Selamat pagi semua...Pagi ini RA bangun awal , sebab sejuk-sejuk nie perut rasa lapar pulak.Bila lihat kat luar tingkap...nahhhhh permandangan salji saujana mata memandang.Mereka kata sekrang orang tak ramai lagi sebab baru permulaan musim salji.Harap-harap pagi nie tak perlu lah beratur panjang untuk naik gondola.
Itulah perancangan kami hari ni.Pemandu pelancong kami bilang lebih baik naik Gondola a.k.a kereta kabel pagi ini dari petang semalam.Sebab pagi selalunya cerah,matahari pun ada.Jadi pemandangan salji tu nampak lebih cantik.Memang pilihan kami tepat.pagi ini salji tak turun jadi kami dapat lihat lebih jelas pemandangan di sini.
Memandangkan station gondola tu tak berapa jauh dari resort kami jadi kami cuma berjalan kaki sahaja ke sana.Sambil-sambil tu dapat lah lihat pemandangan di sini.
Haa kat depan tu lah station gondolanya.Ia adalah kereta kabel tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 40,000 kaki.Gunung kat atas tu la yang akan kami naik nanti.Nak main ski katanya.
Salji kat sini bila kena pancaran matahari nampak bersinar-sinar macam kristal tau.Halus je saljinya.Kadang-kadang bila jalan berhampiran pokok akan nampak salji jatuh yang di ats pokok jatuh dengan tiba-tiba.Macam bedak jatuh atas meja hehehe.
Ok dah sampai ke Station Gondola.Tapi menurut pemandu pelancong kami ia dibuka lewat sejam hari ini sebab mereka perlukan masa untuk membersihkan salji yang turun malam semalam dan memanaskan enjin sebelum menerima penumpang.
Jadi sementara menunggu tu sempatlah semuanya bergambar bagai nak rak di sini.
Kedai-kedai cenderahati pun baru nak bukak.Yang belakang-belakang tu kebanyakkannya rumah pekerja-pekerja di sini.
Setelah menunggu lebih sejam station pun di buka.Harga tiket Gondola adalah sekitar RM40 pergi dan balik untuk ke Level 1 sahaja.Level 1 nie pun ketinggiannya dah mencecah 35,000 kaki.Bila pintu dibuka macam biasalah kat India nie orangnya tak reti nak beratur.Tiada peraturan langsung,main masuk ikut suka hati diaorang je.Jangan cakap kat negara mereka,kat mana-mana negara diaorang pergi pun sama je perangai tu.Jadi banyak banyak bersabarlah dengan mereka ini.Nasib baiklah tak berapa ramai sangat pelancong pagi ini.Gondola tiba kami terus naik berlima.2orang duduk depan 3orang duduk belakang.(termasuk pemandu pelancong kami)
Seram jugak bila naik gondola ini.Saiznya lebih kecil dari kereta kabel di Switzerland.Tapi memandangan dari sini "Subhanallah" cantik sungguh.
Ini adalah station di Level 1.Pemandu pelancong kami bilang tak perlu naik sampai di atas sebab pemandangannya lebih kurang sama je dengan di sini.Lagipun di Level 1 ada tempat khas mengajar orang bermain ski.
Gambar Gondola kat atas tu nak pergi ke Level 2.Jauh jugak tu.Dari Level 1 ini boleh nampak tasik Dhal.Menurut pemandu pelancong kami pergunungan Himalaya ini di ibaratkan seperti cincin.Ia di kelilingi oleh beberapa negara antaranya China,India,Pakistan,Nepal,Bhutan.
Wah Wah mereka nie terus tak lepaskan peluang untuk bermain ski.Ada cikgu yang mengajar mereka.Harga termasuk peralatan berski ini sekitar RM50-80 ikut kepandaian anda untuk tawar menawar.Kat sini semua nak kena tawar menawar.
RA tak mau main ski sebab RA dah lama mengidam nak naik SkiJet nie.Dulu-dulu masa gie Jepun tak mampu nak naik Skijet di sana sebab harga bukan main mahal lagi.Kat sini harga dalam RM80 sahaja.Tapi tu pun untuk jarak perjalanan sekitar 2km je.Amacam? ada gaya tak?
Haaa jaraknya sejauh ini lah 2km tu.
Skijet ini ada pengemudinya yang mengikuti kita sama.Jadi tak delah kita menjajau bawak.Lokasi yang di bawa adalah tebing gunung.Kat sini boleh nampak semua pemandangan termasuk banjaran Himalaya dan jugak tasik dal.
Gambar ini di ambil oleh pengemudi skijet RA hehee...
Pandai lak dia nie amik gambar dah macam retis buat pengambaran klip video polak.heeeee....
Ini lagi satu keping.
Pemandangan di sini sukar di gambarkan dengan kata-kata,cukuplah gambar yang berbicara.
Kat bawah tu lah terletaknya tasik dal.
Puas bergambar di sini masa untuk pulang ke tempat di mana kami bermula tadi.Masa ke sini RA duduk di belakang pemandu SkiJet dan masa nak balik RA mintak nak bawak sendiri dan dia pulak yang duduk di belakang RA.
Pergghh memang terbaik lah memandu SkiJet nie.Nak-nak bila lalu pada laluan yang berlekuk dan tidak rata amat menguji betul.Boleh mati enjin tetiba kalau kurang pengalaman hehehe.(macam lah dah berpengalaman).
Nampaknya Geng-Geng yang lain dah abis main ski.Mereka dah siap menunggu RA di kedai makan.Oh yea kat sini ada kedai-kedai makan yang boleh anda lepak ala-ala kafe kat tengah-tengah lembah gunung cam tu.
Oklah masa untuk pulang ke bawah.Hari ini hari Jumaat , takut pemandu pelancong kami nak balik awal untuk solat Jumaat pulak.
Dah sampai kat station bawah kami semua pulang ke hotel dan bilik masing-masing untuk daftar kelaur dari Hotel Mama Palace.Hari ni kami akan bermalam di Bandar Srinagar pulak.Dalamn perjalanan balik tu sempat lah berhenti sebentar di tepi lereng gunung untuk mengambil gambar di sini.
Cantik kan pergunungan Himalaya nie.
Kenderaan kami berhenti di sini bagi kami peluang bergambar sebelum turun dari Gulmarg.
Pastikan tapak kasut anda tebal yea.Kalau tak mau jatuh terduduk nanti.Lagipun bahaya sebab bawah tu dah lurah.
RA belanja beberapa keping gambar yang sempat RA ambil di lereng Gulmarg ini.
Apa yang dapat RA ucapkan hanya bersyukur pada Allah sebab memberi RA peluang melihat keindahan alam ciptaannya.
Akhir sekali gambar RA seorang sebelum kami turun dari Gulmarg dan menuju Srinagar.Malam ini kami akan bermalam di Hotel Shefaf.Perjalanan pulang ke Srinagar mengambil masa 2jam 30 minit.Tapi semua mata tak lelap sebab nak lihat keindahan Kashmir.Esok kami akan ke Sonarmarg yang terkenal dengan glasier nya.
No comments:
Post a Comment