Assalamuaikum semua,dan rasanya masih belum terlambat untuk RA mengucapkan selamat tahun baru 2021 kat korang semua kan.Memandangkan ini adalah nukilan pertama RA pada tahun 2021,tak banyak yang hendak di tulis.RA berada di rumah saat blog ini di tulis dek kerana perintah kawalan pergerakan yang di kuat kuasakan pada 13Jan lepas.Awal bulan lepas pulak Johor di kejutkan dengan banjir besar dengan hujan tak berhenti-henti selama 3hari berturut-turut.Pahang & Terengganu juga turut terkesan dengan kejadian banjir ini.
Bila dah PKP nie masing-masing mula lah gelisah menyerbu pasaraya membuat belian panik.Roti Gardenia dan Mee segeralah yang paling banyak di beli.Harga barangan dapur pun banyak yang dah naik.Tahun baru juga di kejutkan dengan pelbagai berita yang mengemparkan.antaranya kemusnahan Air Terjun 7tingkat Tanjung Batu di Perak dan rampasan dadah terbesar di Malaysia yang bernilai RM 200juta.
Yang mengherankan RA bagaimana di benarkan aktiviti kuari berhampiran sungai dan air terjun yang merupakan sumber air.Kenapa tiada pemantauan sampaikan kumpulan pencinta alam membuat lapuran di TV barulah pihak-phak berwajib membuka mata.Lebih heran kalau pencerobohan di buat oleh pendaki-pendaki tanpa permit yang masuk secara bersembunyi senang sahaja pihak berwajib menjejaki dan menyaman mereka tetapi bila pencerobohan pihak kuari yang membuat secara besar-besaran mereka tidak tahu.Adakah unsur-unsur kawasan ini telah di sihir untuk hilang dari pandangan pihak berkuasa sehingga mereka tidak dapat menghidu kegiatan ini.?
Tahniah juga RA ucapkan kepada Ketua polis Johor dan semua Kontigen Polis Johor yang berjaya membuat rampasan terbesar awal tahun ini dengan jumlah lebih RM200juta.Macam tak percaya yang sindikit dadah kat Johor nie dah macam setaraf dengan sindikit dadah kat Colombia pulak bila tengok jumlah rampasan terbesar tu.Bayangkan selama nie diaorang bebas buat aktiviti haram mereka dengan berlagak mewah dengan wang yang mereka ada.RA pun tak pasti lah apa lagi kejutan-kejutan lain lagi yang akan datang selepas ini.Itu baru dalam negera,kat luar negera pulak di kejutkan dengan tragedi pesawat terhempas dan gempa bumi di Indonesia.Moga Allah mencucuri rahmat keatas mereka-mereka yang terkorban.RA pulak semakin risau sebab dengar-dengar PKP ini akan di lanjutkan lagi.
Sama-samalah kita berdoa semua dunia semakin pulih dari Covid.
No comments:
Post a Comment