangan yang ada JOHOR PREMIUM OUTLET.

Iyer, apa pun harga barang berjenama yang di jual di JPO itulah yang anda bayar dan tiada cas tersembunyi.Segala resit harga barangan yang di beli akan di hantar sekali dengan barangan korang.Korang hanya perlu buat tambahan/bayar cas perkhidmatan personal shopper yang RA kenakan seperti di bawah ini sahaja

UNTUK SURVEY HARGA BARANG SAHAJA = RM 30 SETIAP JENAMA

BARANGAN BERHARGA RM500 KEBAWAH = RM60 PER ITEM

BARANGAN BERHARGA RM500-RM1K = RM100 PER ITEM

BARANGAN BERHARGA RM1K - 2K = RM 150 PER ITEM

BARANGAN BERHARGA 3K KEATAS = RM 200 PER ITEM

Jika Korang terus beli masa RA survey barang, cas survey tidak di kenakan - hanya cas beli barang sahaja yang RA amik.

Harga postage tidak termasuk anggaran RM12- RM40 mengikut saiz barangan yang di pos.

SENANG, MURAH DAN MUDAH......

DAN UNTUK PENGETAHUAN KORANG, JPO SEKARANG ADA MENAWARKAN PELBAGAI DISKAUN BARANGAN SEHINGGA 80%

BAG TORY BURCH INI 50% DISKAUN 
Yang Kecil RM1350.00 
Yang Besar RM 1550.00 
(Harga tidak termasuk Personal Shopper Charge - PSC & postage)
JAM TANGAN FOSSIL INI 30% + 30% DISKAUN
RM 355.00 
(tidak termasuk Personal Shopper Charge-PSC & postage)
HARGA ASAL RM 720
HARGA 30% DISKAUN = RM 503.00
TAMBAHAN 30% DISKAUN LAGI = RM 355.00
(tidak termasuk PSC & postage)
ARMANI EXCHANGE RM320.00 SAHAJA SELEPAS DISKAUN
(tidak termasuk PSC dan postage)
Kasut-kasut Nike nie pulak semuanya berharga bawah RM200 sahaja.

DAN ADA BANYAK LAGI BARANGAN BERJENAMA DI JPO YANG KORANG DAH TAK PERLU BERSUSAH PAYAH DATANG, HANYA TUNGGU BARANGAN KORANG SAMPAI DI HADAPAN RUMAH.

KITA KAUTIM SAMPAI JADI ROGER ATAU WA RA DI 012-7709809

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....