CATATAN SAYA INI HASIL PENJELASAN DAN PEMBELAJARAN DARI USTAZ FIRDAUS.
(Jika ada catatan yang tersalah ianya adalah berpunca dari saya sendiri)
LOKASI : MASJID AN-NUR GALLERIA KOTARAYA
SETIAP HARI ISNIN SELEPAS MAGRIB HINGGA WAKTU ISYAK
TARIKH : 24SEP2018 HINGGA 8APRIL2019
SURAH : 103 - Al Asr atau Wal Asr
MAKSUDNYA :
1.DEMI MASA
2.SESEUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR-BENAR BERADA DI DALAM KERUGIAN
3.KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DAN MEREKA PULA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN
Di turunkan di Mekah tergolong dalam surah Makkiyah iaitu antara surah-surah yang turun di Mekah sebelum Rasullullah
berhijrah ke Madinah.
Ayat ini selalunya di gunakan sebagai penutup pada setiap kali tamat majlis ilmu.
Ada Attar yang di riwayatkan oleh Imam Attabrani : Apabila para sahabat bertemu , mereka akan banyak baca membaca antara satu sama lain pada surah Al Asr sebelum mengucapkan salam perpisahan antara mereka.
Sahabat terdahulu bila bertemu sesama rakan perbualan mereka sering di selitkan dengan cerita akhirat.
Athar - ialah apa juga yang di sandarkan oleh para sahabat-sahabat nabi dan generasi seterusnya.
Hadis - ialah apa juga yang di sandarkan oleh Nabi.
Antara Hadis Nabi Muhamad
yang bermaksud :
Jika majlis pertemuan yang dibuat itu tidak satu pun di selitkan dengan ingatan pada akhirat atau Allah,maka saat mereka tinggalkan majlis itu umpama mereka meninggalkan bangkai keldai.(meninggalkan sesuatu yang buruk).
Mukadimah :
Kandungan-kandungan dalam surat ini sangat luar biasa.Ia di tujukan kepada 2 golongan :
1.Golongan manusia yang dalam kerugian.
2.Golongan manusia yang beruntung.
- 1 Patah ayat Al-Quran di baca dan di hayati serta di fahami adalah lebih baik dari membaca berhelai-helai Al Quran tanpa mempelajari isi kandungannya.
- Orang yang tidak mahu mendalami , mengetahui , belajar , memahami isi Al Quran adalah di umpamakan hati-hati mereka telah di kunci.
- Masa mempunyai pandangan yang berbeza dari pelbagai kaum.Jika masa itu tidak di gunakan untuk kebaikkan maka kejahatan akan datang.
Di bawah ini adalah sebab dan kenapa Islam mementingkan masa :
1.Di lebihkan kelebihan Al Quran yang di berikan kepada Rasullullah
ini daripada As-Sabhu (Kitab Taurat,Zabur dan Injil) ialah adanya surah Mufassal (surah-surah pendik) yang tidak ada dalam kitab-kitab yang lainya.
Terdapat banyak dalam surah-surah pendik ini Allah bersumpah dengan masa antaranya :
- DEMI MASA
- DEMI WAKTU DHUHA
- DEMI WAKTU MALAM YANG KELAM
Dan banyak lagi....
2.Sebab yang lain ialah kerana ada 2nikmat yang sering di lupakan manusia iaitu nikmat masa dan nikmat kesihatan.Kesihatan ini adalah mahkota dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit sahaja.Samalah di umpamakan oleh masa.
3.Sebab ketiga ialah Allah bagi kita umur ini bukan percuma.Masa yang di berikan itu akan Allah tanya balik satu persatu di akhirat kelak kerana waktu/masa itu adalah amanah Allah.
Sebelum mengunakan masa semaksimum mungkin, kenali sifat masa itu dahulu iaitu :
1.Kena sedar dan tahu yang waktu dan masa ini akan berlalu dengan cepat.Cepat dan pantas habisnya.
2.Setiap masa dan waktu yang berlalu tidak akan datang kembali.
3.Waktu dan masa ini merupakan modal yang paling berharga.
4.Waktu yang diberikan kepada kita semua adalah sama di sisi Allah.Semua orang mempunyai 24jam sehari tidak lebih dan tidak kurang.Apa yang lebih dan kurang ialah apa yang kita buat dengan masa 24jam itu.
Cara - cara untuk memaksimumkan masa :
I.Jangan biarkan masa kita ini berlalu dengan kosong.Waktu rehat dan selesa seorang muslim itu ialah antara ketika selesai satu kerja dan memulakan satu pekerjaan yang lain atau baru.
Jika masa tidak di isi dengan perkara-perkara bermanfaat maka ia akan mengundang perkara-perkara yang negatif.
Doa-doa Nabi Muhammad
dalam hadisnya yang boleh kita amalkan :
"Ya Allah jadikan masa yang ada padaku ini agar menjadi jambatan untuk aku menambah kebaikkan"
"Ya Allah perbaikilah agama yang ada pada kami agar agama ini menjadi benteng kami di akhirat nanti".
II.Tidak menunda pekerjaan.
Apa yang di belajar sekarang di buat dan di amal segera mungkin walaupun sedikit.Dalam segera beramal , jaga kualiti amal.Contoh buat amal sesuai dengan waktu dan tempatnya.
Pepatah arab ada mengatakan "ILMU YANG DI AMBIL SECARA BORONG DALAM MASA YANG SINGKAT AKAN PERGI JUGA SECARA BORONG"
Buat perkara yang sedikit dan berterusan lebih baik dari buat banyak tapi terputus di tengahnya.
III.Memanfaatkan waktu-waktu yang istimewa.
Contoh :
- Memanfaatkan amalan di 1/3 malam
- Malam lailatul Qadar
- Puasa sunat Arafah dan puasa-puasa sunat yang lainnya.
IV..Kita melakukan pelbagai aktiviti pada waktu yang sama.Dengan kata lain memaksimumkan masa yang ada.
V.Mengunakan pelbagai aktiviti untuk di manfaatkan kepada orang lain.Ini akan membolehkan kita memperolehi keberkatan masa.
Sabda Rasullullah
" Sebaik -baik manusia adalah dia yang memberi manfaat kepada orang lain"
Orang yang mengajar dan belajar ilmu itu umpama bulan purnama kerana ilmu yang di sampai dan di perolehinya akan menyinari orang lain seperti cahaya purnama.
Orang yang beramal dengan ilmunya pula umpama bintang.Ia hanya menyinari dirinya sendiri tanpa dapat menyinari orang lain.Jadi sampaikanlah ilmu yang ada pada kita kepada orang lain walaupun sekecil mana pun.
TAFSIRAN :
AYAT 1 - Demi Masa :
- Allah bersumpah dengan 1 makhluknya iaitu masa.Jadi perlu di ambil perhatian.
3 Pendapat tentang Surah Al Asr bermaksud :
1.Masa atau waktu atau zaman
2.Waktu petang (Zohor hingga Margrib)
3.Solat Asar
Antara pendapat di atas, pendapat paling kuat ialah pendapat yang pertama.
Kenapa? kerana masa itu adalah perantaraan ataupun wadah.Ia menunjukkan keistimewaan & kelebihan mahkluk Allah itu.
Seseorang muslim tidak boleh bersumpah dengan yang lain selain nama Allah kerana boleh terjerumus dalam syirik.
Tetapi kenapa Allah boleh bersumpah begitu?
1.Kerana Allah itu Rabul Jalal (sebaik pengatur).Jadi bukan beradab jika manusia mempersoalkan kerana pastinya ia maha benar kerana Allah adalah zat yang sempurna.
2.Kerana ia adalah menujukkan pada pengkhususan.
3.Pastinya mahkluk itu mempunyai keistimewaan.
AYAT 2 - Sesungguhnya Manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian.
Di sebutkan siapa manusia yang dalam kerugian ini terdapat 2 pendapat.
Pendapat pertama - Di maksudkan ia di tujukan pada orang kafir.
Pendapat ke 2 - Di maksudkan ia di tujukan kepada semua manusia.
Majoriti ulama bersetuju dengan pendapat ke 2 ini.
Modal yang Allah bekalkan pada kita ialah umur untuk berbuat amalan.Cara dan bagaimana kita pergunakan itulah yang berbeza.
Di sebutkan dengan kerugian pula :
1.Mereka yang rugi secara keseluruhan iaitu orang-orang kafir.Kerana mereka langsung tidak berpeluang menutup atau menebus kerugian mereka.
2.Mereka yang ruginya sedikit iaitu orang Islan kerana mereka tidak mahu memanfaatkan modal iaitu umur yang Allah telah berikan.
2 Penyebab manusia itu di sebut di dalam kerugian ialah :
1.Kerakusan terhadap harta.
2.Kerakusan terhadap kuasa dan kedudukan.
Bahayanya penyakit kerakusan ini bukan sahaja terjadi kepada manusia biasa malah terjadi pada orang berilmu dan beragama juga.Selain rakus mengejar harta ianya juga rakus mengejar nama,pangkat,pujian manusia,populariti dan sebagainya.
Di umpamakan oleh Rasullullah
jika diibaratkan serigala yang lapar di lepaskan di dalam kandang kambing,rakusnya membunuh semua kambing itupun tidak sama rakusknya manusia terhadap harta dan kuasa.
AYAT KE 3 :
Ciri - ciri mereka yang tidak di dalam kerugian ada 4 yang di sebutkan di ayat ke 3 ini.
1.Orang yang berilmu @ beriman.
Senantiasa mempelajari ilmu dan beriman dengannya.Penyakit yang tiada ubatnya ialah JAHIL.
- Di dalam Hadis Jibril iaitu hadis yang mana Jibril bertemu Rasulullah
menyerupai seorang lelaki.Iman itu keyakinan yang benar pada Allah yang di pasakkan dalam hati manusia tanpa ada sedikit pun kekurangan.Keimanan yang betul mesti berlandaskan dengan ilmu yang benar yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad
serta beriman dengan qadaq dan qadar.
Amalan tidak akan di terima jika di buat tanpa ilmu.Sama seperti kita mengenal diri baru boleh mengenal Allah.
Hadis Nabi Muhammad
: Allah membenci orang-orang yang berilmu dengan ilmu dunia tetapi jahil dalam ilmu akhirat.Sehebat mana pun manusia itu ia ada keterbatasan ilmu.Jangan di tanya bila nak kiamat.Bila nak mati tetapi bertanyalah samada sudah siapkah kita untuk menghadapinya.
Jika kita menjadikan agama lebih utama dari dunia,Allah akan campakkan kekayaan dalam hati kita dan dunia yang ada di sekeliling kita akan mengejar kita tanpa perlu di cari.
2.Beramal Soleh.
Perkara yang di belajari dan ilmu yang dapat di amalkan dengan soleh (bersungguh-sungguh dan betul).
"AH SANNU AMALAH" Allah melihat pada kualiti dari kuantiti amalan kita mengikut piawaian Allah.
Amal yang soleh dan baik ada 2 syarat :
I.Amalan yang ikhlas
II.Amalan yang benar
Kedua-duanya mesti kena ada.Sebab jika tiada salah satu amalan tidak akan di terima Allah.
Contoh Amalan yang Ikhlas tanpa Amalan yang benar :
Berpuasa di hari Tashrik yang di haramkan berpuasa - yea betul berpuasa dengan Ikhlas kerana Allah tetapi amalan itu tidak benar dan salah berpuasa pada hari Tashrik.
Contoh Amalan yang Benar tanpa Amalan yang Ikhlas :
Bersedekah , mengeluarkan wang untuk membina masjid tetapi pada masa yang sama mahukan publisiti.di buat semua itu untuk mendapat pujian dan kedudukkan dari masyarakat.
Kesemua amalan ini tidak di terima Allah kerana untuk amalan kita di terima Allah setiap amalan mestilah di buat dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan kerana yang lain.
Kedua-dua syarat ini di dasarkan dengan Dalil-dalil di Al Quran & Hadis
Surah Al Kahfi ayat 110 :
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
Dan Surah Baiyinah ayat 5
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
Hadis Riwayat Muslim : Siapa yang melakukan amalan soleh tanpa ikutan/ajaran Nabi Muhammad
ianya tidak di terima Allah.
Hadis Riwayat Muslim : 3golongan mereka yang di nilai dan ianya yang pertama di siksa dan merasai kepanasan api neraka.
I.Pemuda yang syahid tetapi melakukannya untuk pujian , gelaran dan nama dari masyarakat.
II.Orang yang belajar ilmu tetapi untuk mendapat kedudukkan dalam masyarakat.Contohnya orang yang mahir dengan Al Quran tetapi mahu mendapat gelaran Qari atau Qariah.
III.Mereka-mereka yang di berikan keluasan rezeki oleh Allah berderma membelanjakan hartanya ke jalan Allah tetapi mahukan sanjungan dan pujian.
Duduknya Ilmu@Iman di hadapan Amalan Soleh adalah susunan yang sempurna.Adanya ilmu jadi wajiblah beramal soleh.Kalau nak beramal perlu ada ilmu dan imannya dulu.
Jika tidak di ikuti aturan ini maka di takuti akan jadi seperti golongan di bawah ini :
1.Golongan yang di murkai (Orang Yahudi).Mereka mempunyai ilmu tetapi tidak beramal.
2.Golongan yang sesat (Orang Nasrani).Mereka yang beramal tetapi tidak di dasari dengan ilmu.
Kesemua ini ada di sebut dalam Surah Al-Fatihah.Jadi pastikan untuk di elakkan dari ciri-ciri tersebut takut-takut terjerumus dalam golongan yang di atas.
Belajar menuntut ilmu dan amalkan.Cara untuk kita ingat apa yang kita belajar ialah dengan kita sampaikan dan amalkan.
3.Berpesan-pesan pada kebaikkan - ciri ketiga mereka yang tidak rugi
Maksud ialah berdakwah menyebarkan apa saja kebaikkan,buangkan sifat nafsi-nafsi dan selalulah menasihati.Tugas dakwah bukan hanya di pikul oleh orang alim ulamak sahaja tetapi kepada kita setiap manusia.Memberitahu dan mengajar dengan kadar yang kita mampu.Ambil peduli orang-orang di sekeliling bagi mengelakkan diri dari keegoan.
Hadis Dari Anas R.A Dari Nabi
bersabda : "Tidak sempurna dan serba kekurangan iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatkannya"
Rasullullah
juga bersabda : "Sebaik-baik manusia adalah dia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain."
Nak menasihati mestilah mengikut adab-adab dan cara-caranya serta dalam keadaan yang baik dan elakkan diri kita dari kesombongan.
Ciri-ciri orang sombong :
i.Menolak kebenaran
ii. Meremehkan orang lain
Selalu juga berdoa meminta perlindungan Allah.Antara doa yang boleh di pohon :
"Ya Allah aku memohon kebaikkan dari apa yang engkau kirimkan padaku"
4.Berpesan-pesan dengan kesabaran - ciri ke 4 orang yang tidak tergolong dalam kerugian
Sabar di sini bermaksud menahan atau mencegah.
- Tahan dengan lisan
- Tahan dengan perbuatan,angota,nafsu dan hati (contoh : berperasangka buruk dan sebagainya)
Itulah yang di namakan kesabaran.
Kesabaran ini perlu dalam memenuhi 3 keperluan dalam perkara orang-orang yang tidak dalam kerugian di atas.
I.Kesabaran dalam menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana ianya menuntut banyak pengorbanan.
II.Kesabaran dalam menjalan dan mengamalkan ilmu yang di perolehi.
Contoh :
- Bangun untuk solat subuh di kala kita letih,mengantuk,kesejukkan ini memerlukan banyak kesabaran dalam mengerjakan perintah Allah.
- Nak berubah menjadi lebih baik juga memerlukan kesabaran walaupun di hina dan di uji dengan pelbagai halangan.
Orang mukmin yang bijak dia akan nampak peluang-peluang yang Allah sediakan untuk meningkatkan amalan mereka.Seperti beramal pada bulan Ramadhan.Puasa-puasa Sunat di Nisfu Saaban , 6Syawal dan sebagainya.
III.Kesabaran dalam berdakwah (menyampaikan kebenaran dan kebaikan).Nabi pernah di tentang semasa berdakwah , seperti peristiwa yang berlaku di Taaif.
Berdasarkan pada sirah nabi ini jika kita berdakwah atau menyampaikan ilmu pasti akan muncul 2 golongan ini.
A.Golongan yang menerima dakwah kita
B.Golongan yang pasti akan menentang atau tidak menerima kita.
Jadi kesemua kesabaran ini ia saling memerlukan di antara satu sama lain.
Waallahuallam.....