Selamat pagi semua , pagi ini selepas bersarapan di Hotel Shifaf RA meneruskan perjalanan ke Sonamarg.Jarak antara Srinagar dan Sonamarg cuma 79km tetapi perjalanan akan mengambil masa 2jam setengah di sebabkan jalan-jalan di sini melalui kampung dan jalannya agak kecil.Di sebabkan jarak yang dekat kami tidak bermalam di Sonamarg.Pulang hari jerlah.Sonamarg terkenal dengan jolokkan nama "MEADOW OF GOLD" (padang rumput emas).Gambar-gambar ini di ambil semasa perjalanan ke sana.
Sonamarg guna terkenal dengan tasik-tasik glasiarnya.Sepanjang perjalanan mata kami di sajikan dengan keindahan pergunungan di sini.
Indah..tu je yang dapat RA katakan.Semakin lama kami memandu semakin indah bentuk muka bumi di sini.
Gunung Kolahoi juga terletak di sini dan bilang pemandu pelancong kami pemandangan di lembah Gunung Kolahoi pada musim panas lebih cantik lagi.
Setiap kali melalui kampung dan pergunungan kami akan meminta pemandu kami berhenti sebentar untuk kami bergambar.
Pemandangan seperi ini memang tak akan RA jumpa di Malaysia.Perkampungan di lereng gunung.
Dan beberapa keping gambar lagi untuk tatapan anda semua.
Pemandu kami mambawa kami hingga ke hujung pekan Sonamarg.Pada musim sejuk banyak jalan di tutup kerana di penuhi oleh salji yang sangat tebal.Ada sesetengah salji di tepi jalan raya tinggi nya setinggi rumah teres tau.
Alhamdullah kami selamat tiba di pekan Sonamarg selepas menempuh perjalanan hampir 2jam setengah.Untuk memasuki perkampungan hanya kenderaan yang mengunakan rantai besi di tayar dan kuda saja di benarkan masuk kerana jalan-jalan di sana agak licin dek salji.
Ini adalah sebahagian sungai Sind yang telah membeku.Mata pencarian penduduk di sini pada musim sejuk cuma tertumpu dengan sektor pelancongan sahaja.Kehadiran pelancong di harap dapat menyewa kuda dan memberikan perkhidmatan memandu kereta pacuan jeep untuk mata pencarian mereka.
Selain itu mereka bekerja di hotel-hotel dan di kedai-kedai makan di samping membuat kerja sampingan menangkap ikan.Musim sejuk mereka tidak dapat bercucuk taman kerana tanaman tidak menjadi.Lihat saja gambar di atas itu.Para penduduk mencari pelanggan untuk menyewa kuda.
Haa inilah dia sungai Sind.Pada musim panas aktiviti berkayak selalu di adakan di sini.
Perjalanan melalui kampung-kampung ini mengambil masa sekitar sejam.Di jambatan inilah laluan kampung berakhir.
Masa kami tiba di sini sesi persekolahan baru sahaja abis.Kelihatan beberapa anak-anak penduduk kampung yang melintasi kami untuk pulang ke rumah.Comel-comel semuanya dan mereka mempunyai sepasang mata yang biru.
Selesai lawatan di sini kami di bawa ke kawasan pergunungan berhampiran.Di sini anda boleh memilih untuk belajar main ski (lagi) atau bergambar sahaja.oh yea nak naik Glide slice pun ada.Harga di sini lebih murah dari di Gulmarg tau.
Beberapa keping gambar untuk tatapan anda.Inilah bentuk muka bumi di Sonamarg
Putih semuanya putih bak di tabur dengan bedak.
Di setiap lembah dan anak sungainya mempunyai pelbagai pemandangan yang mengasikkan.
Kali ini dapat lihat dengan lebih dekat
Alhamdulillah cuaca saat kami datang sangat baik.Dapatlah lihat dengan jelas sebab salji belum lagi turun.
Menurut pemandu pelancong kami harga hotel , sewa kenderaan dan kuda di sini agak murah sedikit dari Gulmarg di sebabkan kat sini takde resort yang bertaraf 5bintang dan tiada padang golf atau kereta kabel.
Masuk belakang hutan sikit nak bergambar ala-ala macam dalam filem Narnia.
Memang betul terasa seperti berada di alam Narnia.
Ini antara beberapa resort yang terdapat di sini.Di sebabkan jarak dengan Bandar Srinagar cuma 2jam perjalanan , resort di sini kurang mendapat sambutan.Ramai yang ke sini membuat lawatan sehari dan pulang bermalam di Srinagar.Macam RA lah.
Makan tengari di sini aga kurang memuaskan.Kebanyakkan kedai makan di sini menjual kari di makan dengan nasi dan roti nan.Kalau nak sesuatu makan lain cuma ada mee segera sahaja.Kami makan ala kadar je setakat menghilangkan lapar.Kemudian beransur pulang ke Srinagar.Ini adalah pemandangan dari atas lembah pergunungan yang sempat RA rakam dari dalam kereta kami.
Sepanjang perjalanan kamera asik berada di tangan jek.Amik beberapa gambar menasik di sini.
Pergunungan Himalaya memang betul betul mengasikkan.
Ini gambar yang berhasil RA amik untuk kenangan di Sonamarg.Kami tiba di Srinagar agak lewat sedikit sekitar jam 6petang.Masa nie waktu dah mula gelap.Biasalah musim sejuk malam lebih lama dari siang.
Sampai hotel terus mandi dan bersihkan diri.Sementara menunggu makan malam kami siap kami semua ke kedai berhampiran.Tak jauh dari hotel kami terdapat sebuah kedai menjual biskut dan kek.Jadi terdorong dengan keinginan itu kami singgah menjengah,.Ada pelbagai jenis biskut kan kueh di jual di sini.Terus beli sekilo dan bungkus bawak balik.Niat memang nak bagi kawan-kawan di Malaysia rasa nanti.Selesai membeli kami pulang ke hotel untuk makan malam.Lepas makan semua tidur kepenatan.Oklah RA nak tidur.Esok kami akan pulang ke Delhi semula untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang lain.Nak tahu kemana?? tungguuuuuu...
No comments:
Post a Comment